Kata-kata Motivasi #7 Dari Dr Fadzilah Kamsah
“Seseorang yang ingin cemerlang dalam apa jua bidang pun mesti ada guru dan mesti berguru” - Dato’ Dr Fadzilah Kamsah.
Yup, saya mengakui perkara kata-kata motivasi dari Dr Fadzilah Kamsah ni. Walaupun saya banyak membaca, mengkaji dan men’test’ sendiri, tapi dengan berguru di bawah bimbingan seorang guru, hasilnya dua kali ganda lebih ummph!
Sebab, dengan bimbingan seorang guru kita boleh menjimatkan masa, tenaga dan wang dari banyak mengkaji, meneliti, menganalisa dan mempraktikkan apa yang kita baca.
Seorang guru juga sudah pasti akan berkongsi kegagalan dirinya di masa lalu mengajar kita supaya dapat mengelak dari menempuh kegagalan yang pernah dilaluinya. Kesan daripada itu, Anda dapat menjimatkan masa lalu peluang untuk berjaya dan cemerlang menjadi semakin cerah!
Berguru dengan buku saja tak sama dengan berguru di bawah bimbingan sorang guru tak kira dia ayah kita, kawan kita atau orang yang kita hubungi melalui email. Janji, dia menjadi guru kita.
Saya sengsorang di Kota Kinabalu ni. Nak mencari guru, kebanyakan guru dan kawan-kawan Internet yang saya kenal ada di semenanjung.
Saya pula terdampar di sini keseorangan. Syukur ada kedai buku Popular, perpustakaan Negeri Sabah dan Internet untuk saya mencari maklumat.
Selain membaca, saya banyak belajar sendiri dari kesilapan. Ada juga baiknya silap, sebab ia mengajar kita benda yang salah.
Cuma perlu yang sanggup teruskan usaha walaupun banyak kali silap, berkali-kali gagal. Pada tahap ini, kesabaran di uji. Perlu tahan hati dan be strong!
Bercerita tentang teknikal komputer, saya banyak belajar dari kesilapan sendiri tanpa bimbingan seorang guru. Jari luka, kena karan, pc tak hidup, pasang hardware salah, pasang motherboard salah, power supply meletup, wayar terbalik, semuanya dah saya lalui.
Jika saya ada seorang guru, pasti saya dapat belajar teknikal komputer dengan lebih cepat! Dalam kes saya, bukan tak nak berguru, tapi pada masa tu tak ada guru yang leh memberi tunjuk ajar, jadi saya explore sendiri.
Cari guru Anda hari ini juga. Belajar dengan seorang guru dapat merubah sesiapa saja menjadi lebih cemerlang!
Tags: Asia, Bisnes, Blog, life, Malaysia, Minda, Motivasi, pandangan, Perniagaan, Umum, Usahawan Berjaya, Usahawan-Internet, Weblog
July 22nd, 2008 at 8:47 am
Salam Shueqry,
Alhamdulillah,imotivasi menjadi guru saya setiap hari.Saya belajar banyak bende dan berazam berubah menjadi lebih baik setiap hari.Terima kasih Shueqry kerana perkongsian ini.
December 2nd, 2008 at 10:07 am
nak mintak tlong.. jumaat ni saya ade duty roster untuk motivation talk.. tajuk having fun at wark without over doin it.. saya x de poin2 nak cakap kat depan .. x yakin boleh berhadapan ngan staff kat ofice saya.. tolong la…. bagi saya sdikit tips or per2 fakta yg penting … plzzzzzzzz