Kena Tag

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya telah ditag oleh Zool di blognya, orang yang kene tag ni mesti senaraikan 6 perkara pelik atau lain dari yang lain berkenaan diri pemilik blog.

Perkara pelik pada diri saya??

Nak mula kat mana.. sebenarnya ada lebih daripada 6.

Ini dia:

1. Minat sesangat ngan Anakin Skywalker, filem StarWars dan filem-filem sains fiksyen. Dari filem StarWars ni timbulnya minat saya pada kuasa minda, sebab nampak Jedi tu ada power boleh baca fikiran orang dan boleh gerakkan benda macam kuasa psikik .. bahkan, pernah berangan nak ada Lightsaber sendiri.

Anakin Skywalker

2. Sangat-sangat obses dengan buku motivasi, renang gaya bebas dan konsert muzik akustik yang live atau lebih dikenali sebagai ‘unplugged’. Kalau waktu pagi tak menyanyi jadi tak bersemangat langsung satu hari.

3. Suka nyanyi kat mana-mana dan bila-bila masa, dari lagu M.Nasir, Jamal Abdillah, lagu nasyid dan lagu boybands macam Plus One, A1, lagu rock macam Amy Search serta lagu Arab terutama Amr Diab. Saya minat sangat ngan suara Josh Groban, Duta Sheila On 7, Lee Ryan dan Joey McIntyre.

4. Suka jalan sorang-sorang. Saya enjoy jalan sengsorang dan suka tengok orang lalu lalang, kerana dari situ saya boleh belajar cemana nak baca personaliti orang lain. Selain tu, bila berjalan saya suka bawa buku dan membaca di tepi tasik, bawah pokok, tepi tangga dan kat tepi laut. Selalu kat Waterfront KK.

5. Suka sesuatu yang ganjil, yang customized dan mahu menjadi lain daripada yang lain. Dare to be different! Saya suka design yang simple, ringkas dan moden. Berjenama atau tidak, janji berkenan di hati saya rembat terus.

6. Suka dengar bunyi air mengalir, sebab ia memberi ketenangan dan kedamaian jiwa.

7. Kalau nampak gadis bertudung yang ada lesung pipit, nak tercabut jantung saya dibuatnya! hehe :) Tapi, saya tak berapa pandai nak mengurat.. hmm .. nak cari mentor ni .. ada sesape sudi?

>> MySitePartner
Sara eBooks
Tips eBook dan tips jana wang dengan eBook

Ah ha! Itulah 7 keganjilan yang ada pada diri saya. Sebenarnya ada lagi, tapi 7 keganjilan ni yang paling menonjol.

Jadilah diri sendiri, jangan terikut-ikut orang lain kerana dengan berbuat begitu, kita juga membenarkan orang lain untuk membentuk masa depan diri kita dan segalanya yang ada pada diri kita. Setiap orang daripada kita diciptakan unik dan jika Anda ada sedikit keganjilan yang menyebabkan Anda jadi lain daripada yang lain, jangan bersedih kerana ada hikmah disebalik keganjilan itu.

Saya juga seorang yang berperangai agak ganjil. Diwaktu kecil sehingga remaja saya kurang bergaul dan lebih enjoy bergelumang dengan buku. Tambahan pula bapa saya seorang guru dan saya terikut-ikut oleh gayanya yang tak lekang dengan buku serta bacaan-bacaan ilmiah yang lain.

Itulah beberapa latar belakang saya. Jumpa di artikel motivasi akan datang.

- Shueqry -
all for one, one for all.

Artikel Lain Yang Berkaitan
My Favourite Quotes

Betulkan Mind Setting
Sedia Untuk Berubah

Komen Anda?

Share This Post

16 Responses to “Kena Tag”

  1. Dik Mal Says:

    Salam,

    Hoho :D macam mana boleh banyak sama ni? walaupun tk 100% sama, ada la partially yang sama :D

  2. shueqry Says:

    DikMal..

    pekaba? thanks for coming ..

    eh, sama? ye ke?

    kat part mana tu?

    buku? atau Sheila On 7?

    oh ya, motivasi ..

    - Shueqry -

  3. Raymond Says:

    Mungkin Shueqry boleh ngurat dengan menggunakan kuasa minda. hehehe…

    Mungkin juga boleh dapatkan sedikit panduan daripada Ktom atau Dik Mal. :P

  4. Raymond Says:

    Ini dia link untuk belajar mengurat

    http://www.green-rectangle.com/cf/guysgetgals/

    Harap ia dapat membantu.

