Kita Dan Aku

Saya dan Anda masih lagi berbicara dalam topik komunikasi. Tips motivasi kali ni, saya kongsikan 3 cara untuk membuat Anda disenangi ramai, tak kira di dalam Internet ataupun di dunia sebenar.

Pertama, ikhlas dan bersederhana. Means tak terlalu merendah diri dan tak terlalu meninggi diri atau rasa Anda hebat baik dari orang lain. Anda akan disenangi bila Anda mendulukan orang lain, ikhlas berkawan dan tak melebihkan diri sendiri. Kalau boleh, kongsikan sebanyak mungkin ilmu, info atau berita yang Anda tahu.

Kedua, jadi pendengar yang baik. Bila mendengar orang bercakap, dengar sampai dia habis bercakap, baru Anda sambung atau beri pendapat. Kredibiliti Anda akan tercemar bila Anda suka memotong cakap orang dan “mengkondem” orang yang datang meminta pendapat Anda.

Ketiga, gunakan perkataan “kita”. Latih diri Anda untuk buang perkataan “aku” dan gunakan perkataan kita dalam perbualan. Elak untuk memaki-maki, mencela atau memandang sebelah mata pada orang lain.

Selain tu, elak asyik bercerita tentang kehidupan diri sendiri dan lebihkan bercerita tentang hal yang boleh membuat Anda rapat dengan orang yang Anda bawa bercakap tu, lebih-lebih lagi bila suka filem yang sama, makanan yang sama, buku yang sama atau idola yang sama. Dengan itu, timbul keserasian, kesannya, Anda dapat menjadi sebahagian dari rakan-rakannya.

Alhamdulillah, pengalaman 3 tahun dalam bidang sales dan akhir sekali sebagai customer service officer banyak mengajar saya. Sekarang, tiba masanya untuk saya kongsikan dengan Anda pula. Orang lain akan senang dengan kita bila kita bersangka baik dan membuat mereka rasa senang. Ini yang dinamakan ketampanan sosial.

Pilih untuk jadi orang yang ada motivasi. Jumpa di artikel motivasi akan datang.

Share This Post

2 Responses to “Kita Dan Aku”

  1. Raymond Chua Says:

    Ini menegingatkan saya tentang ajaran cikgu Pendidikan Moral saya masa tingkatan 4 dahulu iaitu mengamalkan semangat kekitaan.

    Dalam dunia ini semua benda adalah berhubung dan berkaitan.

    Perkataan kita adalah diibaratkan sebagai sebuah jambatan yang menghubungkan insan.

  2. iedasa’s Blog » Blog Archive » Pe Kebende Tu? Says:

    [...] SOSIAL. Pe kebendenye tu? He, first time aku jumpe words ni dlm iMotivasi, blog kegemaranku. Aku tengah nak meningkatkan ilmu komunikasiku ni. Maklumlah… Aku budak baru [...]

Komen? Pendapat?