Law Of Attraction Dalam Diri Anda

Saya dah lama berehat dari nulis pasal Law Of Attraction.

Untuk nak faham pekebendanya Law Of Attraction, lihat di sekeliling Anda.

Bila Anda teringat seseorang secara spontan, tiba-tiba beberapa hari kemudian, atau beberapa minit kemudian dia call, terserempak, terjumpa atau tiba-tiba mengingat Anda begitu saja.

Bila Anda ingat sesuatu yang menjadi idaman Anda, igauan Anda, siang dan malam. Tiba-tiba Anda perasan apa yang Anda idamkan tu muncul di depan mata tanpa di sangka-sangka.

Bila Anda minat tentang sesuatu, misalnya anime katun, drama, filem, tayangan sukan atau seorang selebriti popular, Anda akan terjumpa apa yang Anda minat tu di mana-mana saja melalui gambar, iklan, video atau tayangan TV yang pendek. Semuanya terjadi secara spontan!

Bila Anda susah hati pasal sesuatu, apa yang Anda susah hatikan tu benar-benar terjadi.

Law Of Attraction akan sentiasa menarik apa yang Anda banyak fikirkan muncul dalam hidup Anda.

Kesannya, Anda akan ditemukan dengan orang perseorangan, situasi, benda, perkara dan hal yang lebih kurang sama dengan apa yang ada di fikiran Anda.

Fikir masalah kewangan, masalah kewangan juga yang akan timbul. Contoh saja, contoh!

Lebih banyak Anda fikirkannya, lebih cepat banyak masalah kewangan terjadi, semuanya muncul satu persatu.

Dalam motivasi Islam, apa yang ada di fikiran, perkataan, hati dan jiwa kita adalah doa. Setiap masa kita berdoa melalui fikiran dan kata-kata dalam hati.

Jadi semua yang kita fikir dan cakap adalah satu doa, meminta ia supaya menjadi lebih lagi. Allah sentiasa mendengar apa yang ada di hati kita dan butiran yang ada dalam percakapan kita.

Law Of Attraction dan kuasa minda separa sedar bukan sesuatu yang karut. Ia cuma tak nampak, ghaib dan hanya boleh dirasa melalui gerak hati. Kedua-duanya respon pada kita melalui getaran enerji.

Oleh kerana tak ramai orang faham konsep Law Of Attraction dan kuasa minda separa sedar, dah menjadi tanggungjawab saya, Kak Linn dan Raymond untuk membimbing supaya Anda faham, lalu boleh menggunakan kedua-duanya untuk menarik kebahagiaan datang dalam hidup Anda.

Bak kata Raymond, Attracting Your Goals!

Asas menggunakan Law Of Attraction ada 3 :

1. Anda mesti tahu apa yang Anda mahu sebenarnya.

2. Tahu mengenal pasti mood Anda setiap masa.

3. Tahu bagaimana nak kekalkan diri dalam emosi positif, banyakkan rasa bersyukur dan berterima kasih.

Bagi yang tinggal di semenanjung, saya rekemenkan Anda ikut kursus Evolusi Minda.

Sebab? Kosnya murah dan kursus ini mengajar Anda asas kuasa minda dan semua yang berkaitan dengannya. Saya berazam nak join kursus ni satu hari nanti dan saya dah tulis azam tu dalam senarai matlamat saya!

Biar saya berkongsi satu rahsia. Apa yang ditulis dalam buku-buku kuasa minda separa sedar dan apa yang terkandung dalam artikel-artikel percuma di Internet takkan sama dengan yang ada dalam kursus.

Sebab, sebuah kursus menggabungkan ilmu, teknik praktikal dan pengalam penceramah tu sendiri. Dalam kursus, Anda ada aktiviti dan Anda juga boleh bertanya depan-depan dengan penceramah tersebut.

Satu lagi, Anda boleh berinteraksi dengan peserta lain, lalu Anda boleh meminta pendapat atau pertolongan mereka tentang apa saja kemusykilan Anda.

Tak caya ek? Apa kata lawati website kursus Evolusi Minda?leh klik di sini.

Ubah minda Anda, evolusikan ke level yang lebih baik, lebih kuat, lebih cemerlang!

Share This Post

13 Komen Pembaca


  1. Ooohh.. Patutlah kan.. Bila hati berkenan ngan satu-satu jenis kete je, tak semena-mena asik memanjang jer nampak keter tuh di jalan raya..

    Tapi yang herannya kan shueqry, bila saya nak cari rumah sewa je, manjanggggg takde rumah nak disewakan.. Tapi bila time tengah tak cari tuh, macam asikkkkk jer jumpa rumah yang sesuai untuk disewa.. Camne ya nak guna law of attraction ni untuk cari rumah sewa??

    Quote | Posted July 21, 2008, 12:52 am

  2. Shueqry,
    Minda separa sedar ini perlu dalam kehidupan seharian. Bila terbayang nak makan durian ade je durian yang jual kat tepi jalan. Walhal, bukan musim durian. Tapi, bila teringin nak makan buah delima mesti ada kan….betul tak…wah..teringinnya…he..he…

    Quote | Posted July 21, 2008, 10:21 am

  3. kak Azleen, kena be relaks .. bila kita terlalu mendesak, menyebabkan fikiran kita tertekan.

