Lebih Detail Tentang Diri Saya
Apa khabar? Moga anda sihat hendaknya..
Cuaca di kota kinabalu hari ini agak mendung, membuatkan saya sering berhadapan dengan musuh yang paling ketat, rasa mengantuk..di kala hujan begini, tidur dirasakan lebih sedap dan mimpi juga lebih ternyata indah bagai di syurga..
Tapi, bagi saya, hujan begini mendatangkan satu ketenangan yang sukar dengan kata-kata..banyak ilham untuk menulis muncul betimpa-timpa.
Dari tingkatan 5 dulu, saya suka menulis. Di sekolah rendah, saya selalu ikut peraduan menulis cerpen pendek. Karangan Bahasa Melayu merupaka subjek yang amat saya minati. Ia bagaikan satu aktiviti, saya mendapat ‘flow’ yang memberi keseronokan kepada diri saya. baru kali ni saya rajin menulsi di blog, selalu atas kertas saja.
Ok, oleh kerana saya masih baru dalam penulisan blog ni, saya akan bercerita banyak tentang background diri saya. Semuanya saya lakukan dengan niat nak berkongsi cerita dan supaya anda, pembaca blog ini mengenali diri saya lebih dekat. Semua apa yang saya cerita ni betul masih tersimpan kemas dalam memori saya.
Bapa saya seorang guru. Lebih detail, dia seorang guru agama, dikenali di sekolah dan di kampung dengan nama Ustaz Abdullah. Tapi, walaupun bapa saya ni ustaz, dia tak pakai kopiah selalu macam ustaz yang lain, melainkan di waktu sembahyang saja.
Sekarang dia bermumur 47 tahun, dan memegang jawatan sebagai Penlong Kanan di sEkolah rendah di Semporna.
Nama sekolah tempat bapa saya bertugas tu SK Tanjung Kapur, bukan Tanjung Karang atau Tanjugn Malim, hehe. Jaraknya dari rumah saya adalah dalam 15 km.
Selain seorang ustaz, bapa saya rajin bersukan, terutama bola sepak. Kalau ndak gi main bola, dia berjogging keliling kampung.
Selain mengajar di sekolah, dia juga seorang jurunikah dan aktif dalam politik, terutama pergeraan UMNO, itu saja yang saya tau. Di masa cuti, dia ambil projek-projek kecil, sebab dia ada lesen kontraktor, dibantu oleh adik lelaki saya yang baru lepas SPM. Kira usahawan sambilan. Duit masyuk juga tu..
Mengenai mak saya pula, dia berkahwin dengan bapa saya pada umur muda, belasan tahun lagi. Waktu saya lahir pada 4 Oktober 1980, hari Sabtu, bapa saya masih di tingkatan 6 amik Sijil Tinggi Agama. Masa tu dia study di Sekolah Toh Puan Hajah Rahmah di Kota Kinabalu. Sekolah tu masih ada sampai sekarang ni. Beza umur diantara mak dan bapa saya hanya 2 tahun.
Jangan terkejut, kalau saya kata mak dan bapa saya sepupu sekali. Diorang berdua dijodohkan oleh keluarga, atas pilihan orang tua masing-masing. Seperti yang saya tau cerita dari mak, dia dan bapa saya tak pernah bercinta, tiba-tiba kawin.
Adik prempuan saya, Azmahani seorang guru lepasan Maktab. Sewaktu saya di Uitm Kota Kinabalu, dia pulak belajar di Maktab Perguruan Kent, Tuaran, Sabah. Mula mengajar di sekolah rendah pada tahun 2003 dan baru kawin bulan 6 tahun lepas. Dia ni ikut ciri-ciri bapa saya, berjiwa pendidik dan suka mengajar.
Selepas dia, saya ada sorang lagi adik perempuan. Namanya Fazilah. Kawan-kawan dia panggil Farah. Sekarang dia dalam program KPLI, lepas tamat pengajian di Universiti Malaysia Sabah dalam Sains Sukan. Bila abis kursus, jadi cikgu jugalah dia ni. Seperti adik perempuan saya yang sorang tu, dia juga minat bidang perguruan dan memang bercita-cita jadi tenaga pengajar sejak di sekolah rendah lagi.
