Komen Di iMotivasi Tak Banyak, Tapi…
Terima kasih pada rakan-rakan blogger yang selalu berkunjung ke laman blog iMotivasi. Saya amat menghargai kunjungan Anda.
Ramai penulis blog yang bertanya, pesal blog motivasi ni tak banyak komen?. Adakah blog iMotivasi tak cukup faymes?
Atau popularitinya sekadar hangat gitu-gitu aje?
Hmm, bila tak banyak komen, penambahan idea atau cadangan yang ditulis di ruang komen, maknanya artikel motivasi yang saya tulis amat bagus, tak gitu? Hehe..
Gini ceritanya. Untuk info Anda, walaupun komen di ruang blog sikit, tapi dari 1200 subscribers tu, ratusan dari mereka rajin reply setiap artikel yang saya keluarkan di blog iMotivasi. Setiap artikel.
Komen melalui balasan email 2 kali ganda lebih banyak sebenarnya.
Bila dicampur dengan email-email yang dihantar mahu bertanya pandangan, pendapat, luahan hati, rasa tertekan, proposal “bisnes MLM”,menjual link affiliate, cadangan sebagai bisnes partner dan meluah masalah yang rata-ratanya dalam 2-31 email sehari, Anda sudah boleh bayangkan jumlah email yang saya terima, mencecah 3 angka.
Setiap kali ada artikel baru, ia dihantar secara automatik ke email kesemua subscribers blog iMotivasi. Andai dalam sehari saya keluarkan 3 artikel, bermakna memang beratus komen melalui reply email yang saya terima.
Namun, jumlahnya yang sebenar, itu adalah rahsia saya dan blog iMotivasi. Nama-nama mereka yang rajin reply email saya tak boleh dedahkan di sini .. Kebanyakannya wanita dan bekerja, dalam lingkungan umur 23-35 tahun, hanya itu yang saya boleh bagitau.
86% daripada pembaca iMotivasi adalah dari kalangan non-bloggers, non-geeks dan merupakan pengguna Internet biasa yang sekadar mahukan informasi, inspirasi, motivasi.
Blog iMotivasi masih baru, jadi saya kena usaha berganda-ganda lagi untuk mempopularkannya. Saya cukup kagum dengan blog-blog lain yang lebih popular, mendapat ranking tinggi serta penuh informasi walaupun bukan dalam industi motivasi.
Saya tak menjana apa-apa wang, komisen, bayaran, untung atau ‘big money’ dari blog motivasi ni, cuma dapat kepuasan yang cukup menyeronokkan tiap kali saya menulis.
Its a passion!
Bagi rakan-rakan bloggers yang masih meletak link ke blog ini dengan address http://shueqry.blogspot.com, saya minta Anda menukarnya kepada nama iMotivasi di alamat http://www.imotivasi.com
Jika Anda menaip http://imotivasi.com, Anda akan dibawa terus ke web address http://www.imotivasi.com
Komen di sesebuah blog,bukanlah penentu kejayaan blog tersebut.blog yang berjaya,adalah sebuah blog yang mampu memberikan informasi yang berguna….Dan sentiasa konsisten dalam berkongsi ilmu pengetahuan..
↓ Quote | Posted June 14, 2008, 11:09 pmsalam
saya dah link terus web anda ke blog saya!
http://www.mybiz-talk.co.cc
tq
↓ Quote | Posted July 24, 2008, 4:42 pmOk Amendvinfo, thank you ..
↓ Quote | Posted July 24, 2008, 7:36 pm