Kesedaran Dari Ayat Al-Quran
Salam pembaca blog. Apa khabar Anda hari ini? Moga dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Terkejut? Maafkan saya.
Terus terang saya katakan, berpusu-pusu SMS masuk ke handphone saya meminta jangan terlalu lama berundur dari blog ini atau membiarkannya lebih dari seminggu, ada pembaca blog motivasi ini yang mengaku tak bersemangat jika saya mengundurkan diri, walaupun sementara. Benarkah? Oh, sungguh tak disangka..terharu saya..
Terima kasih pada Anda, saya merasa sungguh dekat dan sungguh dihargai, walapun saya tak pernah jumpa Anda dan berada jauh di Kota Kinabalu pula. Bersemangat saya bila baca pesanan-pesanan SMS yang dihantar, terutamanya dari saudara Nailofa, Mr. A, Zairi dan saudari Aleeya, terima kasih..semalam merenung tafsir ayat Al Quran di bawah ini yang membuat saya berfikir panjang:
“Bukankah kami (yakni Allah) telah melapangkan dadamu ya Muhammad. Dan kami telah ringankan bebanmu yang berat yang memberati belakangmu. Dan kami tinggikan (muliakan namamu). Sesunggunnya di dalam kesukaran itu ada kemudahan. Sesungguhnya di dalam kesukaran itu ada kemudahan. Apabila engkau telah selesai (mengerjakan) suatu pekerjaan, maka bersungguh-sungguhlah (meskipun dengan bersusah payah untuk mengerjakan yang lain pula). Dan kepada Tuhanmulah kamu berharap.”Maksud surah Al Insyirah ayat 1-8.
Ayat tersebut sangat memotivasikan saya. Lalu timbul kesedaran, memberitahu saya supaya terus konsisten menulis di blog motivasi ini walaupun bersusah payah. Keadaan saya sekarang memang payah, tanpa kemudahan Internet dari rumah seperti biasa dan terpaksa berulang-alik ke cyber cafe yang bukan dekat jaraknya. Namun saya yakin, Allah dah berjanji disebalik kesukaran ada kesenangan.
Saya niatkan menulis di sini sebagi ibadah. Menulis adalah minat saya dan saya jadi lebih bersemangat bila tahu apa yang saya sampaikan melalui penulisan memberi kesan mendalam pada orang lain, terutama yang mencari-cari diri sendiri dan yang rasa kosong (situasi yang saya sendiri lalui dulu). Saya kena tabah, konsisten dan positif dalam menjalani kehidupan dan saya yakin disebalik kepayahan yang saya lalui sekarang, ada kesenangan yang lebih berpanjangan nanti. Ini satu ilmu yang saya tak dapat di tempat lain.
Saya tetap berusaha sekuat daya walaupun agak payah. Dalam pada itu sungguh banyak pengajaran tersirat yang saya pelajari yang memotivasikan diri. Melihat kesusahan orang lain, saya bersyukur kerana Allah mengurniakan saya bakat menulis dan kepintaran untuk mendepani rintangan hidup. Saya bukan lagi orang biasa, dah lama saya tukar mindset menjadi orang luarbiasa. Extra mind, extra mile, extra mild bak kata Dr Tuah.
Sesungguhnya bakat ini diberi for a reason. There must be a reason. Saya muhasabah diri dan minta petunjuk hala tuju sebenar hidup saya. Sukar untuk saya terangkan, dalam Inggeris dipanggil “lucid dreaming”. Yang muncul adalah wajah ibu bapa saya. Selepas bertanya, saya mendapat jawapan.
Hala tuju hidup saya adalah dalam bidang pendidikan dan penulisan. To lead and to inspire others. Bukan seperti jejak langkah keluarga saya yang kebanyakannya guru, tapi di level yang lebih tinggi daripada itu. Anda sudah melihat jalan pemulanya melalui blog motivasi ini. My destiny is by serving others.
Saya tahu ini bila melihat pada ilmu sains Numerology dan nombor diri saya adalah 6, means i am “the server”. Itu juga nombor yang sama pada nama penuh Dr Fazley Yaakob. Saya akan terangkan satu hari nanti apa makna Numerology dan bagaimana Anda juga boleh mengenali diri sendiri dan hala tuju hidup Anda melalui nombor. Ia sebagai panduan saja, tapi sangat berguna untuk lebih mengenali diri sendiri. Lagipun, bila dah kenal diri, senang untuk kita memberi booster motivasi sebab kita dah kenal hala tuju kita ke mana.
