Kata-kata Motivasi #4

Ability is what you’re capable of doing. Motivation determines what you do. Attitude determines how well you do it. Get up and get going!” Lon Holtz.

Tiap kali kita merancang mahu melakukan sesuatu, biasanya kita cenderung untuk minta pendapat orang lain dulu.

Tanpa kita sedari, kita membenarkan idea positif kita diracuni dengan komen-komen negatif yang menghancurkan inspirasi diri kita untuk berusaha lagi.

Kita lupa untuk percaya gerak hati dan buat saja apa yang kita rancang tanpa perlu meminta pendapat orang lain terlebih dahulu. Bila Anda sudah memulakan usaha, pasti akan ada komen-komen negatif yang muncul.

Apa yang perlu Anda lakukan? BiarkanĀ  mereka dan fokus pada usaha Anda, misi Anda, matlamat Anda. Saya berikan beberapa contoh.

Walt Disney mempunyai impian besar di mana dia mahu memulakan taman tema terbesar supaya ramai orang boleh bergembira, segembira yang mungkin setiap kali masuk ke dalamnya. Pada waktu dia melahirkan idea itu, orang kata dia gila!

Hari ini, Disneyland merupakan taman tema terkenal di seluruh dunia dengan trademark “The Happiest Place On Earth”.

Irwan Dahnil mempunyai cita-cita untuk mengajar orang lain cara buat duit dengan SMS yang pada ketika itu tiada satu orang pun yang yakin dia boleh melakukannya. Orang kata dia tak betul!

Tapi, dia terus go on. Buat duit dengan SMS adalah apa yang boleh dilakukan olehnya dan dia ada motivasi untuk meneruskan rancangan perniagaannya. Akhirnya, lahirlah ebook “Buat Duit Dengan SMS”.

Hari ni, Irwan Dahnil adalah satu-satunya pakar dalam perniagaan SMS dan bila sebut saja buat duit dengan SMS, mesti terbayang Irwan Dahnil. Betul tak?

Selain eBook, Irwan Dahnil dah menulis buku fizikal terbitan True Wealth (syarikat Azizi Ali) dan menubuhkan Akademi SMS. Ini yang dimaksudkan dengan “get up and get going”.

Lim Goh Tong meneroka tanah kosong di atas tanah tinggi Genting semata-mata mahu membina tapak hiburan yang ketika itu tiada mana-mana pemaju hartanah pernah terfikir nak membinanya. Orang sekeliling kata Lim Goh Tong dah nyanyuk dan gila.

Tapi, dia buat saja walaupun ketika umurnya dah lanjut dan dia kurang fasih berbahasa Inggeris. Hari ni, Genting Highlands merupakan satu-satunya taman tema yang paling terkenal di Malaysia.

Lance Armstrong bila menyatakan hasrat mahu mencapai kejuaraan Le Tour De France buat kali ke 7, ramai spekulator berkata dia tak akan mampu mencapai apa yang ditarget olehnya.

Mereka menjangka yang dia hanya akan bertahan dengan rekd 6 kejuaraan dan tak mungkin akan menggondol kejuaraan kali ke 7. Tak mungkin!

Hari ni, Lance Armstring adalah satu-satunya manusia di muka bumi yang menggondol 7 kali kejuaraan Le Tour De France, satu-satunya pertandingan lumba basikal paling berprestij.

Mengapa dia berjaya mencapai kejayaan itu? Sebab dia “get up and get going”

Bina impian besar dalam diri Anda hari ini juga. Dream BIG!

Share This Post

2 Komen Pembaca


  1. Tapi perlu diingat juga ” Dream without effort is Nightmare”
    and ” Genius is 10% imagination and 90% effort”.

    So, Make u effort k all reader.. :)

    Quote | Posted July 17, 2008, 9:09 am

  2. Ya,betul ..

    Kena ada impian dulu, baru pacu usaha.

    Quote | Posted July 17, 2008, 6:23 pm

Kongsikan Komen Anda Selepas Membaca Artikel Ini