Jun 2008 Yang Sungguh Mencabar!
Dalam coretan realiti kali ni, saya membuat konklusi Jun 2008. Honestly, bulan Jun 2008 banyak memberi cabaran buat saya.
Kemalangan kecil membuat tulang kepala lutut saya retak dan akibatnya ligamen lutut terkeluar hingga membengkak. Ngilunya terasa hingga ke hari ini.
Namun, kemangalangan kecil di waktu kegelapan malam tu mengajar saya sesuatu. Musibah yang menimpa melatih diri supaya lebih banyak bersabar.
Ia juga melatih diri saya supaya menjadi lebih kuat dari yang sebelumnya, berazam tinggi dan tidak terus mengalah. I truly believe pain is only temporary.
Doktor hairan bagaimana saya mampu menahan kesakitan begitu dalam jangka masa yang lama. Well, jawapan saya, saya beritahu diri saya dalam hati yang saya mahu kurang merasa sakit di kepala lutut.
Semudah itu. Namun doktor sukar mempercayai kata-kata saya.
Ketika berbasikal, saya memberitahu diri yang saya mahu kurang merasa penat. Saya kerap membayangkan jantung saya bedegup dengan lebih cepat, darah mengalir dengan lebih laju, otot kaki semakin relaks dan semakin longgar supaya saya dapat berkayuh dengan lebih pantas.
Selepas di scan, doktor memberitahu, retak di tulang kepala lutut saya sembuh dengan kadar lebih cepat dari kebanyakan orang yang pernah mengalami kecederaan serupa. Satu keajaiban yang dia tak tahu sebabnya apa.
Selain banyak berdoa, saya banyak mengaplikasikan kuasa minda. Apa yang saya baca di dalam buku, saya aplikasikan sekerap mungkin.
Jika Anda pernah membaca buku Kuasa Minda Separa Sedar tulisan M.Rozani Pawan Chek dan Membina Imaginasi Cemerlang tulisan Dr Tuah Iskandar, Anda akan faham apa yang saya maksudkan.Saya banyak bermain dengan imaginasi.
Saya membayangkan retak di kepala lutut ni bersatu semula, ibarat retak cermin yang bercantum dengan sendirinya. Dalam 4 mingu, Semua ini takkan berlaku tanpa keizinan Yang Maha Esa. Thank you Allah.
Untuk bulan Julai 2008, saya meletak matlamat mahu mempopularkan lagi blog motivasi ni.
Sebagai balasan, saya akan menulis lebih banyak artikel, berkongsi lebih banyak tips dan membuat Anda jadi lebih bersemangat!.
July 1st, 2008 at 4:02 pm
Saya akui.. kuasa minda memang hebat dan pun saya pernah alami.
July 2nd, 2008 at 4:31 pm
Assalamualaikum,
Saya amat kagum dengan semangat ceakal anda. Saya faham dengan masalah anda kerana satu masa dulu saya juga pernah mengalami kemalangan jalan raya. Sabar dan banyakkan berdoa. Insya Allah.