Kata-kata Motivasi #21

"Kalau Anda arif bijaksana Anda akan mengetahui bahawa kegagalan Anda sama pentingnya dengan kejayaan-kejayaan Anda" - Dr Tuah Iskandar.

Orang yang berjaya, berjaya kerana kegagalan banyak mengajar mereka cara yang mereka tak tahu.

Dari kegagalan, mereka bertemu dengan cara salah, cara bukan menjadi target mereka.

Walaupun gagal pahit dirasa, mereka bersyukur kerana ada peluang untuk bangkit, keluar dari kegagalan.

Gagal di masa lalu sudah tidak boleh diubah.

Kejayaan hari esok masih boleh dibentuk hari ini, saat ini.

Sejarah masa depan masih boleh ubah, kerana ia belum terjadi.

Kegagalan sama penting dengan kejayaan kerana gagal membentuk kita dan mendidik kita supaya nampak apa yang orang lain tak nampak.

Kita dah tahu cara yang salah, jadi itu menambahkan pengetahuan kita, pengalaman kita.

Inilah yang diketahui oleh orang-orang bijaksana.

Inilah sebab mengapa mereka sanggup gagal, berani gagal kerana mereka tahu kegagalan memberi mereka sesuatu.

Ia adalah ilmu, pengalaman dan pengetahuan!

Orang yang kurang bijak, sudah tentu menuding jari pada kegagalan, menyesal gagal dan kecewa amat sangat saat dikelubungi kegagalan.

Jalan ke depan tak nampak, apalagi jalan nak meneruskan usaha.

Yang nampak adalah wang, tenaga dan masa. Hangus terbakar, tanpa hasil sedikit cuma. Kesan daripada itu, tanggapan negatif tentang kegagalan melekat di minda mereka.

Mulai saat ini, ubah tanggapan Anda terhadap kegagalan. Fikir positif selalu.

Kegagalan, walaupun perit, semakin membawa Anda hampir kepada kejayaan. Jadi, tak rugi jika kita berani gagal, berani ambil risiko.

Share This Post

One Response to “Kata-kata Motivasi #21”

  1. ruza Says:

    Assalamualaikum,
    Orang yg lemah menganggap ujian sebagai batu penghalang,
    Sedangkan orang yg kuat menganggap ujian sebagai batu loncatan utk berjaya.
    Ia akan memeriksa balik kekurangan diri utk dibaiki dan capai kejayaan.

Komen? Pendapat?