Kata-kata Motivasi 28

Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat ke 31 yang bermaksud…

"Dan Allah mengajar kepada Adam nama (benda-benda) keseluruhannya kemudian mengemukakannya kepada para malaikat".

Sebelum Nabi Adam dilantik menjadi khalifah di muka bumi, baginda telah diajar dengan pelbagai ilmu terlebih dahulu. Tugas sebagai seorang khalifah amat berat, memerlukan persediaan mental sebelum menggalas tanggungjawab yang diberikan. Jika tanpa ilmu, sudah tentu Nabi Adam hilang arah, lantas melakukan banyak kesilapan.

Nyatalah, dalam memburu kejayaan atau dalam melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang sekali, perlukan pengisian ilmu. Dengan adanya ilmu, knowledge, informasi atau maklumat, kita boleh melakukan sesuatu dengan amat baik.

Sesiapa saja yang ada banyak pengisian maklumat, dia akan terdorong menjadi lebih cemerlang dari orang lain dalam bidang yang sama. Dalam pada itu, boleh mengelak melakukan kesilapan berulang kali.

Misalnya, untuk menjadi pelajar cemerlang, kita perlu tahu ciri-ciri seorang pelajar cemerlang. Selepas itu, kita ubah diri supaya menyerap ciri-ciri tersebut menjadi tabiat diri kita supaya kita boleh menjadi pelajar cemerlang, lebih cemerlang dari pelajar-pelajar lain di sekeliling kita.

Jika kita nak jadi usahawan cemerlang, kita perlu tahu terlebih dahulu cara bagaimana nak menjadi usahawan cemerlang dan ciri-ciri peribadi yang ada pada seorang usahawan cemerlang. Jadikannya sebagai panduan, ubah diri mengikut panduan tersebut, sehingga ia benar-benar menjadi sebahagian dari diri kita.

Bila ciri-ciri usahawan cemerlang dah ada dalam diri kita, maka kita boleh menjadi usahawan cemerlang, seperti usahawan-usahawan cemerlang yang lain.

Orang-orang yang cemerlang mementingkan minda. Sama seperti pepatah Inggeris, mind over body. Mereka akan buat apa saja supaya minda mereka menjadi kuat, cerdas.

Oleh sebab itu, orang-orang cemerlang ni sentiasa menjaga dan membajai minda mereka dengan ilmu. Tak perlu hairan melihat mereka kuat membaca, sebab mereka mahu menyuburkan minda dengan ilmu, lalu mencapai tahap lebih maju, lebih advance dari yang sebelumnya.

Al-Quran telah mengajar kita supaya mendahulukan ilmu. Dalam apa jua usaha, dahulukan dulu ilmu.

Share This Post

6 Responses to “Kata-kata Motivasi 28”

  1. Mohd Zamani BIn abdullah Says:

    Harus di ingatkan bahawa orang yang berilmu akan lebih dihormati dan ilmu akan membantu kita utk terus hidup walaupun tidak berharta.

    Ilmu juga kalau disalah gunakan boleh membawa kemusnahan kepada dunia.

    Gunakan lah ilmu yang ada untuk kebaikkan ummah dan jangan lah kedekut ilmu utk di kongsi dengan yang lain.

    Orang yang selalu menyembarkan ilmu sentiasa dijadikan panduan sampai bila-bila. Bak kata pepatah Api yang terang akan dapat memberikan keselesaan dan mengembirakan mereka yang ada disekelilingnya.

  2. adlina Says:

    saya nak minta tolong redakan perasaan malu dan rendah diri yang saya alami kini.Saya rasa rendah diri pada seorang teman kerana jawatan saya lebih rendah darinya.bagaimana saya ingin redakan hati saya ini?

  3. ummi hannan Says:

    adlina,

    saya rasa malu dan rendah diri kerana jawatan lebih rendah tu salah. kita mesti berbangga dgn apa jua jawatan kita dan ingat masih ramai yg mengganggur dari kita yg kerja.. so kalau kita ada rasa syukur.. kita pasti lega dan berterimakasih. isi ilmu di dada dan berazam utk pertingkat kan diri agar boleh ke tingkatan jawatan yg lebih baik. semua itu perlu ilmu.

    sekadar pendapat…..

  4. Donnyien Says:

    abg s,saya agak pemalu bila bercakap depan orang
    orang ramai dan muka saya mula merah, bagaimana saya mengatasinya? thanks..

  5. nizamadib Says:

    Salam,

    Tanpa ilmu kita tak akan kemana…

    Macam mana kita nak membantu orang lain kalau diri sendiri tak berilmu? Nak bantu diri sendiri pun kita mungkin tak mampu.

    Rajin-rajinlah menuntut ilmu, asalkan ianya tidak memudaratkan dan membuat kita terpesong.Kita tak akan rugi , kiranya ilmu penuh di dada, bahkan ianya akan menjadikan diri kita lebih cemerlang.

    iMotivasi banyak memberi ilmu pada saya hingga telah mengubah pandangan saya tentang kehidupan. Saya akan terus menjadi pembaca setia walau dimana pun saya berada. Terimakasih pd saudara Shueqry.

    rgds.nizamadib

  6. atiqah Says:

    hai everyone…i very glad to be part of this motivation as i keen to motivation..occasionally,my motivation reduced..when i want to have it back,it’s really hard..to my friends,i am serious person,that’s why whenever i go it takes a long time for me to have a friend..no matter how i thank to ALLAH as i know there must be a reason behind the scene..so everyone outside,just go on with ur life..

Komen? Pendapat?