PostHeaderIcon Law Of Attraction – situasi kebetulan

Dalam artikel kali ni, saya ceritakan sedikit kisah seharian saya dan situasi-situasi kebetulan yang saya alami kesan mempraktikkan Law Of Attraction. Situasi-situasi tu bermula dengan…

1. Dari rumah sewa ke tempat kerja pada waktu pagi, lampu traffic light jadi ‘hijau’ saja, tak ada lampu merah langsung sepanjang 24km perjalanan dari Kuala Menggatal ke Kota Kinabalu.

Situasi ni berlaku dari hari Isnin lalu. Walaupun dalam minggu ni tiap pagi banyak kereta menyusur di jalan syukur alhamdulillah bas yang saya naiki tak pernah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas atau berhenti di jalan raya ketika lampu traffic bertukar ke lampu merah. Ganjil. Tapi, situasi tu membuat saya amat gembira.

2. Setiap waktu makan tengahari, mesti ada kawan sekerja membelanja makan. Bukan saya yang bayar tapi dia yang bayarkan. Bila time minum petang dia ajak saya sekali, dia juga yang bayarkan tanpa saya minta. Ganjilnya, kawan saya tu belanja saya lagi. Situasi ni berlaku sejak hari Isnin lepas. Bermakna dah tiga hari peristiwa tu berlaku berterusan – Isnin, Selasa, Rabu. Asal tengahari, saya tak payah keluar duit nak bayar makanan saya. Ada orang belanja!

3. Tiap kali tunggu bas selepas habis waktu bekerja, bas cepat sampai. Mesti ada tempat kosong untuk saya. Walaupun lambat keluar dari tempat kerja dan di kala orang bersesak-sesak merebut tempat duduk kosong, mesti ada tempat duduk untuk saya. Alhamdulillah. Saya amat bersyukur!.

Semua ni berlaku sebab saya tetapkan di dalam hati saya mahu sentiasa ada tempat duduk setiap kali naik bas dalam perjalanan balik ke rumah pada waktu petang. Kemudian, saya bayangkan tiap kali naik bas untuk balik ke rumah, saya mesti dapat duduk. Perkara ni saya bayangkan selalu sejak minggu lepas.

Nak tahu cemana nak gunakan Law Of Attraction dengan baik dalam kehidupan Anda? Syaratnya, elak merasa sakit hati walaupun disebabkan perkara-perkara kecil. Law Of Attraction akan menarik apa yang Anda mahukan HANYA apabila hati Anda dibersihkan selalu dan Anda tak menukar-nukar keinginan sehinggalah keinginan tu benar-benar dapat dicapai.

Saya dah melaluinya.

13 Responses to “Law Of Attraction – situasi kebetulan”

  • bacho says:

    wow!!! bestnyaa…..

    kalau praktikan dalam perniagaan ble ka ShueQry?

  • iedasa says:

    segala puji bg Allah. waa.. murah rezki Shueqry.. bagi saya LOA ni bagaikan doa. kita jadi pa yg kita pk, baca, lihat..

    • ShueQry says:

      Fikir, baca dan lihat menjadi satu doa. Saya suka kata-kata tu. Thanks Iedasa!

      Oh ya..awak apa khabar? Lama tak dengar berita..

  • liza says:

    shueq dgn selalu kte mengingati atau megkehendaki atau memngucapkan benda tu selalu pasti lambat laun benda itu akan kte dapat. memang betul u kata situasi itu mcm kebetulan sje. dan terjadi pada i sebelum i kenal dgn perkataan Law of Attraction alhamdulillah

    • ShueQry says:

      Saya juga pernah, cuma dalam bentuk yang lain – masalah. Dari situlah saya mendisiplinkan diri, menjaga fikiran dan kata-kata. Biar jadi yang baik-baik saja.

  • siti says:

    secara jujurnya saya pecaya dgn law of attraction ni, dah lama dulu sys beli buku Quranic Law Of Attraction, tp tak penah praktikkan dalam hal yang simple mcm apa yang kita lalui seharian..bila bc artikel ni dgn contohnya sy jadi antara percaya dan tak. tapi dalam minggu lepas sy praktik dan alhamdulillah menjadi. sekarang sy slalu guna law of attraction dalam kehidupan seharian..best sgt bila tgk hasilnya.

