Kejayaan Stacy Menjadi Juara AF6 Menyuntik Semangat
Kisah benar kali ini menjadi bukti, impian memang boleh direalisasikan menjadi kenyataan. Tahniah buat Stacy AF6 dari Sabah di atas kejayaannya merangkul juara Akademi Fantasia musim ke enam.
Dia berjaya mencapai kejayaan atas usahanya sendiri. Dia percaya dia ada bakat lalu menggilap bakat tersebut dengan mempamerkan kesungguhan berlatih walau berdepan dengan pelbagai tekanan. Sungguh tak saya sangka, Stacy mampu bergelar juara dengan mendapat 43% undian sms mengatasi pelajar-pelajar lain.
Ini menjadi bukti, usaha keras membuahkan hasil!
Walaupun sepanjang musim AF6 saya tak pernah menonton semua konsertnya, kejayaan Stacy banyak menyuntik inspirasi buat saya. Terima kasih pada beberapa pembaca blog iMotivasi yang mengirim sms, memberitahu berita ini.
Kelam kabut saya buka internet untuk info lanjut. Sejarah telah tercipta. Pertama kali Sabahan girl mencipta nama besar di industri hiburan Malaysia.
Linda AF2, Felix AF3, Lotter AF4, Ebi AF5 hanya mendapat tempat kedua. Kini Stacy AF6 memecah tradisi. Nama-nama hebat ni kesemuanya dari berjaya mencipta nama dengan trademark masing-masing.
Andai mereka boleh berjaya, maknanya sesiapa juga boleh berjaya. Formulanya sama, tetapkan matlamat, tetapkan mindset, tambahkan usaha dan doublekan kerajinan.
Saya mahu jadi seorang blogger berjaya, di kenali ramai serata Malaysia seperti mereka juga!
Anda bagaimana? Kejayaan apa yang Anda mahu capai?
Adakah sebagai seorang pelajar cemerlang? Pekerja cemerlang? atau usahawan terbilang?
May 26th, 2008 at 12:02 am
Shueqry,
Matlamat THINKERICH adalah untuk membantu lebih ramai orang yang berfikiran biasa-biasa menjadi lebih kaya dengan ilmu pengetahuan dan seterusnya merubah sikap dan tabiat kemiskinan, keselesaan kepada kekayaan Dunia & Akhirat…InsyaAllah..Amin..
Salam Kekayaan,
THINKERICH
http://www.PemikirKaya.com
Motivasi : Kekayaan, Kewangan & Peribadi
August 2nd, 2008 at 10:54 am
stacy is da best among da best..
nubhan kiup~~!
August 13th, 2008 at 4:28 pm
aku mendoakan anda akan lebih matang dalam penulisan,jangan begitu statik dlam style penulisan,pada tahap style penulisan biasa-biasa anda sekarang ini anda perlu lagi berusaha agar mampu memadam pesaing-pesaing lain yang lebih power style penulisanya..aku ingin melihat penulisan asli anda tentang motivasi bukan pengutip hasil penulisan..gud luck
October 11th, 2008 at 8:36 pm
tp kan lebih baik kita cari contoh lain utk menjadi sumber inspirasi dalam berjaya…iya wajar la klu hiburan menjadi perhatian ramai…
cuba kita lihat dato’ sheikh muzafar..beliau ke bulan mencapai impian nya dalam bidang teknologi dan pendidikan yg canggih..
October 13th, 2008 at 5:31 am
Einezz, benar pendapat awak. Kita boleh ambil idola dalam bidang kita sekarang ni.
Dalam masa yang sama, cari idola dalam bidang berlainan, kerana setiap orang yang berjaya mempamerkan kesungguhan tersendiri. Mereka semua ada cara masing-masing untuk berjaya.
Stacy walaupun seorang penyanyi muda, kejayaan yang dikecapi olehnya boleh dijadikan penyuntik inspirasi.
Dalam masa yang sama, kita juga boleh mengambil contoh-contoh kejayaan lain sebagai penaik semangat diri kita, misalnya Dr Sheikh Muszaphar, Lance Armstrong, Datuk Azhar Mansor, Mahendran dan Mohandas, Sazali dalam sukan bina badan, Liew CF dalam bidang penulisan blog.
Fokus pada semangat mereka dalam bersungguh-sungguh dalam mengejar kejayaan. Jika mereka boleh berjaya, sesiapa juga boleh!
Lihat pada usaha keras, fokus Stacy dan keupayaannya menghiburkan ramai orang dengan lagu-lagu nyanyiannya. Kesungguhan Stacy perlu ditiru, sebab sesiapa saja yang berusaha bersungguh-sungguh, pasti berjaya. Adaptasi kesungguhan itu pada diri kita, lepas tu serap menjadi tabiat diri sendiri.
Walaupun kita seorang pelajar, kita boleh mencontohi Stacy melalui kesungguhannya.
Jadi, kita perlu bersungguh-sungguh belajar, supaya kita menjadi juara dalam pelajaran!