Laptop Cincai
Salam pembaca iMotivasi, moga Anda sentiasa bersemangat hendaknya.
Kali ni saya berblog melalui talian Celcom Broadband dari Kompleks Tabung Haji, Kota Kinabalu. Family saya baru sampai petang kemarin.
Saya nak letak beberapa gambar di blog ni, proses cari kamera payah sedikit. Hotel Tabung Haji jauh 2km dari bandar, yang bestnya ada potongan diskaun khas untuk guru-guru sekolah yang menginap.
Adik saya menghadiri majlis konvokesyen KPLI di Sutera Harbour Resort. Saat saya menaip post untuk kali ni di tengah malam, saya pinjam laptop adik saya, model Acer Aspire 4310. Memang ramai cikgu-cikgu sekolah yang pakai model laptop camni untuk menaip, menyiapkan presentation, buat report dan untuk mencari maklumat di Internet.
Kat kampung, adik saya gunakan line GPRS saja bila nak online melalui talian Celcom broadband. Kat sini, saya setkan ke line 3G. Memang laju, full coverage! Terkejut dia.
Oleh kerana saya bekerja hingga ke lepas Isyak, saya tak dapat luangkan masa nak jenjalan ngan diorang. Jam 8 malam, baru saya sampai di bandar KK.
Malam ni saya join diorang di hotel Tabung Haji, ngam juga sebab saya teringin nak tengok anak saudara saya. Happy saya tengok dia, dah pandai meniarap dan start kenal muka saya. Wa!
Dari tengahari tadi saya tak sempat nak beli makanan, cuma makan apa yang ada. Apa dia? Megi kari dan biskut, skali ngan secawan nescafe panas untuk hilangkan ngantuk.
Lapar punya pasal, ngantuk jadi kuat betul godaannya. Nak kuar beli makanan, memang tak dapat.
Dalam beberapa hari ni saya mengintai beberapa item di laman lelong, terutama laptop. Hmm, bagi saya laptop amat penting. Bahkan sangat penting bagaikan nyawa saya bergantung padanya.
Tapi, saya tak mampu nak aim laptop yang canggih-manggih. Setakat ni cukup untuk sekadar tujuan menaip, nulis blog, surf internet dan berYM ngan rakan-rakan pembaca yang mengenali saya melalui blog ini (thanks to you all!).
Saya tahu banyak pasal laptop dan selalu baiki laptop, tahu perbezaan antara jenama, harga terbaru, tahu konfigurasi, processor, motherboard, graphic card, upgrade, downgrade, tapi saya tak ada laptop sendiri.
Ya, itulah hakikatnya. Saya tak mampu beli laptop sendiri.
Pc saya dah dijual tahun lalu, duit beli basikal tu pun saya kumpul dua bulan! Sebab, amat perlu bila balik time malam.
Laptop cincai pun jadilah, janji leh saya gunakan untuk connect ke internet dan update blog dari mana-mana saja. Saya dapat cari yang harga RM410-RM599, cukup sekadar Pentimum 3, RAM 64MB dan mengguna Windows 98. Lebih dari harga tu memang saya tak mampu.
Saya beli basikal pun dengan niat nak jimat tambang bas yang kosnya RM150 sebulan, selain niat nak bersukan.
Saya tak cukup kuat nak lawan gangguan makhluk halus, payah saya nak bernafas time tidur. Macam ada batu besar atas dada saya. Sesak..
..ibarat orang sakit asma tu yang kepayahan menarik nafas dan ia berlaku setiap malam!. Saya lebih sanggup penat berbasikal balik ke rumah selepas habis waktu bekerja pada jam 10 malam, dari dihimpit waktu sedang tidur ditempat kerja.
Saya takut menggunakan komputer siber kafe tempat saya bekerja ni untuk menaip blog, rasa macam tak amanah pula. Sedangkan saya di bayar gaji untuk menjaga siber kafe, jaga komputernya dan jaga hasilnya yang 100% milik bos saya, bukan untuk selalu menaip blog, berYM, check email mahupun tengok video YouTube.
Walaupun nampak ‘bodoh’, namun itulah apa yang sering bermain di fikiran saya. Ini cerita tentang amanah dan tanggungjawab.
Sometime, down semangat saya sebab tatkala mula nak menaip blog, saya tiba-tiba gelisah hanya kerana diserang rasa tak amanah. Patutkah saya menaip blog di komputer yang bukan milik saya, setiap hari, sepanjang masa, time kerja pulak tu? Bersihkah gaji yang saya terima nanti? Hati saya gusar.
Bos saya tak nampak apa yang saya buat, namun saya percaya pada hukum sebab dan akibat. Saya hanya seorang pekerja, bukan lagi usahawan Internet seperti tahun lalu. Saya tak boleh buat sesuka hati..
