Kejayaan-kejayaan Kecil Hasil Law Of Attraction
Salam pembaca blog, moga Anda sihat sejahtera hendaknya.
Dalam bulan April lalu, banyak kejayaan kecil yang berjaya saya capai. Kejayaan-kejayaan ini terlalu peribadi, sangat bermakna buat saya. Mengingat kembali kesemunya membuat saya makin bersemangat!.
Pertama, jumlah rss subscribers iMotivasi dah mencapai lebih 1,000 orang. Hanya lafaz syukur dan terima kasih yang mampu saya ucapkan.
Anda menjadikan hidup saya lebih ceria sepanjang hari. Thank You!
Kedua, saya berjaya mencapai target memiliki sebuah basikal dan sepasang kasut. Uniknya, kasut ini adalah kesan dari bayangan visualisasi yang saya selalu buat.
Sejak dari zaman sekolah, saya minat gabungan warna hitam-kuning dan kebanyakan item milik saya berwarna hitam-kuning. Sebab, warna kuning membuat saya bersemangat dan warna kuning banyak memberi saya inspirasi.
Kemarin saya pusing satu bandar KK dan asyik terbayang-bayang kasut berwarna hitam-kuning untuk saya gunakan bila berbasikal. Saya kerapkali memvisualkan imej kasut yang saya nak di fikiran, dalam masa yang sama membayangkan betapa seronoknya saya bila memakai kasut tu.
Dekat jam petang, saya terjumpa kasut hitam-kuning secara kebetulan. Wow!
Gembira bukan kepalang saya dibuatnya. Sambil mencuba kasut, saya asyik tersenyum-senyum sendiri.
LOA really works! Sales girl di kedai kasut tu heran melihat saya. Mungkin dalam hatinya berkata : “gile ke apa orang ni? Senyum sendiri!”
Masih ingat lagi Ayat-ayat Cinta? Saya pernah menulis pengakuan benar, saya tak dapat tidur buat beberapa malam dek selalu terbayang mata gadis arab yang menjadi cover depannya. Satu hal yang paling membuat saya gembira, kemarin saya terserempak dengan seorang gadis arab!
Kegembiraan ini saya hanya kongsikan dengan Anda. Semuanya berlaku secara kebetulan, dalam masa sejam, dari jam 5 hingga 6 petang pada tarikh 30 April 2008.
Mata gadis arab tu berwarna biru. Dia berhidung mancung, kurus, kulitnya cerah, bibir kemerahan dan bertudung putih, tinggi lebih kurang sama ngan saya. Cuma tak berani tegur.
Benar kata Anthony Robbins. Its all in your mind.
Semuanya bermula di fikiran! Ini adalah salah satu daripada kejayaan-kejayaan kecil saya. Semuanya telah saya tulis dalam sebuah buku nota yang saya namakan “LOA PROOF”.
Pengakuan saya kali ini adalah bukti kuasa minda boleh diperalatkan untuk mencapai kejayaan.
Oleh kerana itu, saya tekad mahu mencapai kejayaan yang lebih besar selepas ini!
May 2nd, 2008 at 5:31 pm
Jodoh dah sampai, Shueqry.
May 3rd, 2008 at 3:03 pm
Raymod,
Ituah yang alam semesta beritahu saya
-Shueqry-