Kejayaan Bermula Dengan Membaca
Kali ini saya berkongsi dengan Anda tips motivasi dari Al Quran.
Saya rasa Anda ingat ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w, dari surah Al Alaq. Ia bermaksud “Bacalah”.
Melalui kajian, 93% daripada orang-orang yang berjaya suka membaca. Mereka juga menjadikan tabiat membaca sebagai satu tabiat harian.
Asas kejayaan adalah ilmu. Kedua, usaha. Ketiga, attitude positif. Ketiga-tiga asas ini dapat memperkasakan minda lalu dapat melahirkan insan cemerlang.
Tanpa ilmu, kita takkan tahu ke mana mahu di tuju dan apa yang kita mahu kuasai untuk menjadi orang yang lebh maju, lebih cemerlang dari yang sebelumnya.
Cara paling mudah menggali ilmu adalah dengan membaca. Di zaman ‘vista’ sekarang ni, Anda juga boleh menonton video-video percuma di Internet selain membaca untuk menimba ilmu, mencari informasi dan untuk mengikuti perkembangan terkini.
Orang yang berilmu adalah mereka yang berjaya serta sukakan kejayaan. Untuk jadi orang yang berjaya adan meniru pencapaian orang berjaya, Anda perlu rajin menimba ilmu, rajin belajar dan mengaplikasikan apa yang Anda pelajari.
Nak jadi student yang berjaya, dekatkan diri dengan ilmu, cinta ilmu dan rajin berkongsi ilmu.
Nak jadi pekerja cemerlang, gali ilmu komunikasi, penampilan diri, disiplin dan tatakerja.
Nak jadi usahawan berjaya, gali ilmu keusahawanan, pengurusan kewangan, teknik mempromosi, tips pengurusan pelanggan dan cara mengembangkan perniagaan.
Hidup kita menjadi lebih maju bila rajin mencari ilmu. Semuanya takkan pernah habis.
Jadi, lebih banyak ilmu yang Anda kongsikan, lebih banyak juga ilmu yang Anda dapat!
May 10th, 2008 at 11:42 pm
Shueqry,
Tepat sekali Shueqry! Apabila kita membaca kita membuatkan minda kita aktif berfikir dan ianya secara tidak langsung meluaskan pengetahuan kita.
Maka, bacalah! Apa yang kita baca itulah dunia kehidupan kita!
Selamat Membaca!
Salam Kekayaan.
THINKERICH
http://www.PemikirKaya.com
Motivasi: Kekayaan, Kewangan & Peribadi
May 11th, 2008 at 7:24 am
blog ni ada masalah! Setiap kali masuk, mesti terus pergi ke bahagian komen. Harap tuan rumah dapat baiki ya…
May 11th, 2008 at 9:50 am
Wan Wma,
Sorry, biasanay kene tunggu page abis load dulu..
Terima kasih, saya sedang dalam proses membaikinya.
cuma pening sikit main kod CSS.
Thinkerich,
thats right!
-Shueqry-
October 25th, 2008 at 7:01 pm
sy xske membce.. sbb sy bce lmbt tp tulis lju.. cmner nk wt 2?
October 30th, 2008 at 10:47 pm
saya sgt suka membaca. dirumah saya terdapat bermacam jenis buku. dari buku agama, motivasi, kewangan,ilmiah, novel dan byk lagi. setiap bulan saya akan memperuntukkan wang utk membeli buku baru. ramai diantara kwn2 yg dtg ke rumah terkejut melihat koleksi buku saya. ermmm….ada tu siap menghitung berapa banyak wang yg telah saya belanjakan untuk membeli buku2 yg teramat byk itu.nasihat saya pd semua, rajin2kanlah membaca dan wujudkan suasan membaca didlm rumah. isyaallah minat membaca itu akan hadir sendiri dalam diri anak2 kita.