Kemeriahan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008

Bagi Anda yang sempat mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008, mesti masih terasa kemeriahannya.

Tahniah khusus buat DikMal kerana dia berjaya menemui Dr Irfan Khairi di pesta buku tersebut. Saya tumpang gembira! Dia juga berjaya mendapat autograf dari Dr Sheikh Muszaphar Shukor..Wow!

Alhamdulillah, saya dapat memerhati dari jauh, membaca coretan blog-blog yang mengulas Pesta Buku antarabangsa kali ini. Antara blog pilihan utama saya adalah blog dari Zamri Mohammad.

[ klik untuk imej yang lebih besar ]

Terima kasih pada Zamri, tulisannya membuat saya merasa dekat dengan pesta buku tu walaupun saya cuma dapat melihat gambar-gambarnya saja.

Faktor jarak antara tanah semenanjung dan Sabah menjadi cabaran buat saya. Beruntung Anda yang tinggal di semenanjung! Ada banyak event kat sana.

Di Kota Kinabalu mahupun di bandar lain seluruh Sabah, belum pernah lagi ada apa-apa pesta buku cuma promosi-promosi kedai buku terutama Popular Book Store. Kedai buku tu merupakan satu-satunya kedai buku dari semenanjung yang membuka cawangan di sini.

Saya petik beberapa artikel dari blog Zamri, di mulakan dengan…

Bagi Anda yang mahu mengenali Zamri Mohammad, lawati website rasmi beliau di http://www.zamrimohammad.com

Share This Post

Komen? Pendapat?