Kesan Dari Rajin Membaca Artikel Motivasi

Tahukah Anda, walaupun kita meluangkan seminit sehari untuk membaca artikel-artikel motivasi pendek tentang kejayaan tokoh ternama, secara saikologinya ia merubah pandangan kita terhadap diri sendiri? Cemana tu?

Sejak dari kecil, kita cenderung untuk mengikut orang lain, sometime menjadikan perangai mereka sebagai sikap kita dalam diam. Sebab kita manusia, suka memerhati dan ‘mengcopy’ apa yang kita perhatikan.

Di usia remaja, kita lebih suka menjadi orang lain supaya mereka menerima kehadiran kita lalu masuk menjadi salah seorang geng mereka. Lama kelamaan kita sukar berubah menjadi diri sendiri.

Mengapa ya? Sebab seminit sehari kita memerhati lalu ‘mengcopy’ perangai kawan-kawan kita, pastu kita serap menjadi tabiat diri sendiri.

Jadi, untuk mengubahnya step by step, apa kata kita baca artikel-artikel motivasi pendek tentang sikap orang-orang berjaya.  Pada permulaan, cukup baca dalam seminit sehari.

Selepas membaca, fikir sekejap dan copy menjadi tabiat diri. Jika masih tak menjadi, berlatih sampai benar-benar terbiasa.

Lama kelamaan sikap orang-orang berjaya tu (success habits) akan jadi sikap kita sendiri, cuma diubah sedikit mengikut kesesuaian diri kita.

Esoknya, baca 3 minit, 3 kali sehari. Lakukan selama tujuh hari seterusnya.

Untuk hari-hari di minggu depan, baca 10 minit, 10 kali sehari!

Share This Post

2 Komen Pembaca


  1. BAGUS BETOL LAMAN NIE…
    KNAPA LA ARINI BARU JUMPA…
    LAMAN NI BERUPAYA…MEMBENTUK MINDA YANG BERILMU…SYABAS!!!

    Quote | Posted July 26, 2008, 8:00 pm

  2. Ejaliza,

    Thank you :D

    Quote | Posted July 27, 2008, 10:36 am

Kongsikan Komen Anda Selepas Membaca Artikel Ini