Kurang Sihat

Bagi Anda yang baru masuk ke sini, selamat datang ke iMotivasi.com.

Moga artikel-artikel motivasi yang ada menyemarakkan lagi semangat Anda.

Dalam beberapa hari ni saya kurang sihat. Tak tahu sebab apa, mungkin kurang rehat, kurang bersenam atau kurang makan. Tahun lepas saya berenang setiap hari dan tahun ni pula, saya tak berenang setiap hari, dah kurang ada masa nak ke kolam renang..

Terus terang saya katakan, bila jarang bersukan, jadi rasa kurang selesa. Bangun pagi rasa ‘berat’ dan cepat mengantuk time kerja. Berbanding dengan tahun lepas, saya lebih energetik, walaupun duduk bersila depan komputer hampir 13 jam sehari.

Dulu penat fizikal, sekarang penat mental. Bekerja setiap hari memang rasa seronok, tapi lebih seronok bila ada masa nak gi swimming setiap petang.

Menjadi seorang atlit memerlukan ketahanan mental, selain fizikal yang kuat. Melalui pengalaman, mental sebenarnya lebih banyak menguasai diri kita, walaupun yang bertarung adalah fizikal.

Dalam apa jua jenis sukan, mental memainkan peranan paling penting. Tapi, bila dah lama tak bersukan, stamina yang dibina berbulan-bulan cepat turun, badan pun cepat sakit.

Saya sebenarnya jarang sakit. Tahun lepas saya tak pernah sakit. Bila selesma atau demam ringan, biasanya lepas swimming dah ok.

Tapi bila sakit, kena yang teruk sampai berhari-hari lamanya, lebih-lebih lagi sekarang saya dah jarang ke kolam renang. Kelmarin saja saya pening, muntah-muntah dan batuk berterusan dari pagi sampai ke petang.

Pil panadol yang saya telan termuntah keluar lepas di telan. Dekat maghrib baru saya ok sepenuhnya. Rupanya badan saya banyak masuk angin sejuk..saya tidur tak pakai selimut, then selalu pula mandi tengah malam.

Terima kasih pada Anda yang menghantar sms, bertanya khabar dan yang mengucap tahniah atas penyediaan blog motivasi yang hebat. Bukan satu atau dua, tapi dalam sehari berpuluh sms yang saya terima.

Kebanyakannya dari semenanjung, ada dua tiga orang dari sarawak. Dari Singapore ngan Brunei pun ada jugak! Thank you..

Sebenarnya blog kawan-kawan saya juga hebat, mereka yang menjadi mentor saya sebelum ni. Anda sudah pasti kenal nama-nama mereka, Raymond, Linn Comel, DikMal antara rakan-rakan blogger yang saya kagumi.

Saya sudah tanamkan dalam minda yang saya akan belajar seumur hidup, untuk memajukan diri dan membina hidup yang lebih baik, agar selepas itu saya boleh mengajar sesiapa saja agar mereka juga dapat membina hidup yang lebih baik!.

Jumpa di artikel motivasi akan datang…

Share This Post

9 Responses to “Kurang Sihat”

  1. Anonymous Says:

    Shueqry, balance your life, your body is talking to you, Exercise! being an athlete u shouldn’t stop. Just an advice from me the nobody. Btw many thanks to your good3 friends, yeah, we know, admire and love them all. Too bad they didn’t know us, that’s doesn’t matter coz there too many of us here. Thanks for the many3 good written articles, keep on writting and we’ll keep on reading. That’s all folks.
    Mystery person here, for me to know for u to find out. If you do know, just keep it to yourself. Thanks once again. Have a nice day!

  2. ahib0205 Says:

    serious bro, mcm mana pun kita sbg manusia bisa mesti nk kena rehat yg betul2.

    kalo tak, kerna sikap kita arini esok lusa kita akan merana. better kita jaga.

    kesihatan, kesihatan, kesihatan…

  3. Shueqry Says:

    Thanks for the advice,

    Maybe, i should buy a bike and go cycling everyday!

    -Shueqry-

  4. Anonymous Says:

    that’s a good start Shueqry, btw I agreed with Ahib0205 kesihatan, kesihatan, kesihatan i think you know what happened to IK your idol sakit tulang overwork mungkin, and he’s 32 still young though he claimed dah tua. No, roughly skectch 15-35 muda, 35-50 dewasa, 50-70 tua, the rest u know. So everybody, if possible no air con bila tidur, no good for breathing moving fan boleh, no mandi malam tolong ini cakap orang2 tua dulu2 lagi, lap lap dgn tuala cukup kalau tak mahu sakit. Kalau tidak effect nya sakit tulang bila dah tua this proven. Okay, just sharing. Sorry ya sekejab BM sekejab BI tak pe yg important mesej sampai. Take care, have a nice weekend!

  5. Dik Mal Says:

    bike! best sangat :D nak jugak…hehe:P

    ya, jaga kesihatan abg shueq :)

    ya IK tak sihat lately.. hope dia sembuh cepat….

    ya, jangan mandi malam!

    sayang anda semua :)

  6. menjaro Says:

    Minda mempengaruhi fizikal_ jika di terbalikkan, Fizikal mempengaruhi minda bekerja. So solat dengan tenang dan relaks akan membantu tuan mengendalikan minda dengan baik……. relaklah tenanglah…….semoga kami dapat menikmati karia tuan dengan berkesenambungan. saya merupakan peminat hasil penulisan tuan yang luar biasa dan bermanfaat.

  7. zool Says:

    Biasalah bile kerja mental yang banyak sakit..
    sekarang ni pun mental saya agak penat..

  8. JuliaNa Says:

    Salam abg shueqry,

    Semoga cepat sembuh!!!(^_^)

  9. ahib0205 Says:

    bro, pada pnpt sy la ni sblm ada basikla pun mesti cara hidup nk kena betul. mksd sy dr segi soal kesihatan. cth simple:

    -amalkan kerap minum air masak
    -jgn paksa angkat brg berat2
    -makan sayur (berkhasiat)
    -tak makan nasi mlm2 sgt

    dll…

Komen? Pendapat?