  • abgbent says:

    Salamelekom,wbt duhai adikku Shueqry yang saya kasihi kerana DIA.

    Aduh! seolah-olah runtuh pula hatiku bila menatap ukiran halus yang ditunjukkan di atas. Sungguh! barangkali belum dimengerti perasaan seperti ini. Tak apalah…, akan ku cuba melakukan sesuatu agar adalah kekuatan untukku memulihkannya semula. Harap-harap bersinarlah kembali cahaya NYA yang dicari. InsyaAllah…

    Memberi dan menerima, pasti berbeza kelihatannya. Samalah seperti perumpamaan berkorban jiwa raga. Tiada siapa peduli mengenainya kerana yang terkorban pedulikan dengannya. :)

    Seumpama untung dan rugi, pastilah yang untung lebih baik daripada yang rugi. Itu tafsiran minda separa sedar barangkali? ;) Saya serahkan sekali lagi untuk ditafsir oleh ilmu minda yang sedar sepenuhnya.

    Seumpama pandangan mata yang memperdaya. Kalau menurut ilmu sains, pandangan mata sentiasa menterbalikkan paparan yang ada agar boleh ditafsir di dalam minda. Seolah-olah Anda sedang berdiri ketika ini, wal hal sebenarnya Anda sedang terbalik dek Law Of Attraction atau ilmu “magnetism” yang menarik Anda untuk diterbalikkan sekarang ini, ada kaitan dengan ilmu Tarikan Graviti ;)

    Tak faham? Tak apalah, lain kalilah bila ada masa, akan saya jelaskan sepenuhnya.

    Terkadang bila diberikan sesuatu oleh seseorang, kita merasa kita memperolehi kebaikan, tetapi realitinya, orang yang melakukan pengorbanan dengan memberikan sesuatu kepada kita sebenarnya lebih baik kerana melakukan sesuatu kebaikan untuk menggembirakan saudara atau teman-temannya. Tetapi, kebaikan itu belum cukup baiknya andai dilakukan bukan semata-mata kerana DIA. Pasti sia-sialah perbuatan yang sedemikian rupa.

    “Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.” (Al-Baqara, 2: 268)

    “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik) dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Al-Baqara, 2: 271)

    “Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga dia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).” (Al-Baqara, 2: 280)

    “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.” (An-Nisa, 4: 114)

    “Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan) dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda. (Ar-Rum, 30: 39)

  • salam semua,
    aye sedang mempraktikkan Law Of Attraction. Tp, kdg2 kan terasa ada juga fikiran negatif misalnya bila nmpk suatu yg xpatut dilihat dalm perjalanan lepas keluar dari rumah tu, terlihat jugak. Apalagi, fikiran negatif terasa masuk dan terus masuk. Tp, insyaAllah..aye akan terus berusaha bersangka baik sentiasa…akan terus berfikir untuk serap yang baik, dan terus berdoa agar yang baik-baik aje akan terjadi kelak..:-)

    • abgbent says:

      Salamelekom, wbt duhai adikku cilipadi_hafizah yang saya kasihi kerana DIA, jua buat adikku Shueqry, pastilah tidak dilupa… ;) flying kiss untukmu berdua.

      Izinkanlah abg berbicara seketika. Bukan berlagak takbur apatah lagi sombong, na’uzubillah.

      Coretan ini sekadar ingin menggapai suruhan Ilahi di dalam Kitab Suci yang terkandung pada surah 103, cuma tiga ayat sahaja di dalamnya. Itulah surah Al-Asr namanya – berkaitan Waktu sebenarnya.

      Realitinya, abg masih belum dapat menangkap fikiran negatif yang macam mana adikku cilipadi perhatikan. Sungguh! abg masih belum berupaya memahaminya.