  5. shueqry Says:

    Raymond,

    hehe .. thank you ! ..

    saya dah ke sana tadi ..

  6. ktom Says:

    Askm Shuq…hmmm rupa2nya Shuq boleh menyanyi..dan minat menyanyi.

    Bagi Ktom best ler jika boleh nyanyi sebab apa tau….dgn menyanyi lagu kegemaran yg berlatarkan kepada muzik yang sedap didengar dengan patah lirik yg indah…pastinya hati akan menjadi tenang dan puas…( jika tak faham tanya ya )

    Hehehehe Raymond, cam mana nak mengurat perempuan ya? Senang je….JADILAH DIRI SENDIRI dan IKHLAS…bila kita tengok perempuan tu hatinya akan tersentuh dengan kerlingan mata yang ikhlas dan jujur. Cewahhhhh….betul tak DikMal?

  7. shueqry Says:

    ktom..

    wah! thanks kak .. ye, saya minat dengan muzik, tapi tak sampai karier dalam bidang muzik, cuma untuk suka-suka saja..

    saya belajar main gitar sendiri dan belajar vokal dari video kat Internet. Nanti bila vidoe dah out, bole dengar suara saya cemana..

    hoho .. jadi, bila ngurat ni jadilah diri sendiri, bukan apa , sbb saya tak pandai buat lawk mcm kengkawan saya yang lain, tu yg kekadang rasa low profile tu..

    thanks for the tips kak ..

    - shueqry -

  8. Dik Mal Says:

    ngorat? hohohoho..

    firstnya jangan tunjuk diri anda nak ngorat sebenarnya, biasanya pempuan tak suke :D jadi kawan biasa je dulu… kalo ade chemistry, ada la :) simple and sweet advice from me :D

  9. kumb@ng Says:

    kalau tengok lelaki yg ada lesung pipit agak2 apa pulak yg runtuh…hehe…gurau aje :D

  10. Ku Ina Says:

    wawawa…pandai menyanyi & rajin menyanyi… uhhh hebat tu… sy pandai baca lirik aja…

  11. zool Says:

    He he he.. pengetag nak komen sket…
    er shueqy tak letak 6 blog lain ke (kecuali blog yang mengetag) untuk ditag?? Sori banyak benor perkataan tag…
    Ada persamaan dari segi kekurangan dari segi mengurat…
    Apahal pun tq kerana sudi meneruskan perbuatan mengetag nie..

  12. shueqry Says:

    DikMal..
    - thanks ! very useful tip.

    Kumbang ..
    - macam pernah dengar, tapi di mana ya? rasa-rasanya yang runtuh tu ..

    Ku Ina ..
    - thanks kak, hehe, saya memang suka menyanyi ni, cuma kat dapur aje yg saya tak menyanyi ..

    Zool ..
    - thanks Zool, pasal tag mentag ni saya nak simpan dulu dan saya akan guna di satu masa nanti ..

    Terima kasih pada DikMal, Ktom, Raymond, Kumbang, Ku Ina dan Zool yang rajin masuk ke sini ..

    Thank you :)

    - shueqry -

  13. Azahari Says:

    may the force be with you…
    ada jugak starwars fan..saya pun minat starwars jugak.Rasanya tengok berpuluh kali pun tak jemu.Orang yang menengok saya pulak yg jemu sebab asyik tengok cerita yang sama…hehehe..

  14. shueqry Says:

    Azahari

    eh, sama la kita ni ek? Saya minat gila ngan StraWars ni dari kecik! member kat sini kat say ni nuts dan buang mase aje layan benda tu..

    Thanks bro Azahari, singgah kat sini ..

    - Shueqry -

  15. ktom Says:

    Shuq, Ktom nak tanya DikMal ni…apa yg dia sama dengan Shuq ni?..hehehehe DikMal ni…..

    Shuq, sapa2 kalau nak tackle DikMal kena buat cam dia cakap tu ler…..

  16. Dik Mal Says:

    tanya saya? ye lah? apa yang sama ya abg shueq?????

    books books and more books :D lain2? ada la… kah kah kah :D

Komen? Pendapat?