Kesilapan Dalam Law Of Attraction

Dalam tips Law Of Attraction kali ini, saya nak membetulkan salah faham tentang konsep Law Of Attraction. Sebenarnya Law Of Attraction respon sepenuhnya pada emosi Anda, tanggapan Anda tentang sesuatu dan apa saja yang ada di fikiran Anda, akan ditarik datang pada Anda, jadi kena jaga emosi.

Sebab itu elak dari bersangka buruk, seperti berfikir kereta Anda terbabas, dompet Anda dicuri, rumah Anda dipecah masuk atau apa-apa saja sangkaan buruk yang lain. Kalau ada timbul fikiran macam ni, tukar cepat-cepat atau buang jauh-jauh, ia akan menyusahkan Anda sendiri. Kalau Anda berkeras juga, bersedia untuk menghadapi situasi meruncing di luar kawalan Anda.

Kunci utama kekuatan Law Of Attraction adalah pada getaran emosi. Untuk menarik apa yang Anda mahukan, Anda perlu mengeluarkan getaran emosi positif. Untuk mengeluarkan getaran energi positif, Anda perlu bersangka baik, be happy dan optimis.

Dalam masyarakat, sebenarnya kita sendiri yang mencipta kesusahan diri. Kebanyakan orang menarik apa yang mereka tak mahu secara kebetulan, tanpa mereka mahu, tanpa diseda dan tanpa mereka sendiri tahu prosesnya. Seringkali mereka tak puas hati pada orang lain, situasi dan perkara dan apa yang mereka tak puas hati tu, itulah yang ditarik datang pada mereka. Jadi, dalam misi Anda untuk menjana kecemerlangan, Anda perlu tukar pemikiran.

Pendek kata, pandang jauh ke depan, pandang ke belakang hanya akan menarik kesusahan di masa lalu datang semula pada Anda, walaupun Anda tak nak!

Shueqry
blogger motivasi Malaysia

Tips Berkaitan

Rahsia Menarik Kemurahan Rezeki Dengan Kuasa Minda
panduan yang benar-benar terbukti berkesan bagaimana mahu menarik
kemurahan rezeki datang pada Anda, tips langkah demi langkah.
Klik Untuk Info Lanjut Di Sini…

Share This Post

2 Responses to “Kesilapan Dalam Law Of Attraction”

  1. Raymond Chua Says:

    Itu merupakan kesilapan umum yang saya perhatikan.

  2. Blog Rasmi Motivasi Minda Says:

    Tuan,

    Bagaimana pula dengan konsep doa, kita selalu merendah diri kepada Allah, contohnya, “Ya Allah aku tidak layak menjadi hambamu yang terbaik, tetapi mudahkan hambamu menjadi hamba yang engkau hendaki.”

    Di mana kedudukan law of attraction apabila membincangkan negative statement sebagai tanda humbleness kepada tuhan.

    Kedua, kita takut dengan neraka dan memikirkan betapa malangnya jika kita berakhir di sana, bagaimana law of attraction dibincangkan dalam isu ini. Neraka ada unsur negatif tetapi dibincangkan berkali-kali dalam Quran.

    Ketiga, ada yang berjaya berkongsi cerita kegagalan mereka, sudah tentu getar emosi rapat dengan keadaan itu. Bagaimana L.A. attraction membincangkan hal ini.

    T.Q

Komen? Pendapat?