Kesan Dari Jiwa Tenang

Saya percaya jiwa adalah punca cemana rupa hidup kita hari ini. Jiwa penuh dengan ketenangan, membuat kita fokus, emosi penuh stabil lalu mudah untuk kita menumpu sepenuh perhatian pada usaha-usaha memburu kejayaan.

Jiwa yang kacau bilau, asyik dipenuhi rasa tertekan dek masalah hidup, kegusaran dan emosi-emosi negatif, membuat kita tak keruan, kurang cemerlang, bahkan berada dalam penjara kesengsaraan yang tak
berkesudahan. Selagi kita tak melatih jiwa supaya menjadi tenang, selagi itu kita rasa jauh dari kecemerlangan.

Cuba Anda perhatikan orang yang sentiasa cemerlang. Kaji air mukanya.

Sentiasa tenang… Cuba air muka seorang pelajar cemerlang, pekerja yang rajin dan juga cemerlang dan usahawan-usahawan cemerlang.

Sebab dia tahu, ketenangan membuat dia senang mengawal emosi, dari situ dia boleh membuat keputusan dengan tepat juga dapat memberikan idea-idea bernas yang langsung tak terfikir oleh orang lain.

Saya pernah terbaca kata-kata Alex Lim Keng Liat (perenang negara) dan Lance Armstrong (juara 7 kali Le Tour De  France). Alex pernah berkata, ketika dia berenang laju, seboleh mungkin dia akan memastikan hatinya sentiasa tenang dan emosinya cukup terkawal.

Kata Lance Armstrong pula, ketika berada dalam satu perlumbaan basikal, seboleh mungkin di akan pastikan air mukanya neutral dan fikirannya tenang walaupun ketika itu ramai pelumba lain berbasikal dengan kelajuan lebih 60kmsj (kilometer sejam). Bagaimana saya tahu? Sebab saya dah baca habis buku tulisan Lance Armstrong bertajuk "Its Not About The Bike - My Journey Back To Life" .

Jika atlit renang bersaing dalam satu pertandingan dan mereka berenang laju, mereka terdorong untuk panik, takut dan kelam kabut kerana adrenanlin dirembes dengan laju ketika itu seiring dengan perjalan darah yang dipam laju ke sel-sel otot. Bila dah kelam kabut dan panik, perenang tersebut terdorong untuk melakukan kesilapan, lalu menyebabkan dia ketinggalan sedikit dalam perlumbaan renang.

Tak percaya? Cuba Anda berenang dengan laju. Mesti Anda termengah-mengah, panik dan kelam kabut kan?

Anda akan berkata susah nak tenangkan diri pada saat itu. Kesannya, jika Anda sedang berlumba dengan perenang lain, pasti Anda ketinggalan.

Jika Anda tak pandai berenang, cuba berlari dengan cukup laju, selaju mungkin hanya selama 11 saat. Pasti Anda akan rasa kesan yang sama.

Anda akan berkata betapa susahnya nak bertenang, setenang yang mungkin ketika berlari laju. Memang mencabar.  Tetapi, bagaimana alex Lim Keng Liat dan Lance Armstrong boleh melakukannya?

Mereka sentiasa melatih jiwa supaya berada di dalam ketenangan . Mereka juga berlatih mengawal emosi.

Bila jiwa tenang, emosi terkawal, sudah pasti sesiapa juga boleh jadi cemerlang. Sepatutya kita yang Muslim sedar awal-awal hal ini, kerana ia sudah dinyatakan di dalam Al-Quran.

Mulai hari ini, ubah diri Anda.

Tekadlah untuk bertenang dalam apa jua keadaan.

Share This Post

5 Responses to “Kesan Dari Jiwa Tenang”

  1. Haizal Ramdzan Says:

    Benar kata saudara, Jiwa yang tenang membuatkan kita lebih fokus dan teratur dalam berfikir. Terima kasih kerana mengingatkan

    http://www.kisahjutawan.blogspot.com

  2. Azuwan Says:

    Ya, Jiwa yg tenang akan membawa minda kita ke tahap alpha? Betul tak?

  3. Shueqry Says:

    Azuwan, betul. Minda pada level gelombang Alpha adalah minda cemerlang.

  4. mahar Says:

    Salam…memang ketenangan amat pentinbg dalam kehidupan kita..kadang2 masalah yang kite hadapi pun boleh mencuri ketenangan kite..harap kawan2 tak keberatan mendoakan ketenangan saya..sedih gak ni,,saya tak tenang dek masalah yang saya hadapi ni…thanx,Hanya Allah dpt membalasnya.

  5. ruza Says:

    Assalamualaikum,
    Allah dah beri kita panduan,
    ‘dgn mengingati Aku hati kamu akan tenang’
    muga kita gunakan panduan dari ayat quran ini utk menuju kecemerlangan.amin

Komen? Pendapat?