Kesedaran Diri Positif
Salam pembaca blog, saya doakan moga Anda sihat dan cukup bersemangat.
Dalam tips motivasi kali ini saya memetik kata-kata Dr Fadzilah Kamsah, katanya “orang-orang yang berjaya mempunyai ciri-ciri kesedaran diri yang mendalam, mereka sentiasa mempraktikkan kesedaran diri yang positif. Dalam diam, mereka tahu dan mereka kenal sangat diri mereka bagaimana dan siapakah diri mereka, kebolehan, kekuatan, kekurangan dan keunikan mereka”.
Selain itu, mereka juga tahu apa yang mereka mahu tahu dan mempunyai peta hidup yang cukup jelas, selalunya dirangka untuk jangka masa 7 hingga 10 tahun ke depan. Masa yang ada dimanfaatkan sepenuhnya serta tak membenarkan sesekalipun fikiran negatif, tanggapan negatif mahupun sikap negatif duduk bersarang (mahupun bersawang!) dalam minda mereka.
Bahkan mereka mengisi minda dengan hal-hal yang positif saja, sebanyak yang mungkin sepositif yang mungkin. Orang-orang yang berjaya sentiasa dahagakan ilmu.
Selain nak memajukan diri, itu dah menjadi kebiasaan mereka supaya cintakan ilmu, suka mempelajari sesuatu yang baru dan berkeinginan untuk belajar menambah ilmu sepanjang hidup tanpa jemu, di mana jua bila-bila masa. Dari apa yang saya lihat dan dari apa yang saya kaji, orang-orang yang berjaya ni bijak menyesuaikan diri dengan pelbagai orang, keadaan, persekitaran dan situasi.
Jadi, untuk berjaya, hijrahkan diri ke arah kesedaran yang lebih positif, lebih baik dan yang lebih cemerlang. Kawal diri Anda dengan berlatih mengawal emosi, mengawal pemikiran dan selalu membersihkan hati untuk memastikan kedamaian jiwa.
Dengan itu, barulah ada ketenangan.
Kesannya, muncul kecemerlangan.
Pilih untuk jadi orang yang ada motivasi.
Shueqry
blogger motivasi Malaysia
p.s. : Saya menggunakan moto “blogger motivasi Malaysia” bagi mewakili rakan-rakan seperjuangan di arena motivasi Internet untuk pembaca dari Malaysia, Brunei dan Indonesia. Bahkan sudah ada rakyat Malaysia di US yang selalu masuk ke sini setiap hari. Blog motivasi ini juga dah meniti di bibir rakyat Malaysia yang berada di sana..
Dari hati yang tulus ikhlas, terus terang saya benar-benar tak tahu nak kata apa, hanya ucapan terima kasih yang menjadi pemula bicara.
Thank You
December 11th, 2007 at 12:43 pm
Salam Shueqry,
Suka saya baca tentang org cemerlang. Apakan tidak cemerlang, mereka mempratikkan pembelajaran sepanjang hayat malah ini lah yg di suruh dari dulu2 lagi. Bestnya kalau dpt merantau cari ilmu dan pengalaman belajar tentang dunia dan ambil iktibar akan alam sekitar. Lebeh best lagi kalau kita dpt jadi People of the World menjadi contoh sebaik2 contoh kerna dpt bergaul dan kenali berbagai2 ragam manusia adat resam dan budaya masing2.
Hingga ketemu lagi. Sekian.
~Miss Rass~