Ke Mana Hilangnya…
Salam pembaca blog iMotivasi, moga Anda sihat sejahtera.
Saya cuma mahu memberitahu sedikit info ke mana hilangnya saya. Saat menulis post ini, saya tak punya banyak masa..
Sekarang bos saya dalam proses membuka sebuah cyber cafe baru di dalam kawasan kem tentera di Lok kawi, dekat dengan pekan Putatan, Kota Kinabalu. Setiap pagi, saya di berada di sana dan hanya selepas maghrib baru saya masuk bekerja di cyber cafe.
Then, saya balik ke bilik sewa untuk mandi dan membersihkan diri. Seharian bergelumang dengan bau peluh dan habuk sungguh kurang selesa.
Dalam beberapa hari ni juga saya banyak belajar benda baru, dari memasang wayar elektrik, mengenal jenis wayar, menebuk dinding simen, menggunakan tools tertentu sehingga kepada petukangan kayu. Semua ni saya tak pernah buat, baru kali ni ada peluang merasa keseronokannya.
Sebelum ni saya hanya mahir memasang komputer, dari memasang motherboard, processor dan memformat komputer, tapi tak pernah belajar tentang pertukangan elektrik dan pertukangan kayu. Belajar benda baru sungguh menyeronokkan.
Saya juga berminat mahu belajar lebih dalam lagi tentang networking, setup cyber cafe dan software-software yang digunakan. Selain tu, minat pada programming, visual basic, virus komputer dan program anti virus juga semakin bercambah.
Itu saja update perkembangan saya untuk kali ini, kita akan berjumpa lagi di artikel seterusnya. Nantikan tips kejayaan Donald Trump yang ke 7.
January 29th, 2008 at 10:22 pm
wahh shueqry dah ada pengalaman baru nampak nya…
January 29th, 2008 at 11:56 pm
Salam Shueqry,
Bagus begitu Shueqry pengalaman baru akan buat awak bertambah mahir. Setiap hari kita pelajari perkara baru sungguh menguntungkan. No problem kita akan nantikan tips kejayaan Donald Trump yang ke 7.
Selamat bertugas semuga ketemu lagi. Salam Ceria
January 30th, 2008 at 8:38 pm
Terima kasih Noorizam dan Rass..
Thank you. Sesibuk manapun tugas, blog motivasi ni tetap menjadi keutamaan..
-Shueqry-
January 30th, 2008 at 11:30 pm
Belajar pertukangan ye?? Baguslah tu… Mungkin dapat menimba kemahiran baru…
Sambil menambah pendapatan baru..
January 31st, 2008 at 9:47 pm
Saya pernah ke lok kawi untuk tempah batu nisan…. apa yang saya pelajari sewaktu bersantai di pantai saya dapati apa yg kita hadapi dalam dunia ini semuanya masih tidak pasti..
HANYA KEMATIAN MERUPAKAN SESUATU YANG PASTI. SALAM SAYANG….
Satu selawat. untuk semua
February 3rd, 2008 at 8:43 pm
Salam Zool, moga ilmu yang baru menambah kemahiran yang sedia ada.
Menjaro,
benar, itu sudah pasti. Tapi, setiap saat perlu tanya diri kita bagaimana sudah persiapan kita untuk mendepani mati.
Are we ready to face it?
-Shueqry-
February 3rd, 2008 at 10:40 pm
Salam Shueqry,
Apa kabar keadaan Shueqry sekarang? Semuga sihat kembali sediakala terbaca disebelah (FOS)mengenai Shueqry diserang deman panas. Jaga diri baik2 dalam menjalani tugas seharian. Semuga ketemu lagi. Selamat kembali bertugas.
February 4th, 2008 at 8:30 pm
wkslm miss Rass,
ya, saya di serang demam panas, teruk sekali sbb dah lama tak di serang demam, kemudian sudah jarang bersukan terutama renang..
dulu gi kolam tiap hari, tapi sekarang dah jarang-jarang..
February 4th, 2008 at 8:57 pm
Saya rasakan Shueqry awak perlu ambil supplement kerna ia bantu immune system kita. Saya pun pernah kena deman panas dan rawat org kena deman panas entah berapa banyak tuala basah sy ambil hendak turunkan panas nya. Tak bolih guna air batu gunakan air paip saja ini nasihat doktor.
Nanti kalau dah sihat betul nak gi kolam tiap hari pun boleh. Swimming the best exercise of them all. Sebab the whole body kena move. Akhir jaga diri baik2 semoga berjumpa di post2 akan datang.
February 7th, 2008 at 8:21 pm
terima kasih miss rass..
Demam dah ok, cuma masa untuk bersukan dah kurang..
cuma guna speed walking utk jaga kesihatan jantung.
-Shueqry-