Adik lelaki saya selepas Farah, Azizi namanya. Bapa saya ambil namanya dari Penulis terkenal, Azizi Abdullah. Dia juga mahu menjadi guru, tapi belum sampai waktu lagi. Minat saya dengan dia lebih kurang pada sukan bola sepak, amat minat. Sanggup berjaga malam sebab nak tengok perlawanan bola dan aktif dengan sukan bola sepak di sekolah. Nama pangilan dia kalau di rumah, lucu jugak, dari dia kecik kami panggil Bejeng.
Adik bongsu saya, Fakhri Razi. Memang manja. Hmm..dalam kami berlima dia yang paling berisi, hehe. Sekarang di Tingkatan 3 dan bercita-cita mahu menjadi guru satu hari nanti. Minatnya, sama dengan si Azizi, bola sepak. Kalau di rumah kami panggil dia si Eli. Selain bola, dia minat melukis dan menulis novel.
Itu sedikit sebanyak mengenai keluarga saya. Minat saya pada penulisan dibentuk oleh bapa saya. Sejak kecil, saya melijat dia suka membaca, menulis sajak dan cerpen. Penyanyi yang dia minat Ebiet G. Ade dan M.Nasir selain Kopratasa. Penulisan kreatif memang jadi pengisi masa lapangnya. Bila saya di kampung, saya amat mengagumi bapa saya kerana ada saja yang akan dibaca, selain surat khabar harian, majalah dan bahan ilmiah lain.
Sebab saya melihat dia membaca dari kecil itulah, minat membaca terbentuk dari kecil. Sekarang, bila dah ada income sendiri, saya rajin membeli buku dan bercadang mau ada library sendiri bila saya dah memiliki rumah di kota kinabalu ni. Bapa saya masih menyimpan manuskrip yang ditulisnya beberapa tahun dulu. Dia suka menulis cerpen dan novel. Selepas itu, dia menyimpannya sebagai koleksi peribadi.
Mesti anda tertanya-tanya kenapa saya tak minat nak jadi cikgu?
Saya sendiri pun heran, memang dalam diri saya tak ada minat jadi cikgu. Biarlah adik-adik saya ikut jejak langkah bapak saya, macik-macik saya dan pacik-pacik saya yang kebanyakannya juga cikgu, bukan saya.
Profession perguruan bukan untuk diri saya. Walaupun bapa saya seorang guru, tak semestinya saya sebagai anak sulungnya akan jadi cikgu juga. Tak semestinya kuah tumpah ke nasi.
Saya amat bersyukur, sebab bapa saya tak memaksa saya supaya ikut pilihannya dan tidak pula menentang bila saya mau masuk UiTM. Sekarang ni pun, bila saya start buat bisnes internet, dia tak marah, cuma meminta saya supaya mengisi borang SPA dan bertanya pada pacik-pacik saya, mana tau ada jawatan kosong. Selepas resign dari Astro, saya dah tak minat nak apply apa-apa kerja pejabat lagi.
Sebab, saya tak mau hilang kebebasan masa. Bila itu terjadi, saya takkan bersemangat bekerja. Saya tak akan dapat kepuasan bekerja, hanya stress dan politik pejabat. Apa sebenarnya kepuasan bekerja yang saya maksudkan? Jawapannya, saya mahu dapat hasil setimpal dengan usaha dan tenaga yang dicurahkan. Semakin rajin saya bekerja, semakin banyak wang yang akan saya dapat. Itu yang saya mahu. Anda bagaimana?
Saya tidak mahu memperniagakan masa saya pada majikan kerajaan atau swasta, semata-mata sebab mahukan gaji tetap pada hujung bulan. Selain itu, saya tak mahu dibayar gaji yang statik saja dan tak naik-naik selama 5 tahun, walaupun saya rajin ambil overtime dan bekerja 13-15 jam sehari. Saya mahu lebih daripada itu. Biarlah apa pacik-pacik saya kata, ini berkaitan dengan diri saya seorang.
