Kata-kata motivasi #20

"Ramai orang yang nak berjaya, tapi tak sanggup nak membayar harganya" - Dr Tuah Iskandar

Ini realiti hidup. Ramai orang nak berjaya, tapi dalam proses mencapai kejayaan, mereka berhenti kerana tak sanggup menanggung peritnya.

Kejayaan memang manis, tapi sebelum sampai ke situ, banyak kepayahan yang kita kena lalui. Kepayahan yang cemana tu?

Anda perlu…

1. Sanggup Berkorban.

Sanggup tidak melakukan apa yang menjadi kebiasaan orang, seperti tak menonton tv lama-lama, kurang bershopping, kurang jalan ambil angin, cari makan atau cari aweks (oops!).

2. Menangguhkan Keseronokan.
Susah-susah dulu, senang-senang kemudian. Sikit saja orang yang sanggup susah dulu, senang kemudian.
Tapi, nak senang dulu tanpa berusaha bekerja. Tak terfikir yang mungkin akan susah kemudian.

3. Gagal Banyak Kali.
Tiap kali gagal, Anda akan berdepan rasa sakit hati, geram dan kecewa kerana usaha Anda gagal. Kena banyak bersabar.

Tapi, banyak bersabar itulah tak ramai orang sanggup buat. Sebab, mereka hanya mahu hasil datang cepat!

4. Sikap Berlainan.
Bila tekad mengejar kejayaan, Anda akan berubah jadi orang positif.

Orang akan heran dengan Anda sebab Anda cool saja. Sebagai contoh, Anda tak mudah marah, tak mudah melatah, cepat memaafkan orang dan cepat melupakan kesalahan orang pada diri Anda, sedangkan orang lain cukup marah setiap kali diperlakukan sebegitu.
Kekadang, Anda dianggap bodoh sebab lebih suka mendiamkan diri. Kan ke marah-marah tu sikap negatif?

5. Dicemuh, Diketawakan, Diperlekeh.
Orang akan ketawakan Anda bila Anda jarang keluar, kurang berseronok, sikap berlainan dan sanggup mengorbankan masa selesa hanya kerana mahu bekerja.

Jika tekad nak jadi student cemerlang, pekerja cemerlang, usahawan cemerlang, belia cemerlang, perlu sanggup membayar harganya terlebih dahulu. Perlu bersedia di minda, di hati, di jiwa.

Untuk berjaya, kena sanggup kuat semangat. Mesti LiveStrong !.

Share This Post

2 Responses to “Kata-kata motivasi #20”

  1. Pakchak. Says:

    Saya sangat setuju dengan semua kenyataan diatas.Mana boleh kesenangan dapat dikecapi tanpa ada usaha ……mana ada.Kesenangan dari warisan pun sudah tentu dari daya usaha dan pengorbanan dari orang yang terdahulu.Jadi apa yang kita fikirkan dan diusahakan merupakan titik permulaan sebuah perjalanan untuk mencapai impian kita.Impian untuk berjaya ini sudah tentu ditemani dengan kepayahan dan dugaan dalam mencapai kejayaan.Cekalkan hati dan sandarkan harapan kita kepada yang MAHA kuasa.

  2. nizamadib Says:

    Memang benar kenyataan tersebut. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Saya telah banyak kali mengalami kejatuhan dlm hidup. Pernah hingga tiada pekerjaan hampir setahun, berjalan kaki hampir 2 tahun dan aset yg tak seberapa habis terjual.

    Nak berjaya ….
    Jangan mudah putus asa, cepat mengalah, membiarkan kekecewaan terlampau lama mengusai diri. Berusaha lebih..berganda-ganda banyaknya…Challenge balik diri anda sendiri….Tiap kali rebah atau tersungkur, bangun dan berdiri dgn penuh keyakinan kembali, insyaallah…Allah maha kaya dan pemurah…akan ada rezeki dan penyelesaiannya…
    “there is always a light by the end of the tunnel”

    Pedulikan samada orang nak gelak, tertawa atau perlekehkan kita…kita saja yang tahu apa yang kita lakukan dan semestinya kejayaan hanya kita yg dapat di atas apa yang kita usahakan. Susah nak gambarkan macamana rasa “KEPUASANNYA”

    Saya happy dgn apa yg saya ada sekarang. Ada isteri yg selalu membantu saya tidak kira masa senang atau susah, anak anak yang comel dan rakan rakan program Kutu Pintar yang selalu menyokong saya. Terimakasih pada Rakan “KUTU PINTAR GENG 989″ … Saya tahu ramai diantara mereka merupakan pengunjung setia blog Imotivasi…Selamat berpuasa….Saya doakan En Syukri d panjangkan umur dan dimurahkan rezeki…Amin

Komen? Pendapat?