Namun, saya anggap kesempatan bekerja dengannya satu peluang terbaik untuk saya menggali ilmu IT sebanyak mungkin. Walau dengan gaji kecil, saya mahu guna untuk menimba ilmu sebanyak mungkin, agar saya boleh memajukan diri, semaju yang mungkin.
Dalam pada itu, saya boleh gunakan ilmu yang sama untuk memajukan orang lain, berkongsi segala apa yang saya tahu.
Saya percaya setiap apa yang berlaku, ada hikmah positif disebaliknya.!
Bagi Anda yang memiliki sebuah laptop, bersyukurlah.
May 21st, 2008 at 10:50 am
kerana laptop cincai itulah kami mendapat sumber motivasi.teruskan menulis.
May 21st, 2008 at 12:14 pm
hi! my name is yatisalem..i would like to invite u for join new blog listing in malaysia..
http://www.loniavillage.com/blog_listing5.html
you are invited also to join our affiliate program in our marketplace.You can get Rm1 for each blog that you recommend to our blog listing.please surf to this link and click at Affiliate LV banner;
http://www.loniavillage.com/home.html
After that you can get your own affiliate banner,You can see the sample here;
http://www.riqzmiecreation.blogspot.com/
Any question can ask me at;
yati_salem@yahoo.com
or go directly to our loniavillage.com admin
thank
May 21st, 2008 at 1:43 pm
Salam…
apa kata Shueqry minta izin dgn boss, berterus terang utk menulis sehari 1 jam ke… mesti boss yg baik dapat memberi kerjasama.
May 21st, 2008 at 1:52 pm
Shueqry,
Tahniah saya ucapkan kepada saudara! Saya percaya suatu hari nanti anda akan berjaya juga dalam hidup ini. Hanya masa yang akan menentukannya.
Syabas juga saya ucapkan kepada saudara! Ini kerana Bekerja bukan untuk wang tetapi untuk menimba ILMU.
Sesungguhnya ILMU & Pengalaman yang diperolehi itu lebih BERHARGA daripada pendapatan yang tinggi…
Salam kekayaan,
THINKERICH
Motivasi : Kekayaan, Kewangan & Peribadi
http://www.PemikirKaya.com
May 21st, 2008 at 7:26 pm
salam shueq, teruskan perjuangan.
laptop cincai pun janji mesej dapat disampaikan dengan baik pun dah kira ok.syukur.
laptop yang canggih pun kalau tak utilize penggunaanya pun tak guna jugak kan.
Saya berdoa agar shueq dipermudahkan segala urusan.amin.
May 21st, 2008 at 9:22 pm
SHueq memang seorang insan mulia dan amanah.. Saya rasa awak mesti berjaya dengan keikhlasan dan amanah tu…
Saya?? Huhuhuuhu.. ” Kena pk sendiri”.
Shueq.. Rasanya nama awak dah cukup kuat untuk mencuba dalam bidang perniagaan internet.. APakata buat ebook motivasi??
Saya yakin dan akan beri sokongan moral kepada anda..
Mungkin satu hari kita boleh JV..

May 21st, 2008 at 9:46 pm
Sorry for the unrelated comment, but….It’s BACK! Come JOIN the SABAHAN BLOGGERS GATHERING if you haven’t already! Please help to spread the word around. Thanks.
http://www.facebook.com/event.php?eid=11106859543
http://danielfranklingomez.com/blog/sabahan-bloggers-gathering-2008/
May 22nd, 2008 at 7:15 am
bro, cuba bro ikhlas terus terang dgn boss. tanya pndpt dia utk minta kebenaran. just tanya dulu.
kalo boleh, alhamdulillah
kalo tkleh redha… just my opinion bro
May 22nd, 2008 at 1:01 pm
singgah jap kt cni…
*1 ari nnt msti laptop tu jd knangan bharga wat shueq…
May 27th, 2008 at 2:01 am
Apabila saudara menulis mengenai laptop, saya ingin petik kisah ini kepada saudara. Kisah arwah rakan saya.
Atas dorongan Sifu supaya beliau membeli laptop, dengan izin ibunya beliau menjualkan motosikal tua yang dibelikan oleh arwah ayahnya sewaktu beliau masih menuntut, buat modal membeli laptop terpakai dengan harga RM800. Menggunakan laptop itulah beliau mula bersungguh-sungguh menghasilkan karya untuk PTS.
Buah hati saya ini seorang yang kuat membaca, baik budi bahasanya, sopan santun orangnya, mulia hatinya, baik pula agamanya, sentiasa mendirikan sembahyang waktunya.
Beliau telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya, sedangkan kita akan menyusul beliau dari belakang.
Petikan http://universitipts.com/index.php/al_fatihah_buat_buah_hati_sifu/
———————————–
ZAMRI MOHAMAD
http://www.terbitbukusendiri.wordpress.com