Lagi 5 Tips Menjadi Individu Menarik
Kali ni saya kongsikan 5 lagi tips untuk menjadi individu menarik , seperti kata Amin Idris, ada karisma dan berpersonaliti magnetik!
Eh, mana lagi 5 topik sebelum ni?
Anda kena lawati blog Dr Inspirasi untuk 5 tips bagaimana menjadi individu menarik di link ini…
http://drinspirasi.com/blog/index.php/tips-motivasi/tips-menjadi-individu-menarik
Untuk melatih diri supaya menjadi individu menarik, Anda cuma perlu…
1. Pamerkan Air Muka Bertenaga.
Sapa orang sekeliling dengan suara yang jelas sambil mempamerkan air muka bertenaga. Sesiapapun akan jadi kagum dengan Anda, walau pertama kali berjumpa.
2. Relaks, Be In Control.
Bercakap dengan nada gaya terkawal, tak terlalu gopoh, tak terlalu excited, tapi terkawal. Kawal emosi, walaupun ketika Anda sedang sakit hati.
Pernah tak Anda melihat gaya Jalaluddin Hassan, Datuk Seri Anuar Ibrahim, Hani Mohsin atau Halim Othman? Gaya mereka bercakap adalah gaya gentleman, gaya yang ‘always be in control’ .
Mereka adalah contoh sebenar individu-individu menarik. Jangan pula terlalu kontrol (keras!) Biar relaks, biar santai, biar lancar.
3. Pakaian Kemas Dan Bersih Ke Mana-mana Saja.
Selalu tak Anda tengok David Beckham?
Penampilannya di dalam padang bola dan ketika menghadiri majlis makan malam, pelancaran produk atau penganugerahan, dia cukup menyerlah. Kenapa ya? Sebab, dia selalu berpakaian kemas, bersih dan segak ke mana-mana saja!
Walaupun Anda suka memakai tshirt ngan jeans, biar nampak bersih, simple dan nampak menarik!
Kita perlu bijak menyesuaikan pakaian dengan situasi, keadaan atau majlis, baru kita kelihatan menonjol di situ. Sesiapa jua akan jadi tertarik untuk menegur kita.
4. Pilih Yang Positif, Lupakan Yang Negatif.
Jika Anda pernah ada krisis dengan sesiapa atau Anda pernah bertengkar dengan sesiapa, jangan ada benci. Pilihlah untuk berkawan dengannya, elak bermusuh dengannya lama-lama.
Dendam kesumat yang ada di dalam hati membuat Anda orang yang berfikiran negatif, sebab dendam itu akan menarik sifat marah, panas baran dan pendengus. Sikap-sikap ini membuat sesiapa saja kurang senang dengan Anda, walaupun ibu, bapa atau adik beradik sendiri.
Jadi, untuk menjadi individu menarik, bersedia untuk membuang sikap tersebut, langkah demi langkah. Pilih yang positif, lupakan yang negatif, selupa yang mungkin.
Buang sikap negatif jauh-jauh, sejauh yang mungkin!
5. Berkawan Dengan Sesiapa Saja.
Jangan pilih dengan sesiapa Anda berkawan. Jaga hati setiap orang. Anggap semua orang penting.
Bagi setiap individu, mereka mahu dihargai. Jadi, untuk menarik minat mereka terhadap Anda, layan mereka dengan baik sekali, pamerkan kesopanan, jaga pandangan mata (eye contact) dan jaga postur badan Anda. Elak berpeluk tubuh atau menyilang kaki ketika bercakap.
Bergaul dengan sesiapa saja, kerana ia akan membuat Anda bijak menyesuaikan diri dengan semua orang, semua peringkat umur, hampir semua bangsa.
Bak kata pepatah, bila masuk kandang ayam, berkokok. Masuk kandang kambing, mengembek.
Masuk kandang singa, kita mengaum!
5. Selalu Berterus Terang, Telus, Jujur.
Ini tips yang paling penting.
Jangan kata yang Anda ni jujur, tapi, pamerkan kejujuran dalam apa jua yang Anda lakukan, di mana jua Anda berada.
Jangan kata yang Anda ni telus, tapi pamerkan ketelusan dalam apa jua yang Anda lakukan, apa yang Anda kerjakan, anytime, anywhere, everytime, everywhere!
Buat dan buktikan lebih baik dari bercakap, sebab orang sekeliling lebih memandang apa yang Anda buat. Masyarakat bijak menilai.
Mereka tahu, orang yang banyak bercakap dari membuat, hanya tahu mempamerkan kehebatan diri dalam kata-kata yang diucapkannya tapi kurang mencapai apa-apa.
September 3rd, 2008 at 3:58 am
Assalammua’laikum Tuan Shueqry.
Kenapa bila saya baca ada 6 tips? No komen, sebab dah lama tak dapat hubungi Tuan. Maaf, saya guna saluran ini. Tuan masih di kampung? Saya masih dalam usaha untuk penghantaran tersebut. Maaf Tuan, sebab saya terlalu lembab bertindak. Masih perlu pertolongan.
