PostHeaderIcon Law Of Attraction – untuk menarik sesuatu Anda kena membayangkannya selalu

Allah swt maha berkuasa. DIA menunjukkan kuasanya dalam setiap aspek kehidupan kita supaya kita menjadi orang yang berfikir. Law Of Attraction adalah hukum alam. Ia dicipta untuk memudahkan kita, untuk mencemerlangkan kita.

Jika Anda baca buku The Secret lalu fikirkan sedalam-dalamnya MENGAPA Law Of Attraction ni ada, ia wujud untuk memudahkan kita.

Syaratnya cuma satu. Fikiran Anda kena dipandu ke arah yang baik-baik supaya Anda dapat bertemu dengan yang baik-baik, benda yang baik-baik, situasi yang baik-baik, perkara yang baik-baik, orang yang baik-baik.

Law Of Attraction respon pada emosi Anda.

Emosi pula cepat dipengaruhi oleh perkataan-perkataan kita iaitu perkataan yang ada di minda, di hati, di fikiran dan di jiwa. Perkataan yang banyak kita ulang-ulangkan akan membangkitkan bayangan minda yang tertentu, membuat kita membayangkan sesuatu. Dah banyak kali saya ulang hal ni.

Bila kita membayangkan sesuatu, kita akan terdorong membayangkannya disertai alunan emosi, diselang-seli dengan perkataan-perkataan di dalam hati. Untuk membuat Law Of Attraction respon pada kemahuan Anda, Anda kenalah selalu membayangkan kemahuan Anda tu.

Anda kena bercakap mengenainya selalu, berfikir mengenainya selalu, mengimajinasikannya selalu dan berbincang mengenainyaselalu. Kesemua perbuatan tu membuat minda Anda terarah kepada apa yang Anda mahu.

Ia akan mendominasi fikiran Anda.

Apa yang kita banyak fikirkan, banyak kita cakapkan, banyak kita bayangkan, itulah yang ditarik datang pada kita tanpa kita sedari. Semuanya berlaku di belakang tabir dan berlaku secara senyap-senyap saja.

14 Responses to “Law Of Attraction – untuk menarik sesuatu Anda kena membayangkannya selalu”

  • abgbent says:

    Sekilas senyuman diterbangkan buat adikku Shueqry yang saya kasihi kerana DIA :) . Izinkanlah abg menconteng-conteng ketika ini. Moga-moga adalah manafaatnya bukan untuk sesiapa, tetapi untuk peringatan saya sendiri;

    Allah SWT maha berkuasa. Kuasa NYA melebihi segala-galanya. Sebab itulah kita kena memohon sentiasa kepada NYA. Bukan selainnya. Termasuklah bersembang-sembang dengan minda seolah-olah inilah hukum alam yang sebenarnya. Minda sedar saya berkata, orang yang bersembang-sembang dengan diri sendiri pasti gila namanya. ;)

    Berceritalah dengan NYA kerana sememangnya DIA terlalu dekat dengan diri kita. Itupun kalau Anda mahu merasainya. Bukan meminta pada alam semesta yang sebenarnya juga telah dicipta oleh NYA. Alam semesta telah dicipta oleh NYA dan tidak mahu memikul tanggungjawab untuk menjadi khalifah di dunia.

    Manusialah yang telah bersetuju memikul tanggungjawab ini – menjadi khalifah di dunia.

    Mengapa tiba-tiba pula memohon bantuan alam semesta? Apatah lagi sekadar bersembang-sembang dengan minda sendiri. Bukankah itu boleh diistilahkan gila? ;)

    Terus sahajalah mengadu kepada NYA dan memohon pertolongan NYA. Kelak DIA menunjukkan kuasa NYA yang luar biasa, di luar kemampuan minda sedar yang ada.

    Kalau minda separa sedar sahaja yang diguna, saya khuatir akan adalah tentera-tentera durjana mengiringinya. Minda separa sedar kelak tidak berupaya memikirkan segala keajaiban dunia yang terhasil oleh kuasa NYA. Berfikir memang boleh, tetapi andai cara berfikir diiringi tentera-tentera durjana, maka sia-sialah buah fikiran yang terhasil.