      Barangkali dek keterbatasan kuasa minda yang saya ada. Lagipun Law of Attraction saya tidak pernah praktikkan. Paling selalu saya hanya memanjatkan DOA kepada NYA jua. Di sebalik Law of Attraction, saya percaya dan yakin ada juga Law of Rejection. Kedua-duanya adalah kehendak Ilahi yang Maha Pengasih dan Penyayang untuk manusia fahami mengapa berada di sini, di dunia ini…

      Sebab itulah saya selalu memohon Doa petunjuk dari Ilahi di dalam hal-hal yang begini. Apalah sangat kuasa minda yang saya ada ketika ini… paling pasti, saya akan berusaha di dalam pelbagai segi termasuklah menggunakan deria 3D yang saya miliki iaitu pendengaran, penglihatan dan Akal Fikiran Mata Hati. Moga-moga apa yang dikehendaki akan tercapai nanti, ditambah petunjuk Ilahi agar diberkati setiap usaha di dunia ini.

      Sama ada Law of Attraction atau Law of Rejection, kedua-duanya akan saya syukuri dan redhai bila mana pelbagai usaha telah dilakukan untuk menggapai cita-cita yang diinginkan. Bukanlah sekadar dikhayal-khayalkan ;) apatah lagi sekadar dibayang-bayangkan. Lebih baik saya berusaha bersungguh-sungguh dan menggapai setiap apa yang diinginkan. Pastilah tidak lupa memohon keberkatan dengan berdoa kepada NYA selalu.

      Kepada NYA jua saya berserah dan bertawakkal, pastilah apa yang berlaku atas ketentuan NYA jua. Attraction atau Rejection amat besar manafaat NYA untuk dikecapi di dalam kehidupan duniawi. :) Apatah lagi saya ini hanyalah seorang Insan yang masih lagi belajar pelbagai Ilmu-Ilmu yang ada termasuklah mencari-cari cahaya NYA agar dapat diguna di dalam kehidupan dunia.

      Attraction atau Rejection, seumpama positif atau negatif. Kedua-duanya bertentangan, berbeza dan mengandungi pelbagai makna, tetapi andai dapat dijadikan satu, pastilah ada manafaatnya ;)

      Bersederhana di dalam setiap perkara. Wasatiyah namanya.

      Seumpama kehidupan dunia yang penuh warna-warninya. Andai kesemua warna disatukan, akan terpancarlah sinaran putih. Menurut ilmu sains, bila mana pelbagai warna menjadi satu, akan terpancarlah sinaran putih. Dan bila mana warna putih ini diserakkan, akan terbongkarlah pelbagai warna di dalamnya, seumpama serakan pelagi yang berupaya memancarkan tujuh warna kesemuanya, terlalu indah paparannya pada penglihatan mata… Tetapi ingat!, ianya sementara sahaja. Akan hilang jua keindahan ini.

      Saya paling suka melihat warna biru sebenarnya. Sebab itulah di dalam blog Pedoman Hidup saya paparkan banyak warna biru. Gambar hiasan yang terpampang di bahagian atas blog Pedoman Hidup adalah mengenai dunia. Ianya mengandungi warna biru dan ada juga warna kehijauan ditengah-tengahnya. Warna hijau terhasil dari pohon-pohon yang subur menghiasi daratan, manakala di atas pula, warna biru dicampur tompokan-tompokan putih. Barangkali ada yang perlu dimengerti?

      Oppssss… apa hal pula saya berbicara mengenai warna ketika ini…? ;) … Perlu saya jelaskan bahawa warna yang dinyatakan tadi tiada kena mengena dengan parti politik di Malaysia. Biru bukan bermaksud BN dan Hijau pula bukan bermakna PAS. :)

      Oh ya, saya sebenarnya ingin berkongsi mengenai positif atau negatif. Sebenarnya saya nak beritahu bahawa yang mengetahui baik buruknya sesuatu perkara pastilah Allah SWT. Siapalah saya yang ingin mengambil peranan sedemikian rupa. Paling pasti, di dalam kehidupan duniawi, saya tetap inginkan petunjuk NYA di dalam melakukan pelbagai perkara.