    Kata dalam hati “aku nak ditemukan dengan rumah sewa” fikir sekejap pasal rumah sewa yang kak Azleen nak, rupanya, catnya,saiznya, betuknya, tingginya, lepas tu relaks.

    maksud saya, jangan fikir pasal rumah sewa seketika lepas tu.

    Sama juga dengan kita berdoa, lepas tu yakin doa kita di dengar oleh Alllah. Jadi, kita perlu ada faith yang Allah akan memakbulkan doa-doa kita.

    Apa yang kita nakkan lambat muncul sebab kita tak tahu exactly bentuk rumah sewa yg kita nak tu cemana.

    Tapi, bila kita selalu bayangkan rupa rumah sewa yang kita nak, kalernya, bentuknya dan rupanya, lama kelamaan kita ditemukan juga dengan rumah sewa yg kita mau tu..

    Moga info ini dapat membantu.

    Quote | Posted July 21, 2008, 11:12 am

  4. Firadila, wah! sebut durian dah lama saya tak pekena durian

    Quote | Posted July 21, 2008, 11:12 am

  5. Memang wujud ’soulmate’ . ‘dejavu’ dan link antara pemikiran kita dengan persekitaran. Cuma benda ni diluar kuasa kita untuk memikirkannya. Tak sangka ada course begini dianjurkan. Thanks for the info..

    Quote | Posted July 21, 2008, 5:32 pm

  6. Salam Shueqry,

    Macamana ye kita nak jauhkan or tidak memikirkan lintasan-lintasan di fikiran yang negatif drp selalu ada di kepala.Saya selalu terlintas di fikiran perkara-perkara negatif seperti ahli keluarga lambat pulang bimbangkan kemalangan, bila sakit bimbangkan kena sakit kronik,rakan dah lama tak hubungi, rasa rakan dh tak suka kat kita dll yang sangat manggganggu kehidupan.Macamana yer nak kawal lintasan-lintasan negatif macam nih?thaks.

    Quote | Posted July 22, 2008, 8:36 am

  7. salam shueqry,
    last time saya ada nampak komen pasal buku “the Secret” boleh saya tahu sinopsis buku tue and significant nya pasa ilmu minda separa sedar nie..best seller kan buku tue??

    Quote | Posted July 23, 2008, 10:17 am

  8. Ohh.. Betul juga tuh..

    Maknanya saya kena bayangkan rumah yang saya nak.. Tak semestinya rumah tuh memang saya tahu wujud atau tak? Rasanya kena bayangkan sekali dengan harga sewanya.. Huhu..

    Thanks ya.. Saya akan cuba.. Nanti saya bgtau progressnya..

    Quote | Posted July 23, 2008, 8:53 pm

  9. salam,

    law of atrraction nampaknya dah ada progress pada diri saya.contoh nya saya idamkan kasut tumit tinggi jenis clog dan setiap kali dan setiap hari saya akan nampak kasut di billboard tepi highway dari situ saya bayangkan nya setiap hari.alhamdulillah last 2 weeks i manage to get one for me.tak terkira gembiranya..yang penting ‘believe’ and let go..All thought become things.seperti umat islam berdoa lah dan yakin pasti ada hasilnya..

    Quote | Posted July 24, 2008, 8:43 am

  10. salam…satu hari saya terjumpa seorang sahabat lama…memang dah lame giler tak jumpa…kawan sekolah rendah….dia yang tegur saya…saya lupa lah..langsung tak ingat…saya malu betul ….tapi beberapa hari sebelum tu saya terkenangkan semua sahabat2 lama saya dan mendoakan mereka semua berjaya dalam apa juga bidang yang mereka ceburi…..is it about law of attraction yang anda maksudkan itu….

    Quote | Posted July 24, 2008, 8:20 pm

  11. Fiza,

    Law Of Attraction respon pada emosi kita dan passion kita, maksudnya bila kita suka akan sesuatu dan selalu fkirkannya.

    Well, LOA really works!

    Quote | Posted July 24, 2008, 9:16 pm

  12. salam…abg shueqry,

    kirenye boleh la kite gunakan law of attraction tue utk membina kejayaan…fikirkan yang kita boleh berjaya…

    Quote | Posted July 28, 2008, 5:52 pm

  13. Ya, boleh Fairuz.

    Tapi, perlu tahu, kejayaan dalam bidang apa yang kamu mahukan, sma ada dalam pelajaran, kerjaya ataupun bisnes?

    Bila kamu nakkan kejayaan tu? Bulan ni ke, 3 bulan dari sekarang ni ke atau tahun depan?

    Perlu be spesifik, sebab kejayaan terlalu umum..

    Lebih spesifik, lebih cepat LOA menariknya.

    Quote | Posted July 28, 2008, 9:03 pm

Kongsikan Komen Anda Selepas Membaca Artikel Ini