Komunikasi
Salam pembaca blog. Pada artikel motivasi kali ni, saya menulis tentang komunikasi. Dalam ramai-ramai pakar motivasi di Malaysia, saya paling minat tengok cara Dr Fadzilah Kamsah berkomunikasi, sama ada ketika di segmen motivasi Bersama Dr Fadzilah Kamsah atau hanya mendengar suaranya di dalam kaset.
Sebenarnya banyak cara nak berkomunikasi yang mempesona tapi ramai orang terlupa asas komunikasi. Ia sepatutnya bermula di rumah Anda dan dengan diri Anda sendiri. Anggap diri Anda sahabat baik dan seorang kawan rapat terlebih dahulu, baru Anda ada keberanian untuk berkomunikasi dengan orang lain.
Bila rajin berkomunikasi dengan diri sendiri dan rajin memberi semangat motivasi pada diri sendiri, secara automatik self esteem Anda akan naik dan terasa ada harapan untuk mencapai apa saja yang kita targetkan. Selain tu, Anda akan menjadi lebih fleksibel, seperti angin, air dan asap. Anda mudah mengesan perangai negatif yang Anda terbuat dalam satu-satu masa, sebab ia adalah respon sahabat baik Anda (diri Anda sendiri) yang menegur Anda.
Saya maksudkan angin, air dan asap kerana ketiga-tiga elemen ni berubah mengikut bekas yang diisinya. Saya umpama dengan diri kita, di mana kita patut bijak menyesuaikan diri dengan sesiapa saja kita berkomunikasi, tak kira orang muda ke, orang yang dah agak veteran, golongan marhean, peniaga pasar malam, golongan professional mahupun golongan VIP.
Jangan sesekali memilih orang untuk Anda bergaul, lebih baik bersikap sederhana dan ceriakan orang lain terlebih dahulu, jangan selalu berkata tentang kelebihan diri sendiri. Pendek kata, bila Anda selalu membuat orang lain gembira dan ceria, mereka secara automatik merasa tertarik berkomunikasi dengan Anda, seperti magnet!
November 24th, 2007 at 8:12 pm
Salam ceria semua…
Saya setuju dgn tuan shueqry, bermula dgn diri sendiri tue…
Saya byk berubah di antaranya bila saya jadikan diri saya ini sahabat yg setia.. makan, minum, tidur dan apa saja diri ini tetap bsama. diri kita sntiasa ingat kpd kita tapi kita saja sering lupa padanya.
jika kita sering berkomunikasi dgn diri, percayalah kawan2 semua, byk rahsia yg akan kita perolehi sedikit demi sedikit. kasih dan sayanglah pada diri sendiri dulu…
bila fikir2 kmbali, tiada yang mengenal aku melainkan aku. tiada yang kenal siapa itu shueqry melainkan shueqry jua.
jika ada yg ingin tambah, diharap sangat. betulkan saya apa yg perlu.
saya sangat sayangkan diri saya. Rindu selalu…
Salam ceria,
Syed Mansor Syed Mahazar
http://www.freewebs.com/energy-reiki
November 24th, 2007 at 8:37 pm
Salam tuan Syed,
Benar, bila kita sayangi diri sendiri, secara automatik perasaan tu akan merebak pada orang lain juga, dalam LOA, like attracts like.
Lebih-lebih lagi, bila kita selalu bersyukur, motivasi akan sentiasa naik..
- Shueqry-
November 26th, 2007 at 8:53 pm
Haha… magnet aku ni kadang-kadang kuat kadang-kadang lemah bergantunglah kepada mood dan situasi.
Kadang-kadang macam superstar, kadang-kadang diam pula.
Kalau masa pergi seminar, kuatlah magnet aku. Boleh ambil gambar, kongsi pengalaman, bagi nasihat dll
Tapi kalau bersama kawan yang suka bergosip lain pula magnet aku pasal tak tahu apa yang dikongsikan. Semua perkara yang aku nak kongsikan nampak tak kena je.
Pelik.