Kata-kata Motivasi #3

Failure Is Delay, But Not Defeat. It Is A Temporary Detour, Not A Dead-End Street” (William Arthur Ward)

Kegagalan adalah satu peristiwa yang menagguhkan kejayaan Anda. Bukan bermakna Anda dah kalah, cuma belum berjaya.

Jadi, untuk berjaya sepenuhnya, perlu tambahkan lagi usaha, mantapkan jiwa agar hasilnya menjadi lebih cemerlang!

Takut gagal adalah perasaan yang menghalang ramai orang dari mengecap manisnya kejayaan. Selain takut gagal, mereka tak mahu merasa perit bangkit dari kegagalan, malu dan tidak sanggup berdepan dengan lebih banyak kegagalan.

Saya faham andai Anda salah seorang dari yang tak sanggup berdepan kegagalan. Tapi Anda kita masih tak sanggup berdepan dengan kegagalan, kita takkan ada kemajuan diri dalam pelajaran, kerjaya dan perniagaan.

Walaupun pernah gagal, kita tetap akan ada peluang untuk bangkit semula. Untuk itu, kita perlu berubah, kuatkan semangat, fokus ke masa depan lalu berusaha merubah nasib sedaya mungkin, sekuat mungkin, ubah seboleh yang mungkin.

Kegagalan bukan jalan mati, tapi hanya satu persinggahan. Jangan kalah pada kegagalan, anggap saja ia guru yang mengajar Anda erti ketabahan.

Be strong in heart, mind and soul.

Anda mesti berubah menjadi lebih kuat mulai hari ini.

LiveStrong!

Share This Post

3 Komen Pembaca


  1. “Kegagalan untuk ditempuhi…! bukannya untuk dielakkan dan disesali…tetapi untuk dipelajari”

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

    Quote | Posted July 15, 2008, 7:36 pm

  2. Orang yang berjaya adalah orang yang sanggup bangkit dari kagagalan.

    Quote | Posted July 15, 2008, 10:00 pm

  3. Kita sering kali gagal untuk berjaya tetapi kita tidak pernah gagal untuk belajar. At least, we got the lesson..

    Quote | Posted July 17, 2008, 9:32 am

Kongsikan Komen Anda Selepas Membaca Artikel Ini