September 3rd, 2008 at 8:16 am
Salam Mr Shueqry..
X pernah plak saya dengar org kata masuk kandang harimau mengaum..selalu org cakap,masuk kandang harimau..lari la,kalo x, kena ngapp..hehe
Saya rasa Jalaludin Hassan dan Halim Othman tu antara contoh golongan yang terlalu control la.. Saya selalu x selesa dengan golongan yang terlalu control ni..cam skema je..huhu
September 3rd, 2008 at 10:11 am
salam semua..
setuju nordiana. klu control sgt rs mcm too formal. kita bergurau, tp ketawa snd sbb diorg x faham!
sy jenis man2 sll, bila perlu je sy tukar personality. tp sllnya sy org biasa2 yg santai2 aje..
September 3rd, 2008 at 12:48 pm
Sekali lagi tips menarik dari shueqry
September 3rd, 2008 at 6:00 pm
salam shuqry,
thanks. insyallah tips ni bnyk membantu sy especially mase kje.
-BE IN CONTROL-
-IKHLAS-
September 4th, 2008 at 11:35 pm
wargh..best tips nie..
September 5th, 2008 at 9:35 am
thanks, dude!
hehehehe. aku ni ada gaya jadi individu menarik tak? hahahaha.
September 5th, 2008 at 11:08 am
saya suka sgt baca blog ni….kebiasaanya setiap hari ada updated material yang dipostkan.tp sejak 2 hari ni takde post baru yg dipostkan..i’m waiting your latest post
September 5th, 2008 at 3:22 pm
Salam kawan-kawan, apa khabar?
Owh, kelam kabut punya pasal, tak perasan saya dah letak 6 tips.. sekarang ni online dari siber kafe, di Semporna, Sabah.
Tuan Sulaiman, saya masih kat kampung, maybe Januari 2009 baru saya di KK semula.
Maaf, saya tak dapat balas komen-komen yang lainnya, masa nak online cukup terbatas..
Be right back soon..
Shueqry
September 5th, 2008 at 11:00 pm
Salam..Shueqry..napa moto suda berubah dati choose to livestrong..mcm tak tetap pendirian je..hehe..gurau je..nape eh dah ubah?
September 6th, 2008 at 7:44 am
Salam shueqry,mhon kebenaran untuk copy artikel anda dr blog ni ye..slmt b’pose kpd smua pengunjung imotivasi..Ukhwah Fillah
September 7th, 2008 at 6:54 am
Tentang berkawan dengan sesiapa sahaja tu, saya musykil sikit. Bukan ke kita sepatutnya pilih kawan? Silap pilih kawan, akan merosakkan kita. Memang best jadi orang menarik dengan berkawan dengan semua orang. Tapi kalau orang itu jenis yang suka sabotaj kawan sendiri, kita dah jadi tak menarik dah di mata sesiapa…
September 7th, 2008 at 6:37 pm
Assalamualaikum.
X sure whther i did teach u while in smka tun sakaran but it’s nice to know that at least someone has benefited by being in that school.
Keep on motivating people!
September 8th, 2008 at 11:07 pm
Nazipun,
Slogan LiveStrong saya dah gunakan di dua blog, satu di blog lama dan satu lagi di blog Bahasa Inggeris yang baru saja saya mulakan.
Di iMotivasi, hampir kesemua artikel dalam Bahasa Melayu, jadi lebih ngam bila slogannya juga Melayu. Bila letak slogan LiveStrong, macam tak ngam bunyinya, sebab nama kat atas tu dalam BM, biorle slogannya pun BM.
Bukan tak tetap pendirian ye, hehehe..
NoorAza,
Artikel ini, terlalu general. Saya tulis hasil dari pemerhatian mereka yang menonjolkan karisma menarik.
Berkawan sifatnya subjektif, terpulang pada individu. Ada orang bijak menyesuaikan diri dengan sesiapa saja. Ada orang memilih dengan siapa dia berkawan.
Shaharul Hizam,
I was graduated from SMKA Agama Tun Sakaran on Dec 1997, the day that we took our last SPM paper. Or, maybe you’re Mr Shah that we used to know! Mr Shah, yang mengajar BI kelas 5 Ibnu Sina .. Saya masih ingat lagi guru-guru saya kat skolah dulu.
September 13th, 2008 at 6:06 am
Benar. Jujur itu penting!
September 13th, 2008 at 3:25 pm
jujur adalah salah satu sikap orang-orang cemerlang, bahkan Rasulullah saw adalah contoh terbaik dalam mempamerkan sikap kejujuran.
March 5th, 2009 at 2:37 pm
kebolehan penulis berkata-kata setajam mata pisau tetapi ketajaman pemikiran yang penting dalm menentukan sesuatu penyelesaian dalam prospek kehidupan.
March 6th, 2009 at 11:57 pm
Tuan,
Mungkin petua ini berguna juga untuk yang rasa dirinya “down”.