Kenali iMotivasi

Dalam ruang ini Anda akan ditemukan dengan sejarah blog iMotivasi, memori yang terkandung dan kenangan yang ada padanya.

Blog iMotivasi di mulakan pada 29 Mac 2007 yang ketika itu masih lagi menggunakan blog percuma di alamat http://shueqry.blogspot.com

Pada mulanya blog percuma ini tidak ada hala tuju, bertujuan sebagai wadah penulisan sekadar suka-suka sahaja.

Kemudian, Shueqry mula menulis beberapa artikel berkisar tentang perniagaan Internet, affiliate dan sedikit latar belakang peribadi.

Di ketika itu, Shueqry tiada sesiapa yang kenal dan tiada siapa yang tahu.

Bermula pada pertengahan April 2008, Shueqry memberanikan diri mengubah layout blog lalu menulis lebih banyak artikel yang menjurus pada motivasi.

Melihat kurangnya info-info motivasi pembangunan diri di ruang Internet Malaysia, dia mengambil keputusan untuk menulis artikel-artikel motivasi sepenuhnya, sebab motivasi adalah passion sebenar bagi dirinya.

Dipacu oleh keinginan mahu menjadi unik, dia terus rajin menulis artikel-artikel motivasi.

Dia cukup gembira bila berblog tentang motivasi, khususnya motivasi untuk pelajar IPT, pekerja dan usahawan-usahawan muda. Artikel-artikel yang ditulis di blognya banyak menjurus pada 3 golongan ini.

Melihat kesungguhan blogger motivasi lain terutama Amar Mahmood, Norakmal dan Linn, Shueqry makin rajin berkongsi lebih banyak artikel-artikel motivasi percuma. Jumlah pembaca yang dulunya hanya 20-30 orang sehari, kini semakin bertambah jadi 100-200 orang sehari.

Shueqry percaya Internet hanya satu medium komunikasi, hiburan dan maklumat.

Walaupun ia sekadar medium, kejujuran ketulusan perlu dijaga supaya keeratan yang terjalin di antara dia dan pembaca blognya kekal sampai bila-bila.

Dalam hati dia tekad untuk menjadi orang yang berguna pada orang lain, seramai yang mungkin, sejauh yang mungkin, di setiap ceruk ruang Internet Malaysia.

Pada Ogos hingga Oktober 2007, Shueqry berdepan dengan dugaan hebat hingga memaksa dia mengambil keputusan meninggalkan arena internet, affiliate dan blogging yang dimulakannya berseorangan.

Namun, berkat sokongan beberapa orang pembaca, dia muncul semula.

Dia belajar melupakan kegaglan masa lalu, kemudian membina semula apa yang diusahakannya.

Shueqry pernah menerima email ugutan dari hacker dengan nama “Mr XXX”, mengugut untuk merosakkan blog motivasinya yang ketika itu sedang meningkat naik.

Ditambah lagi dengan beberapa cabaran yang menggugat tahap kewangan, Shueqry mengambil keputusan untuk berhenti saja, kali ini buat kali kedua. Dia bagai dah putus harapan!

Pada saat blog motivasinya dah mempunyai 230 orang Rss Subscribers, Shueqry mengambil keputusan drastik di luar jangkaan ramai rakan-rakan blogger yang mengenali dirinya.

Mereka tidak menyangka yang kali ini dia benar-benar mahu berhenti dari menulis artikel motivasi.

Nampaknya dia dah bulatkan tekad.

Ramadhan 2007 bermula. Shueqry yang kurang bersemangat mula menyepikan diri beberapa hari dari blog motivasi dan Internet.

Ramai pembaca tertanya sendiri, mana perginya blogger motivasi yang dulu memberi mereka harapan, kecekalan dan yang membuat mereka berubah menjadi lebih cemerlang dengan artikel-artikelnya.

Setiap artikel Shueqry bagaikan memberi mereka nafas baru.. dan dia melakukan semua itu tanpa meminta apa-apa bayaran!

Dalam diam, di mulakan oleh Galadriel yang membuat post di forum WangCyber, ramai rakan-rakan muncul membantu Shueqry.

Beberapa orang pembaca setia blognya juga menghulur bantuan tanpa di sangka-sangka.

Saat pertengahan Ramadhan 2007, Shueqry yang muram, kini bersemangat semula. Dari saat itu, dia tidak menoleh ke belakang lagi.

Dia tekad terus memajukan diri.

Semangat yang baru membuat dia semakin rancak menulis artikel-artikel motivasi.

Idea terus mengalir, semangat terus membara, inspirasi terus menyala.

Blog motivasi yang di tulis oleh Shueqry menerima lebih ramai pengunjung dan lebih ramai Rss Subscribers. Jumlah kedua-dunya naik mendadak dalam masa yang singkat dalam beberapa bulan selepas peristiwa ‘down’ itu.

Statistik terkini Rss subscribers blog iMotivasi (saat artikel ini ditulis) adalah seramai 1320 orang.

Angka itu satu jumlah yang agak besar bagi sebuah blog motivasi yang ditulis dalam Bahasa Melayu.