I want more control over my self, my time dan my financal level. Apa sebenarnya yang saya mahu lakukan sehinga saya sanggup bekerja sendiri? Ok, ni dia, saya akan beritahu satu persatu, baca baik-baik ya..
Diwaktu pagi selepas solat subuh, saya mahu pergi berenang di Kompleks sukan Likas dan masuk bekerja pada jam 9 pagi. Dalam aktiviti kerja, saya mahu buat kerja sambil menyanyi lagu yang saya minat dan boleh berehat bila-bila masa yang saya dimahukan. Seperti warga korporat yang lain, saya juga tetapkan masa kerja diri sendiri dan melatih diri untuk berdisplin dalam bekerja dan berusaha mengejar matlamat kewangan yang saya mahu capai. Saya tulis besar-besar dekat skrin komputer, dakwat merah dan saiz 76 supaya saya ingat.
Dalam hati, saya berniat mahu bersaing dengan warga korporat lain dan kawan-kawan saya yang bergaji tetap dan berpakaian formal tiap hari. Saya amat kagum dengan ketepatan masa diorang dan imej diri yang kemas, ditambah lagi dengan professionalisme dalam melaksanakan tugasan.
Walaupun saya bekerja di rumah, saya tetap mendisiplinkan diri mula bekerja pada jam 9 pagi. Paling lewat, jam 10 pagi. Saya tak membenarkan rasa malas menguasai diri saya. Saya ada matlamat yang mahu dicapai dan akan lakukan berbagai usaha untuk mencapai matlamat itu.
Berniaga adalah minat saya. Mula di sekolah rendah, saya berniaga jambu, mangga dan keropok, tanpa pengetahuan mak saya. Seronok tau, sebab dapat duit sendiri. Pulak tu, waktu rehat disekolah, saya buka ‘kedai’ saya di depan kelas, berdiri dekat pintu. Tapi, akhirnya, kedapatan. Mak saya tercium bau mangga dari beg sekolah saya. Sehinggakan buku latihan sekolah berbintik-bintik hitam kena getah mangga, buah jambu pula dan busuk sebab kena air hujan, kira disposed stock jambu la kiranya.
Di sekolah menengah, saya suka baca majalah Ujang. Dengan duit pemberian bapak, saya simpan sedikit untuk beli majalah Ujang yang pada masa itu harganya RM5. Simpan RM1 sehari dah cukup, tambahan pula Ujang ni keluar tiap dua minggu. Bila dah abis baca, saya suka lukis katun-katun dalam tu, sampai jadi serupa. Minat melukis mula tumbuh dari situ.
Masa di tingkatan lima, majalah yang saya abis baca saya jual semula dengan diskaun 50% dari harga asal. Jadi, balik modal jugalah. Masa tu, mak saya tak suka saya simpan majalah Ujang di rumah, kalau buku, novel atau majalah ilmiah macam Dewan Masyarakat, Pelita Bahasa, aa..tu ok.. bila masa SPM pula pada Disember 1997, saya berjumpa dengan komik Mutiara Naga, nama komersial nya Dragon Ball. Dari majalah Ujang, saya beralih minat ke Dragon Ball.
Lepas abis exam SPM, saya mengikut pacik saya ke Kota Kinabalu sehingga Mac 1998. Selama di kk, saya ambil kursus Ms Excel dan Power Point. Yang selain tu, saya belajar sendiri melalui trial & error, tuitorial dan banyak bertanya. Saya bercadang mau ambil Diploma Sains Komputer lepas dapat result SPM.
Pada Jun 1998, saya dapat tawaran masuk ITM dalam kursus pengajian perbankkan, di bawah fakulti Pengurusan Perniagaan. Wau! saya betul-betul tak sangka! Waktu itu saya tak berapa pasti apa niat saya masuk ITM, sebab saya nampak dalam borang UPU tu, kursus perbankkan di bawah Fakulti Bisnes. Jadi, hati saya berdetik, inilah peluang ku.