Insya Allah saya selalu update blog motivasi ini seperti biasa, takpe walaupun hanya dari cyber cafe saja. Saya boleh jimatkan masa dengan menulis dulu di rumah, save dalam pen drive dan publishkan. Semua ini sementara, segalanya akan kembali seperti biasa juga bila modem saya dah ok dan rumah saya juga dah ok.
Saya mohon pada Anda doakan agar urusan saya dipermudahkan. Saya juga sentiasa berdoa agar semuanya berjalan lancar. Ruang masa yang ada saya gunakan untuk membaca dan terus membaca. Moga dengan itu, saya dapat kongsikan lebih banyak ilmu pada Anda dan sesiapa jua yang membaca blog motivasi ini.
Love and friendship,
Shueqry
blogger motivasi Malaysia.
December 16th, 2007 at 9:46 pm
Semankin banyak yang kita beri, semankin banyak yang kita dapat.
December 16th, 2007 at 11:40 pm
Yup, betul!
Saya sendiri merasa kesannya.
Kita jadi tenang, damai dan seronok. Kerja menulis bukan saja rasa tanggungjawab, tapi keseronokan bekerja..
Setiap hari saya bertanya, what can i give more? selepas itu, idea timbul..
Thanks to Universe.
December 16th, 2007 at 11:42 pm
saya dah banyak kali dtg ke sini dan ini first time sy tinggalkan comment. Sy nak tnya saudara,mcm mn nak elakkan diri dari stress dan sekiranya stress,ape ptt kita lakukan?untuk pengetahuan saudara, sy sntiasa tertekan menyebabkan sy murung dan ini memberi kesan negatif pd sy. Harap dpt dibantu..
December 17th, 2007 at 1:06 am
Salam untuk saudara Shueqry .
saya tersangkut disini sejak beberapa hari yang lalu secara tak sengaja dan terus melekat di sini setiap hari. Ada magnet yang menarik saya untuk terus berada di sini. Syabas dan tahni’ah kerana saudara berjaya mencetuskan semangat ramai pembaca dengan artikel2 yg di siarkan.
December 18th, 2007 at 8:03 am
salam shueqry..
selamat kembali..:)
sebenarnya shueqry bila ada org memberi kita kata2 semangat n positif dia secara tidak lidak langsung memberi getaran positif kepada org yg memberi kata2 tu dan org yg menerimanya..
ia dibuktikan oleh seorang motivator semasa sya pg berkursus dlu..
sebab shueqry selalu memberi ilmu .
maka jasa shueqry telah dibalas balik..
krn itu shueqry selalu dpt sokongan n doa yg baik dari smua pembaca..
betulkan shueqry?
Nailofa
December 18th, 2007 at 8:11 am
shueqry harap dpt kongsi ilmu numerology tu..
sya dah ada jga basic sedikit sbnyk..elemen shuery logam kan..
setelah dihitung tarikh lahir nombor diri adalah 4..elemen kayu.
kalu tersilap btulkan ye
nailofa
December 18th, 2007 at 4:05 pm
Nailofa,
Kalau ikut dari Chinese zodiac, zodiak saya masuk dalam Stone Monkey sbb tahun 1980 adalah tahun Monyet.
Stone Monkey ni dia kreatif, bijak dan licik. Selain tu aktif dan agak bising.. hehe, maybe saya bising berblog kot..
Shueqry
December 18th, 2007 at 11:13 pm
salam shueqry..
tadi sya da terbaca ttg satu komen la kan dlm forum dr hm tuah..
dia kata tak baik percaya zodiak ni..
disertakan hadith sekali..
sbb sya pn jenis kdg suka baca zodiak..
tp kalu nak kaji personaliti mengikut bln kelahiran takpa ..
kalu sya salah betulkan ye..
nailofa
December 27th, 2007 at 9:11 pm
Salam….tak sangka ada blog yang memaparkan bnyk motivasi..pertama kali saya terjumpa n termasuk blog ini saya sudah mula tertarik dgn artikel2 yg terdapat dlm ruangan ini.
That’s good,,semoga ruangan ini dapat membantu golongan remaja seperti saya untuk terus melangkah sebagai insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.
I hope that this blog akan terus bertahan dan menambah lagi artikel2 yg lebih menarik dari masa ke semasa.