Kawalan Emosi Dalam Mendepani Masalah
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda?
Kali ini saya berkata tentang kawalan emosi dalam menghadapi masalah. Walaupun saya dah keluarkan di beberapa artikel lalu, tapi saya akan mengulangnya sedikit kali ini. Panjang sedikit..
Hampir kesemua kita bila dilanda masalah, akan jadi lebih beremosi, murung, sedih, geram, kecewa, sakit hati, marah, tertekan dan seribu satu macam perasaan yang sukar nak digambarkan dengan kata-kata.
Tak ramai di antara kita respon pada masalah dengan hati yang terbuka dan yang positif, malah menjadi kesal, sedih dan lebih banyak beremosi, seperti yang dikatakan oleh kak Arina dalam ruang chat box kelmarin (terima kasih pada kak Arina!). Tapi, walau apapun, saya mahu Anda tahu, memilih untuk jadi beremosi takkan menyelesaikan apa-apa masalah.
Tukar emosi Anda dan tukar mood Anda kepada yang lebih positif, cuba untuk jadi ceria (walaupun sekarang Anda murung sebab bermasalah) dan berusaha untuk menyelesaikan masalah yang melanda, langkah demi langkah diringi oleh doa yang tak pernah putus.
Membiarkan emosi menguasai Anda akan membuatkan keadaan bertambah teruk sehingga tak nampak lagi jalan keluar. Percayalah, kerana saya dah melaluinya.
Minda separa sedar lebih mudah menarik apa yang ada difikiran beremosi, tak kira emosi tu positif atau negatif. Jadi, bila Anda beremosi negatif (murung, kecewa, kesal, tertekan) ketika di landa masalah, lebih banyak masalah yang akan melanda diri Anda, semuanya datang satu persatu tanpa Anda sedari.
Contoh paling hampir, saya kelmarin cukup tertekan kerana hanya saya seorang yang menjadi orang ‘harapan’ menguruskan kerosakan di rumah sehingga saya tak dapat online seperti yang sepatutnya. Akibat dari ‘layan’ rasa tak puas hati, masalah timbul satu persatu. Paip pecah lagi, sinki tersumbat, income saya tak ada satu hari dan gas memasak pula habis tetiba.
Ping! Lalu saya tersedar, minda saya yang telah menarik semua masalah ni datang, sebab seharian dari pagi sampai ke petang saya asyik melayan emosi tertekan, geram dan tak puas hati, hanya kerana cuma saya seorang yang diharap, sedangkan ada 15 orang menyewa sekali dalam satu rumah.
Kesannya, beberapa masalah datang tanpa di duga pada diri saya. Walaupun masalah saya ni kecik, kita sama-sama jadikan kisah benar ini sebagai pengajaran.
Cepat-cepat saya beristighfar dan mengambil wuduk, kemudian saya ubah mood, cuba menceriakan diri dan berkata pada diri sendiri, masalah ni sementara saja dan saya boleh selesaikannya. Alhamdulillah, tadi dah selesai semuanya, cuma gas memasak saja yang nak kena tunggu kedai buka esok pagi.
Masalah bersifat sementara. Ia akan kekal jika Anda terus jadi beremosi, tertekan, geram dan kesal sebab dilanda masalah.
Memilih untuk berfikir sebegitu akan membuatkan Anda semakin dilanda masalah tanpa Anda sedari. Cara terbaik, kawal emosi, kawal mood dan cuba berada dalam fikiran yang tenang.
Bila kita dilanda masalah, fikiran jadi berserabut, tak keruan dan jadi buntu. Sebab, Anda terlalu berfikir ditambah lagi dengan emosi, membuatkan Anda lebih ’syok’ untuk melayan masalah.
Tapi, ketahuilah bila Anda berbuat begitu, ia takkan menyelesaikan masalah, kerana di dalam minda Anda melihat diri Anda sebagai seorang yang bermasalah. Lalu, itulah yang ditarik oleh gelombang minda, menjadikan situasi-situasi bermasalah timbul secara kebetulan pada diri Anda.
Bayangkan Anda melihat diri Anda menyelesaikan masalah tu satu persatu di dalam gambaran mental. Katakan pada diri yang Anda mahu ia selesai, kerana Anda dah malas nak melayan masalah lalu mahu cepat menyelesaikannya. Niatkan dalam hati yang Anda mahu masalah tu selesai sekarang.
Akhir kata, tukar emosi Anda dari murung, sugul dan kecewa kepada ceria, energetik dan gembira. Cari sesuatu yang boleh membuat Anda gembira, kenangkan situasi yang membuat Anda ceria dan ingat sesiapa yang boleh membuat Anda tertawa. Tak percaya? Cubalah!
Dengan berbuat begitu, Anda akan merasa lebih ‘ringan’ dan membolehkan Anda melihat masalah sebagai sesuatu yang boleh dikawal, bukan yang membebankan.
Artikel kali ini mengandungi pandangan peribadi daripada saya. Mungkin ada di antara rakan-rakan pembaca blog yang mempunyai pendapat berlainan.
Jika ada, boleh kongsikan di ruang komen mahupun email terus pada saya. Terus terang saya katakan, komen melalui email lebih banyak daripada yang di blog, setiap kali menulis saya menerima paling kurang 35 reply! Sungguh menakjubkan.
Bagi rakan-rakan pembaca blog yang ‘malu-malu’ nak memberi komen, boleh emailkan pada saya untuk lebih privasi. Saya amat bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan pembaca dari Brunei, Filifina, UK, New Zealand, Thailand, Indonesia dan Australia, wow!
Terima kasih yang tak terhingga .. Ini adalah artikel yang ke 202 semenjak saya mula berblog dari 29 Mac 2007. Baru-baru ini saya juga menerima poskad yang cantik dari Brunei! Terima kasih.
Saya tak tahu namanya siapa (sebab takde nama dan alamat) cuma dia menulis kata-kata terima kasih kerana tulisan-tulisan saya telah banyak membantu dirinya. Tergamam saya dibuatnya .. tq!
- Shueqry -
all for one, one for all.
p.s. : Blog Motivasi Kejayaan milik saudari Norakmal kini berwajah baru, sungguh mempersona dan professional! Klik di sini untuk melihatnya.
p.s.s : Walau apa jua yang berlaku, kawal emosi Anda dan bawak bertenang kerana menyerah diri pada masalah, permasalahan dan layan rasa sentiasa bermasalah hanya akan menyusahkan Anda. Adakah Anda mahu terus dirundum masalah?
Tekadkan diri untuk berubah. Perubahan perlu berlaku dari dalam minda, emosi dan mood Anda terlebih dahulu. Anda ada hak mutlak untuk mengawal perasaan, minda dan diri Anda sendiri!
Tips Pembangunan Diri Yang Berkaitan
Emosi dan Law of Attraction
Masalah Takkan Ada Yang Kekal
Masalah Sebagai Cabaran
Punca Masalah
Bahaya Fikiran Negatif
Kita Adalah Apa Yang Kita Fikirkan
Sistem Kepercayaan
Total Happiness - Why Individual Cant Be Happy
Recomended Blog !
Sara eBooks
Blog Perniagaan Internet - Jana Wang Dengan eBook
http://www.saraebooks.com/blog
Pendapat Anda?
August 30th, 2007 at 10:56 am
Emosi biasanya datang tanpa diundang tak kira emosi positif atau negatif.
Nasib baik ia dapat dikawal sekiranya kita belajar untuk menjadi lebih prihatin terhadap emosi kita.