Kata-kata Motivasi #6
Untuk kata-kata motivasi kali ni, saya kongsikan kata-kata Azizi Ali yang selalu membuat saya jadi bersemangat. Katanya…
“Ramai orang inginkan banyak perkara, sehingga mereka sendiri tidak pasti apa sebenarnya yang mereka mahukan. Mereka hanya berkhayal dan mengelamun kosong, tanpa menentukan secara tepat apa yang mereka mahukan. Jika kita hendak berjaya, pertama sekali, kita perlu TAHU apa yang kita MAHU”.
Adakah Anda tahu apa yang Anda mahu capai dalam hari ini, minggu ini, bulan ini dan tahun ini?
Sebab apa mahu mencapainya?
Adakah kerana untuk kepuasan sendiri? Adakah di sebabkan nak mengalahkan pesaing Anda, atau semata-mata mahu kawan-kawan Anda menghormati pencapaian Anda?
Atau mahu satu Malaysia kenal siapa Anda?
Bagi saya, saya mahu mencapai kejayaan, sebabnaya hanya ada satu.
Untuk memberi dengan lebih baik, saya kena berjaya dulu dalam kewangan dan kehidupan. Saya sentiasa ingin memberi, tapi saya perlukan kredibiliti supaya ramai orang percaya dengan saya dan supaya apa yang saya beri takkan pernah habis. Anda menjadi saksi perjalanan karier saya.
Saya beritahu Anda rahsia peribadi yang kawan-kawan saya sendiri tak tahu (sebab mereka selalu ketawakan matlamat saya!)
Perenggan di atas adalah sebab mengapa saya mahu menjadi blogger motivasi yang berjaya dan sebab mengapa saya bekerja keras supaya blog motivasi saya di kenali ramai.
Itu matlamat yang saya dah tulis, dibaca berkali-kali dalam sehari.
Jika Anda belum ada apa-apa matlamat atau tak tahu bagaimana nak set matlamat, apa kata download eBook Membina Matlamat dari blog MotivasiKejayaan.com
Dari matlamat, kita akan ada pacuan motivasi.
Dari motivasi, barulah kita akan sentiasa ada inspirasi!.
Thanks sbb berkongsi artikel ni.
Sia selama ni ndak tau apa yang mahu saya capai.
↓ Quote | Posted July 21, 2008, 12:23 amTerima kasih, kerana ruangan motivasi ini byk membantu sy, ia bagaikan teman sy yg sentiasa memberi semangat dan berkongi segala dengan saya.
hari ini saya membuat semakan temuduga bg KPLI, namun gagal dipanggil utk temuduga, ada juga rasa kecewa kerana sepanjang tahun minta tapi tak juga berjaya, sedangkan ini adalah tahun terakhir kerana umur pun dah mencecah 35 th. tp tak pa lah saya ‘harus yakin apa yg ditentukan Allah bt kita itulah yang terbaik’
sy seronok dan rasa dihargai bila setiap pg sy akan membaca motivasi dr shquery ini. sesungguhnya shquery merupakan anak muda yg perlu dicontohi kecekalan, dan mempunyai motivasi yg tinggi dan seorang yg suka berkonsi ilmu. semoga ia menjadi sedekah jariah untuk anda.
syabas!, teruskan usaha anda kerana usaha murni anda berkongsi ilmu dgn jutaan peminat anda di luar sini
↓ Quote | Posted July 24, 2008, 8:41 amSalam..
Terima kasih shueqry, entry-entry anda sangat membri semangat, telah lama sy ikuti bolg anda, tapi sy rasa segan dan kurang berani untuk memberi komen. Tapi saya rasa sampai bila?
Saya teringat kata-kata sahabat Nabi S.A.W. yang lebih kurang maksudnya macam ni..anda tidak akan gelisah kalau tahu apa yang anda cari.
Saya rasa ini juga panduan yang menunjukkan perlunya ada matlamat yang hendak dicapai supaya hatikita tenang kerana kita tahu matlamat yang hendak kita tuju. Barulah perbuatan kita tertumpu kepada matlamat.
Tapi, saya sendiri masih belajar mcamna nk tentukan matlamt saya..
↓ Quote | Posted July 25, 2008, 11:16 amerm…selama 20 thn sy hidup d bumi Allah ini namun saya tak tahu ape matlamat saya hidup…jiwa memang sentiasa kosong n kadang2 rasa jiwa nie terikat dengan sesuatu y kuat…..pernah gak lah rasa tak da makna tuk idup lagi….tp tq abg shueqry…idup leh bermakna apabila baca motivasi dr blog abng….sekarang matlmt tuk idup hanya kerana Allah S.W.T……saya doa kan abng shueqry d panjngkn umur,sihat tbh bdn,murah rezeki n d permudahkan khidupan abg..
↓ Quote | Posted July 29, 2008, 3:17 pm