      Positif tidak semestinya baik dan sebaliknya pula yang negatif belum tentu jahat kerana yang mengadilinya nanti adalah DIA, Tuhan Yang Maha ESA. Di sebalik itu semua, kelak yang bertanggungjawab adalah diri kita masing-masing. Pembalasan akan dirasai di akhirat sana.

      Seumpama saya menconteng-conteng ketika ini, saya pasti tidak semua menyukainya. Akan ada yang sakit hati barangkali… Maafkanlah saya andai itu yang berlaku.

      Saya menconteng di sini bukanlah berkehendakkan popular, apatah lagi berlagak hebat, untuk bersaing dengan Anda. Memang bukan begitu maksud saya berada di sini. Ketahuilah bahawa saya hadir di sini adalah kerana amat takutkan DIA. DIA yang saya kenali Tuhan Yang Maha ESA, Allah SWT. Masih lagi terngiang-ngiang di telinga, ayat yang dipesan NYA.

      “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”(Al-Asr, 103: 1 – 3)

      Apa yang saya lakukan di sini, semata-mata mengharapkan keredhaan NYA jua. Itu adalah pengukur sebenar mengapa saya terus berusaha melakar di sini, di imotivasi, hak milik adikku Shueqry.

      Saya tetap yakin bahawa kalau berkehendakkan yang baik-baik, diri kita haruslah merasai kehadiran NYA. Kalau tidak pun dapat merasai kehadiran NYA di sisi, ketahuilah bahawa sebenarnya DIA sedang memerhatikan setiap gerak geri pada setiap ketika. InsyaAllah, akan adalah cahaya NYA untuk menyuluh kehidupan dunia.

      Positif belum tentu mengatasi yang negatif kerana kedua-duanya tetap ada baik-buruknya. Itulah yang saya ingin kongsikan. Seumpama Attraction atau Rejection, kedua-dua hukum alam ini belum tentu mengatasi antara satu sama lain ;) Hanya yang mengetahui pastilah DIA.

      Satu perumpamaan yang saya boleh berikan di sini ialah ramai manusia mengatakan bersembahyang itu baik. Bersolat memanglah baik, siapa-siapa pun tidak menyangkal bahawa perbuatan solat memang baik. Tetapi pernahkah adikku membaca peringatan NYA ini?

      “Sebab itu celaka untuk orang-orang yang bersembahyang” (Al-Maun, 107: 4)

      Bilamana Allah SWT memberi peringatan Celaka! ia tidaklah sama seperti mana diungkapkan oleh manusia. Meminjam kata-kata seorang motivator Malaysia, Sama-samalah kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan… Dan Selamat Beramal. ;)

      Sebagai penutup barangkali, Terima kasih yang tidak terhingga buat adikku Shueqry yang saya kasihi kerana DIA. Keizinan yang diberi amat saya hargai. Oppssss… terlupa pula nak dinyatakan di sini, jua buat adikku Lis yang Cantik Menawan. Many thanks for giving me this chances… I always be here with you, my dear sister.

  • jujue says:

    Salam,…wah LOA nie dah jadi topik hangat lah…tapi sayangnya ramai yg tak sedar psl kebaikan benda nie kan..

    • ShueQry says:

      Betul. Ramai yang tak sedar.

      Sebab itulah saya bekerja keras menyedarkan masyarakat kita tentang manfaat Law Of Attraction, khususnya penggunaan LOA dalam kehidupan seorang Melayu beragama Islam.

  • tiara says:

    LOA memang bagus digunakan untuk tujuan kebaikan nak capai sesuatu matlamat … tapi jangan lupa kapadaNya yang maha baik & mengetahui segala-galanya…..

Leave a Reply

Sponsor
Artikel percuma ke email

Masukkan alamat eMail Anda untuk mendaftar bagi menerima penghantaran artikel motivasi percuma tiap kali ada artikel baru dikeluarkan

Khidmat pantas oleh FeedBurner

Subscribe RSS? Klik di sini

Statistik email + RSS Feed

Pembaca terkini
Himpunan artikel