Jangan Pandang Rendah Orang Lain
Asmkm dan salam sejahtera. Apa khabar Anda? Shueqry di sini.
Kali ini saya berkata tentang sikap negatif memandang rendah pada orang lain.
Walau apa jua yang Anda lakukan, apa jua yang Anda usahakan, jangan sesekali memperlekeh usaha orang lain. Memandang rendah pada usaha orang lain menyebabkan Anda kurang bermotivasi dengan usaha sendiri.
Last-last semua apa yang Anda usahakan tidak mendatangkan hasil. Sekejap buat itu, sekejap buat ini, tapi akhirnya tak ada “profit”.
Teringat saya bila baca buku Dr Tuah, Jangan Main-Main. Orang kita kebanyakan ada Phd. Pekebendanya Phd ni? Full name dia Penyakit Hasad Dengki.
Kesan dari memandang rendah pada orang lain ni, apa jua yang kita usahakan tak akan berhasil kerana gelombang minda yang terbit dari kepala kita ni adalah gelombang yang negatif lalu menyebabkan tubuh kita juga bercas negatif.
Bila Anda dengki pada seseorang dan meluat benar pada seseorang, Anda mengeluarkan gelombang negatif, lalu ia menarik situasi-situasi negatif tanpa Anda sedari. Ingat, kita adalah apa yang kita fikirkan. Like attracts like.
Fikir tanggapan yang baik-baik, maka baik jadinya. Fikir yang buruk dan asyik memandang rendah atau menyampah dengan usaha orang lain, maka usaha Anda sendiri akan “menyampah” juga jadinya.
Mengapa ini terjadi? kerana tubuh badan Anda dikelilingi oleh gelombang minda negatif. Law Of Attraction is in action, akan banyak situasi-situasi negatif terjadi pada Anda selepas itu.
Pendek kata, biarlah Anda kagum dengan usaha gigih orang lain, supaya timbul rasa bersemangat dalam diri Anda. Jutawan-jutawan dan orang-orang cemerlang sentiasa kagum pada kejayaan orang lain setiap masa kerana dengan berbuat begitu mereka tambah bersemangat untuk berusaha.
Takde rasa nak pandang rendah orang lain dalam pemikiran mereka. Mereka jadikan pencapaian orang lain sebagai tanda aras untuk meningkatkan lagi usaha gigih mereka. Jutawan-jutawan ni berimpian besar (dream BIG).
Sekali lagi, sebelum pandang rendah orang lain, tengok diri kita sendiri terlebih dahulu. Sebelum mengata orang lain, nilai pencapaian kita terlebih dahulu.
Ramai orang bersetuju, buat dan buktikan lebih baik dari bercakap saja tapi “kosong” tanpa apa-apa usaha. Ubah attitude Anda, puji usaha keras orang lain dan terbitkan rasa kagum pada pencapaian mereka supaya Anda jadi lebih bermotivasi dan lebih bersemangat jadinya setiap hari.
Dengan membiasakan diri jadi sebegini, ia akan menaikkan semangat Anda dan memositifkan attitude Anda, biar Anda di pandang rendah (anggap ia sebagai cabaran) jangan Anda yang memandang rendah pada orang lain.
Tip Berkaitan
June 19th, 2007 at 4:04 pm
Askm Shuq, manusia PHD ni merupakan parasit dalam masyarakat. Mereka buat apa yg mereka suka dan mereka mudah memandang remeh kepada org lain. Sebab apa ? Sebab mereka tidak boleh buat apa yang org lain buat. Mereka tiada daya usaha, Mereka tiada matlamat baik dalam hidup mereka. Yg ada hanyalah matlamat jahat untuk menjatuhkan orang lain. jika semua org di dunia ni baik maka tak ada warnalah kehidupan ini. Jadi biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya. Jadikan segalanya ini sbgi penguat semangat kita. Fikirkan yang hanya positif…biarkanlah mereka itu. Mereka akan berhenti memfitnah, menghasut atau apa jua keburukan dengan sendirinya jika kita tidak mudah melatah. Jika kita melatah, makin kuatlah usaha mereka supaya kita melatah yang mana akhirnya dengan melatah, kita akan berputus asa dan berundur.
TQ
June 20th, 2007 at 9:41 am
Betul tu. Orang-orang yang ada banyak masa pandang rendah kat orang lain, baik gunakan masa itu untuk membuat sesuatu kerja yang berfaedah.