    Law Of Rejection juga adalah hukum alam. Ia dicipta untuk memudahkan kita, untuk mencemerlangkan kita bukan setakat di dunia, tetapi melangkaui sehingga ke akhirat, kehidupan yang kekal abadi.

    Jika Anda baca Kitab Suci lalu fikirkan sedalam-dalamnya mengapa Law Of Rejection ada, pasti mata hati akan terbuka untuk mengenali kehidupan dunia yang sering memperdaya. Kita ada tujuan di sini. Mengapa tidak digali? Adakah kerana kemewahan dan kekuasaan menghijab diri?

    Syaratnya banyak sekali. Fikiran usah bertumpu ke arah satu hala sahaja, tetapi lihatlah menggunakan pandangan yang saya istilahkan tiga dimensi – pendengaran, penglihatan dan Mata Hati Akal Fikiran supaya ditemukan perkara yang baik-baik bukan hanya di dunia, tetapi melangkaui selepas kehidupan ini. Syaratnya, berpandu pada petunjuk Ilahi.

    Law Of Rejection adalah respon pada emosi yang cepat dipengaruhi oleh pelbagai perkara. Oleh itu, berusahalah sedaya upaya melakukan yang terbaik buat diri sendiri. Tidak semestinya bila mana memperolehi kebaikan, baiklah namanya. Terkadang bila ditimpa musibah, juga kebaikan sebenarnya. Itupun kalau sudah dimegerti Law of Rejection dan menggunakan minda sempurna untuk memikirkannya dengan sebaiknya. Usah diguna minda separa sedar untuk berfikir, pasti tidak sempurnalah paparannya… ;)

    Terkadang bila diberikan sesuatu oleh seseorang, kita merasa kita memperolehi kebaikan, tetapi realitinya, orang yang melakukan pengorbanan dengan memberikan sesuatu kepada kita sebenarnya lebih baik kerana melakukan sesuatu kebaikan untuk menggembirakan saudara atau teman-temannya. Tetapi, kebaikan itu belum cukup baiknya andai dilakukan bukan semata-mata kerana DIA. Pasti sia-sialah perbuatan yang sedemikian rupa.

    Bila mana terlalu membayangkan sesuatu perkara, boleh sampai ke tahap mengkhayal sebenarnya. Paling penting, daripada mengkhayal-khayal sebegitu rupa, adalah lebih baik tekadkan di dalam diri melakukan sesuatu agar tercapai apa yang dimahu.

    Ingat! Lakukanlah sesuatu yang dimahu itu adalah semata-mata kerana DIA. Bila mana perbuatan yang dilakukan didorong kerana DIA, saya percaya akan adalah sinar cahaya NYA kalau tidak di dunia, InsyaAllah, dipenghujung perjalanan dunia, dan moga-moga berterusan pula ke akhirat sana.

    Untuk membuat Law of Rejection respon pada kemahuan, kenalah sentiasa meredhai segala ketentuan NYA selepas melakukan sedaya upaya usaha untuk menggapai apa yang dicita.

    Redhalah dengan ketentuan NYA. Tidak semua apa yang dimahu akan diperolehi andai dimengerti mengenai kehidupan duniawi. Orang berjaya boleh dilihat dengan mata semasa di dunia, tetapi siapa yang melihat kejayaan selepas kehidupan dunia?

    Ukuran kejayaan selepas kehidupan dunia tiada siapa yang dapat mengukurnya kecuali DIA, Tuhan yang Maha Esa, Allah SWT.

    Perjalanan hidup ini ada tujuannya. Bukan sekadar mencari harta kemewahan atau pangkat kekuasaan semata, tetapi di sebalik itu semua, kenalah digali bersama kerana ianya tugas masing-masing di antara kita. Mengapakah kita ada di sini – di dunia ini?.

    Jawapannya, saya tidak mahu berikannya di sini kerana saya sendiri sebenarnya masih lagi tercari-cari cahaya Ilahi. :(

    • ShueQry says:

      Wow. seperti biasa, pemikiran abg bent sungguh mendalam, ditulis dengan bahasa tersusun halus. Saya dan rakan-rakan merasa bertuah menerima kehadiran abng Bent di sini.

      Thank you.

