Kekadang Kita Tak Tahu Apa Yang Kita Mahu

Perkara ni pernah terjadi pada saya sendiri. Sometime saya tak tahu apa yang mahu saya capai.

Mengapa perkara ni berlaku? Sebab saya banyak yang nak dicapai dan banyak perancangan yang bermain di kepala saya, tentang kawan-kawan, kerjaya, kewangan dan last sekali desakan mak yang mahu melihat saya berumah tangga. Adeh..calon lum ada.

Cuma apa yang saya tahu, saya nak menulis lebih banyak lagi untuk laman blog iMotivasi dan dalam masa yang sama, terus membaca untuk belajar lebih banyak perkara.

Selain tu, saya mahu bersukan semula dan mahu aktif seperti dulu. Saya tak nak asyik diserang sakit lagi.

Aik, kenapa? Mustahil ke? Saya bekerja di siber kafe, seorang perenang dan lulus bidang kewangan yang sepatutnya membolehkan saya bekerja di bank. Adik beradik saya menjadi cikgu dan ramai keluarga saya terlibat dengan kerjaya perguruan.

Dulu, saya mengaku yang saya lebih mengikut pendapat orang. Apa yang orang lain, saya fikir sekejap, pastu saya ikut.

By the end of the day, saya tak tahu apa yang saya mahu, sebab saya ikut apa yang orang lain mahu!

Bukan yang diri saya mahu. I’m cought in the middle! Saya terperangkap.

Saya bukan menyuruh Anda supaya degil mendengar nasihat orang lain. Tapi, bagi saya, saya cuma mengikut apa yang hati saya kata.

Saya lebih suka mendengar bisikan naluri.. Sebab dengan cara itu, membuat saya tahu apa yang saya mahu.

Hanya ada empat fikiran di kepala saya. Pertama, memajukan siber kafe tempat kerja saya.

Kedua, blog iMotivasi ni.

Ketiga, mencapai target kewangan.

Keempat, menambah skill komputer, koleksi buku-buku motivasi saya dan ilmu yang ada. Rasa banyak lagi yang kurang.

Saya tak boleh mengelak kata hati yang mendesak mahu saya supaya muncul di media!

Itu saja yang saya fikirkan selama ni. Itulah juga semua yang saya mahu.Hanya ada 4.

Anda pula, apa yang Anda mahu?

Adakah Anda benar-benar tahu itu sebenarnya yang Anda mahu? Atau Anda masih ragu…

Share This Post

2 Responses to “Kekadang Kita Tak Tahu Apa Yang Kita Mahu”

  1. Anonymous Says:

    hai Shueqry, jumpa lagi sy round banyak blogs balik ke sini balik. Aik! cepat betul dah ada new artikel. hmm… macam ini baik sy round sini now and then.
    Thanks good post today, ya sebenarnya bukan kita tak tahu apa kita mahu, cuma kita belum memikirkan nya lagi. it will all come naturally when we start thinking. most of all listen to your heart as it always tell the truth. tell your mum not to worry semua dah di susun once you start thinking. Wah! bagus tu dah mula nak fokus exercise, ya, badan sihat minda pun sihat. Jumpa lagi, selamat bercuti hujung minggu!
    ~rass~

  2. fizah Says:

    wah!!tajuk kekadang kita tak tau aper yg kita nak mmg menarik sangat.sya bru lepasan SPM ni xtau ape yg sya nk wat lps ni.ape yg sya tau sya xnak ambik jln mdah dgn msuk kolej swasta.rsult sya ok je.xtruk sgt.sbab tue swasta byk tawaran.so sya msuk t.6 smntara tgu 2nd intake IPTA.mmg sya tak tau apa cita2 saya.tp sya tau sya mnat bdang ekonomi.

Komen? Pendapat?