Kuasa Hijrah Untuk Merubah Diri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya kembali semula menulis di blog Motivasi Pembangunan Diri, berkongsi ilmu, hikmah dan amal untuk kebaikan kita bersama. Kali ini saya mengulas sebuah buku.
Buku motivasi terbaru tulisan Dr Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusof sungguh menyeronokkan untuk di baca. Ia sungguh memotivasikan!.
Kini terjawap sudah satu persoalan, sebab kita sukar untuk berubah sikap kerana tiada strategi & tips yang boleh dijadikan panduan untuk merubah sikap diri kita sendiri. Semuanya ada di dalam buku motivasi ni.
Banyak beza di antara buku tulisan Dr Tuah Iskandar dan buku dari Dr Fadzilah Kamsah. Tips motivasi dari Dr Fadzilah Kamsah dipersembahkan dengan cara santai, step by step, langkah demi langkah dan dalam urutan bab, manakala motivasi dari Dr Tuah Iskandar pula lebih kepada pengajaran dari kisah-kisah benar yang dilalui sendiri olehnya, dari pengamatan dan pemerhatian beliau.
Dalam kisah-kisah benar tu, Dr Tuah menyelitkan motivasi, membawa kita lebih banyak berfikir. Dr Fadzilah pula memberi tips motivasi direct to the point.
Saya menyarakankan Anda untuk membaca buku Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah kerana buku ini:
1. Mengandungi tips motivasi yang di susun dengan cara yang santai, relaks dan bersahaja tanpa bahasa penulisan berbunga-bunga. Kesemuanya direct to the point tanpa penerangan akademik yang berjela-jela.
Bahkan, ketika membaca buku ini, saya sungguh terkejut kerana ia berbeza dengan buku-buku motivasi yang dah saya baca sebelum ini. Ia ada Petua Hijrah, aktiviti-aktiviti simulasi untuk motivasi diri dan rumusan di setiap bab bagi memudahkan Anda mengingati point-point yang memotivasikan Anda.
2. Contoh-contoh semangat motivasi sebenar dari tokoh-tokoh sebenar yang “real-life”. Kesemuanya dikumpul dalam 55 Petua Hijrah.
Antara nama-nama yang dimasukkan dalam buku motivasi ni adalah Dr Irfan Khairi, Tuan Haji Syed Moheeb Syed Kamaruzzaman, Dr Rusly Abdullah (Chef Li), Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari, Nizal Mohammad, Ustaz Fauzi Mustapha, Akhill Hayy, Prof Dr Sheikh Baba, Jackie Chan dan Hafiz Hashim.
3. Tips-tips yang boleh Anda ikuti untuk meransang perubahan diri ke arah level yang lebih baik garapan daripada Dr Fadzilah Kamsah, ditulis dalam kolum khas bertajuk “Hikmah Hijrah DMFK” ( DMFK adalah singkatan daripada Dr Mohd Fadzilah Kamsah). Wow! Mungkin satu hari saya mahu meletak singkatan nama saya ke DMSA, er, Dr Mohd Shukri Abdullah!
4. Panduan mudah langkah demi langkah ke arah perubahan jati diri ke tahap yang lebih baik, lebih berdaya saing dan ke level yang lebih tinggi dari yang sebelumnya. Bila selesai membaca beberapa bab, secara automatik Anda akan terdorong untuk menilai diri sendiri. Selain itu, ia bukan sahaja mengandungi input motivasi teori, tapi lebih kepada praktikal.
Buku ini meransang perubahan sikap, perubahan mindset dan perubahan attitude. Hasil dari aktiviti-aktiviti yang disarankan oleh Dr Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzly Yusof, Anda akan membuat kesimpulan bahawa hanya sikap yang baik-baik saja akan membawa Anda kepada kejayaan.
Sikap yang buruk hanya akan menghadkan potensi diri, mengurung bakat yang sedia ada dan menghalang kebolehan Anda dari berkembang. Jadi, mengapa Anda memilih menjadi orang yang biasa sedangkan Anda mempunyai potensi untuk menjadi luar biasa?
Buang sikap-sikap yang buruk (malas, tak suka memajukan diri, kurang berusaha) dan hijrahkan diri Anda kepada sikap yang lebih baik (kerana ia membawa Anda kepada kejayaan) seperti rajin, berkarisma, berpirinsip dan bermotivasi.
Baca buku Dr Fadzilah Kamsah ni dan Anda akan rasa perbezaannya. Tak percaya?
Beli satu hari ini juga !
October 24th, 2007 at 1:12 pm
Hai Shueqry,
Selamat kembali,
Blog-blog Malaysia yang saya subscribe tiba-tiba senyap masa Hari Raya.
Sekarang, dah mula aktif semula.
October 24th, 2007 at 2:42 pm
thanks Raymond,
mostly because many Malaysian bloggers that you are subscribing are Malays, that is why
they looks “dissapeared” for a moment.
Now, we are back !
- Shueqry -
October 24th, 2007 at 9:07 pm
Betulkan?
Kuasa Hijrah memang arus motivasi yang berbeza!
Saya sangat sukakan roda hidup yang diperkenalkan oleh sdr fadzli yusof!
Zamri Mohamad
http://www.zamrimohamad.com
October 25th, 2007 at 9:59 pm
sy br habis buku tersebut hari ni…
bnyk persoalan terjawab…
tengah berkira2 ingin menghadiahkan pada kawan2 terdekat…
October 26th, 2007 at 12:35 am
Myza,
hi, apa khabar? Saya baca beberapa bab dalam buku ni lebih dari sekali, utk lebih mengingati tips yang diberikan.
Rasanya, ia hadiah yang terbaik. Pilihan yang bijak !
- Shueqry -
October 26th, 2007 at 12:39 am
Zamri..
Buku ni memang menarik. Satu pembaharuan dalam arena penulisan buku, di mana tips yang dipersembahkan adalah dalam bentuk “how to” dan di ajar langkah demi langkah.
Lumrah alam, manusia suka mengikut manusia lain melakukan sesuatu.
Dalam buku ni, diselitkan tokoh-tokoh sebenar yang berjaya menghijrahkan diri mereka, dari orang yang biasa kepada yang lebih luar biasa.
Sebut saja, mereka memang hebat! Dengan ini, sesiapa jua yang membaca kisah mereka akan jadi teruja dan merasa bersemangat.
Antara yang saya kagumi ialah Dr Irfan Khairi, Azizi Ali dan terbaru Dr Sheikh Muszaphar!
thanks Zamri, syukran jazilan..
- Shueqry -
October 26th, 2007 at 7:25 pm
Insya Allah, saya juga ingin melakukan pembaharuan, saya baru lancarkan podcast ceramah online mingguan, cari duit cara mudah sebagai penulis bebas.
Projek ‘KITA’ pun akan dipodcastkan, tapi awak pun kena bagi ceramah juga, bagaimana mengatasi kekecewaan! Heheh
Zamri Mohamad
http://www.zamrimohamad.com
October 26th, 2007 at 11:37 pm
Zamri,
takde masalah, moga usaha ni dpt membantu lebih ramai org mencari motivasi dlm diri mereka.
Hijrakan diri dari kekecewaan kepada kegembiraan!
Hidup tidak semestinya ‘kalah’. Life dont have to be lost..
- shueqry -
October 29th, 2007 at 8:13 pm
EHm. Good book. Aku rasa aku nak beli buku ni. MEsti best kan?
November 19th, 2007 at 3:23 pm
Memang best buku ni, saya benar-benar menyarakanknya kepada semua orang.
Best woo!
- Shueqry -