Selebihnya, adalah apa yang Anda lihat hari ini. Sejarah tercipta!

Baca lagi beberapa review dari blog-blog yang lain, berkata tentang Shueqry dan iMotivasi..

Blog Inspirasi Brunei : “Kali ini saya ingin membicarakan tentang satu blog motivasi yang berada di ranking nombor satu di hati saya iaitu iMotivasi.com.

iMotivasi.com ini di tubuhkan oleh seorang anak muda dari negeri Sabah yang bernama Shueqry. Dia seorang pemuda yang mempunyai matlamat dan tahap motivasi yang tinggi. Saya kagum dengan kesungguhan Shueqry selama dia berkecimpung dalam blog motivasi ini. Pelbagai rintangan telah di laluinya, hinggakan ada satu tahap Shueqry ingin berhenti menulis dan menutup blog motivasinya, tapi berkat sokongan dari kawan-kawan dan sisa motivasi yang berbekas di hati, kini Shueqry bangkit lebih maju dan lebih tabah menuju kehadapan.

Saya menemui i.Motivasi.com semasa Shueqry masih menggunakan shueqry.blogspot.com. Pada ketika saya dahaga kan sokongan dan motivasi, Tuhan telah menemukan saya dengan Shueqry, yang banyak mengajar saya erti ketabahan, kesungguhan dan erti matlamat hidup yang sebenar. Shueqry merupakan sumber inspirasi kepada saya. Dia yang banyak membuka mata saya tentang motivasi, hala tuju hidup, tentang kesabaran dan ketabahan, tentang kejayaan dan segala-galanya.

Saya sarankan iMotivasi.com ini kepada semua orang tidak kira samada anda seorang pelajar, guru, peqawai kerajaan, usahawan, tidak kira yang tua mahupun yang muda terutama sekali bagi sesiapa yang dahagakan motivasi, yang tiada matlamat hidup, yang masih terkapai-kapai mencari arah tujuan, saya saran kan anda luangkan masa sekejap di “i.Motivasi.com”

Saya harap kita semua mendapat manfaat dari artikel-artikel motivasi dari Shueqry dan semoga selepas ini, kita hidup lebih ceria, positif dan lebih bermotivasi. :)”

Norakmal Jasni - Blog Personal DikMal. : “Hari ni, Dik Mal nak kongsi cerita dengan korang semua pasal sorang kawan yang Dik Mal kenal kat dunia siber ni.

Siapa la agak2nya yang Dik Mal nak cerita yer?

Memperkenalkan : Bro Shueqry!

Hehe. Mungkin barangkali ramai yang kenal beliau. Mungkin ramai yang belum. Jadi Dik Mal nak perkenalkan lah beliau. Kenapa beliau? ouh mudah saja sebabnya, sebab dia punyai minat penulisan yang hampir sama bidang dengan Dik Mal. Kan bro kan? Ouh kalau beliau sedang baca ni. mesti tersenyum-senyum beliau jawabnya!

Bukannya apa, Dik Mal mula pertama kali nampak beliau kat blog Dr Irfan Khairi. Ouh komen nya bersahaja dan paling penting JUJUR!

Jadi bila Bro Shueqry mula bina blog nya baru-baru ini, Dik Mal amat berbesar hati untuk jadi pembaca setia blog nya. Rugi bagi siapa-siapa yang tak membaca tiap post yang BRo Shueqry tuliskan di sana. Butirannya memberikan inspirasi kepada Dik Mal. Dan sebab itu juga, Dik Mal tak teragak-agak untuk letakkan link blog itu dalam blogroll Dik Mal! Rugi woo kalau terlepas pandang Blog beliau.”

Ramzan Raja Blog “beliau sangat rajin menulis dan sememangnya begitu popular. Saya pun teralah dengan kehebatan beliau.”

Kak Arina : “Pagi-pagi ini bila baca comment Shueqry rasa bersemangat pula. Sebenarnya setiap hari saya ternanti-nanti komentar dari beliau kerana pada saya site Shueqry Berkata penuh dengan informasi berguna. Gabungan pelbagai idea yang mantab dengan rujukan pakar motivasi terkenal. Jika anda berkesempatan kunjungilah site Shueqry Berkata dan anda pasti setuju dengan kata-kata saya.”

Diari Miza : “Terima kasih kerana sudi menjenguk Blog Miza. Masih lagi blog peribadi yang pengisiannya masih dalam sekitar kehidupan Miza.

Terima kasih juga atas perkongsian ilmu di blog saudara. InsyaAllah akan memberi manfaat kepada siapa yang membacanya.

Betul, Miza salah seorang ratusan mungkin juga ribuan pembaca di blog Shueqry. Topik yang paling Miza gemari mengenai LOA. Malah Miza sudah mula mencari-cari bahan bacaan mengenai LOA khususnya buku The Secret. InsyaAllah Miza akan dapatkannya. Buku tersebut ada di jual di MPH Midvalley.

Akhir kata, terima kasih daun keladi, jika sudi mohon kunjungi lagi blog Miza ni.emoticon

Anda boleh baca banyak lagi komen pembaca di satu page khas.

Klik di sini untuk info lanjut…