      • abgbent says:

        Duhai adikku Shueqry yang saya kasihi kerana DIA, ketahuilah bahawa kehadiran saya di sini adalah kerana mengasihimu. Saya tidak dapat memberikan gambaran kasih yang saya ingin curahkan. Biarlah hanya DIA yang mengetahui kerana itu saya sentiasa berada di sini. ;)

        Lakaran dan contengan begini saya pohon keampunan kepada NYA jua andai tersasar dari matlamat yang digariskan. Bukan niat di hati menyanggah apa yang terukir di laman imotivasi, tetapi Hati yang saya punyai sentiasa menolak untuk diluahkan dalam bentuk lakaran. Pastilah bila menafsir ukiran halus adikku Shueqry yang sememangnya penuh gaya tersendiri. ;)

        Semua lakaran yang saya hasilkan percuma sahaja buatmu, duhai adikku Shueqry. Ianya tidak dikenakan yuran, apatah lagi perlu membeli ebook untuk mendapatkan ilmu-ilmu yang begini.

        Harapan saya semoga ianya merupakan Kejayaan juga. Memanglah bukannya untuk menjadi Jutawan, tetapi cukuplah keredhaan NYA yang saya harapkan. Moga-moga contengan seperti ini akan melekat menjadi Keimanan. Keimanan yang dibawa sampai ke hujung nyawa. Sememangnya cahaya Ilahi amat penting untuk meyuluh kegelapan duniawi yang penuh pancaroba ini.

        Sebab itu bila mana adik memuji-muji contengan yang abg lakarkan diimotivasi, kini hati saya pula berasa khuatir sebenarnya. Mungkinkah ini menjadi contengan yang terakhir di sini? Sememangnya saya amat takut membaca ayat-ayat NYA;

        “Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia. (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.” (Al-Baqara, 2: 200)

        “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri” (An-Nisa, 4: 36)

        “Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” (Luqman, 31: 18)

        “Supaya kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bangga terhadap apa yang diberikan Allah kepada kamu. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” (Al-Hadid, 57: 23)

        “Yang mengerjakan (kebaikan) untuk dilihat orang” (Al-Maun, 107: 6)

        Na’uzubillah…

  • ana says:

    kita hanya berusaha. ilmu ada di mana mana. dalam pada kita berusaha, jika ia berlaku bukan seperti yg kita mahukan, terimalah ia sebagai takdir yg telah ditulis oleh Allah.

  • Faizal says:

    Thanks a lot to Abang Bent and Shueqry diatas lontaran idea2 yang sungguh ilmiah sekali.Pastinya byk sekali kebaikan2 yang boleh digali daripadanya.

    Sesungguhnya terasa gementar jiwa saya kerana keagungan ayat2 suci Kalamullah yg sememangnya merupakan mukjizat yg tiada bandingannya.Yang di dalamnya merupakan panduan, peringatan, pengajaran dan berita2 gembira yang pastinya amat2lah berguna bagi mereka yang memiliki iman di dada.Syukran..

  • hujanlebat says:

    Salam kepada tuan rumah. Mana nak dapat buku law of attraction ni? ada idea tak nak dapatkan kat mana?

    • ShueQry says:

      Waalaikumsalam..paling murah, beli dulu buku Quranic Law Of Attraction. tapi nak fahami Quranic Law Of Attraction, awak kena baca dulu The Secret dan buku Michael J. Losier…tak jumpa di kedai buku, beli dari internet saja.

  • makasih atas masukannya mas

  • Saiful says:

    Salam…Sdr Hujanlebat..boleh dapatkan buku LAW OF ATTRaction di sini >>
    http://pts.com.my/index.php/kategori/C42/

  • AzMa says:

    saya suka blog iMotivasi ni .banyak menyedarkan saya secara tak langsung..terima kasih

  • ShueQry says:

    sama-sama, moga ilmu yang saya kongsi bermanfaat hendaknya.

Leave a Reply

Sponsor
Artikel percuma ke email

Masukkan alamat eMail Anda untuk mendaftar bagi menerima penghantaran artikel motivasi percuma tiap kali ada artikel baru dikeluarkan

Khidmat pantas oleh FeedBurner

Subscribe RSS? Klik di sini

Statistik email + RSS Feed

Pembaca terkini
Himpunan artikel