Kesan Dari Sikap Suka Memberi
Tahu tak mengapa orang-orang berjaya suka memberi?
Apa yang mereka dapat agaknya?
Mereka nampak puas dan sinar damai terpancar di wajah mereka. Rajin memberi buat mereka senang hati juga membuat mereka merasa tenang menjalani kehidupan.
Mereka tak pernah risau tentang persaingan atau gusar jika pesaing mereka tahu rahsia kejayaan mereka. Mereka takkan pernah takut kehabisan, sebab mereka tahu mereka ada banyak lagi yang tersimpan.
Itulah yang dikatakan “abundance mentality”. Orang-orang berjaya percaya Allah menunjukkan mereka jalan kejayaan pada mereka kerana dia mahu menurunkan nikmat-nikmat untuk diberi pada orang lain melalui mereka.
Sebab itu, mereka percaya kecerdikan, kecerdasan dan kerajinan bekerja yang wujud dalam diri mereka muncul atas sebab tertentu, untuk jadi manfaat pada insan lain.
Orang-orang berjaya sanggup berkongsi banyak ilmu, sebab mereka mahu mengubah orang lain agar berjaya seperti mereka satu hari nanti. Setelah anak didik mereka berjaya, anak-anak didik itu juga akan membimbing orang lain.
Legasi ini berterusan sehingga mewujudkan komuniti yang terus menerus berjaya serta di sanjungi ramai.
Kesan dari sikap suka memberi, juga dapat mengelak minda kita dari dikuasai sikap tamak, sombong, bongkak, rasa tak cukup, cemburu dan paling teruk, tekanan hidup.
Memberi terus dari hati amat menenangkan, terasa bagai hidup ini ada maknanya. Its worth giving for a living.
Blog iMotivasi akan terus menerus memberi Anda tips-tips motivasi, kerana percaya, saya dan blog ini ada banyak lagi tips untuk sama-sama dikongsikan!
August 18th, 2008 at 4:24 pm
Askm,
mereka suka memberi kerana itu lah pelaburan mereka utkakhirat. Dunia tempat bercucuk tanam,akhirat tempat utk menuai.Berilah apa yg kita mampu samada ilmu,tenaga,idea ataupun wang ringgit.
wassalam.
August 18th, 2008 at 5:48 pm
salam,
tak Allah jd kn sst tu tuk tujuan sia2. stp sst kejadian tu de tujuannye…
carilah pe2 je pd dri kite ni yg ble m’bri manfaat wat dri n org len
beruntungnye klu idup dpt membri manfaat pd org len.idup rs lbh bermakne n berseri…
August 21st, 2008 at 9:17 am
assalamualaikum w.b.t
sikap suka memberi ini adalah satu sikap yg mulia. adanya sikap sebegini membuatkn org di sekeliling kt rasa selesa krn kt bkn org yg kedekut dlm berkongsi ilmu mahupun apa sahaja yg mampu kt berikn pd org lain.
makin byk kt memberi makin byk Allah akan limpahkn utk kt. oleh itu seorg guru yg memberi ilmu kpd ank didik akn makin bertmbah ilmunya. begitu juga sbg seorg pelajar, kalau kt berkongsi ngan sahabat2 kt pasti Allah akan memberi kemudahan utk kt mencapai kejayaan danmurahkn rezeki utk hamba2Nya.