Bapa saya tak membantah, walaupun saya degil mau masuk maktab. Bila adik saya Azmahani masuk maktab, bapa saya cukup bangga. Bila saya gred pada April 2002, saya bertungkus-lumus mencari kerja yang bersesuaian dengan kelulusan saya.
Then, dapat di Lembaga Sukan Sabah bila saya join Skim Sangkutan dan Latihan pada Ogus 1998, masa tu pertama kali Sabah jadi tuan rumah pada Sukma. Saya diletakkan di bawah Bahagian Sukan dan Penyediaan Altit. Saya diletakkan untuk monitor atlit sukan Wushu. Inilah pertama kali dalam hidup saya, lihat atlit di umur muda berlatih dengan penuh fokus dan satu sesi latihan berlangsung selama 3 jam, pagi dan petang.
Selepas tamat SUKMA 2002, beban kerja jadi ringan. Kekadang tiada kerja selama seminggu, tapi elaun tetap jalan! hehe..jadi, saya bersiar-siar dan berkenalan dengan staff lain sekitar Kompleks Sukan Likas. Bila samapai di kola renang, mata saya terpaku melihat atlit renang. Gaya renangan mereka begitu relaks dan diorang tak takut langsung pada kedalaman kolam yang 2 meter tu. Bahkan, diorang nampak seronok dan gembira.
Huyoo, kata hati saya. Cemana saya ni?
Diorang kecik-kecik lagi dan pandai berenang.
Aku belum pandai berenang lagi?
Saya tengok ada swmimmer tu yang baru darjah 5 tapi dah laju renangannnya. Wahh..ni ndak boleh jadi ni..rasa tercabar pula saya. Di kampung dul, mana ad a peluang nak belajar berenang, sebab rumah kami jauh dari laut dan jarang bermandi-manda dihujung minggu.
Pada November 2002, saya mula belajar sendiri berenang. Waktu itu, saya masih tinggal di rumah pacik saya bersebelahan dengan Kompleks Sukan Likas, jadi tiada masalah dari segi jarak. Saya pergi berenang pagi dan petang. Mula-mula pertama sekali masuk kolam, saya amat teruja, excited dan rasa amat seronok .
Kemudian, saya belajar diajar secara tidak formal oleh salah seorang Lifeguard di kolam tu. Tambah rajin la saya turun tiap hari untuk berenang. Dalam masa sebulan, saya dah kuasai keempat-empat gaya asas.
Semua disebabkan oleh minat, keseronokan bila berada di dalam air dan excited yang amat sangat bila melihat perenang-perenang professional berenang. Dari situ, saya mula mengkaji sendiri stail renang seorang atlit, teknik pernafasan, pemakanan, mind setting dan sistem latihan dalam training diorang.
Selain itu, saya makin rajin turun berlatih pagi dan petang. Sebelum turun ke dalam kolam, saya baca dulu apa yang saya mahu kuasai dan merangkan sesi latihan sendiri sama ada training untuk stamina atau untuk speed, terutama gaya swimming stroke yang betul melalui artikel-artikel dari internet. Saya mahu bersaing dengan atlit professional yang dilatih khas oleh jurulatih bertauliahdi kolam tu, saya panggil dia Aunthy Wong.
Suaminya, Johnny Wong masih lagi cergas walaupun murnya dan mencecah 52 tahun. Aunthy Wong adalah orang yang sama melatih Alex Lim Keng Liat dan Elvin Chia dari kecil. Pernah dalam 3 hari tu saya meneliti dia melatih perenang-perenang muda. Melihat dari podium (tempat duduk penonton) saya menulis satu persatu dalam buku nota dan mengingat apa yang saya nampak perenang-perenang tu buat.
Benar tekaan anda, saya mengikut sistem latihan diorang, saya copy dan aplikasikan pada diri sendiri. Selain mempraktikan apa yang saya baca, sisitem latihan dari Aunthy Wong banyak membantu.
Itulah serba sedikit latar belang dan sejarah mengapa saya minat sukan renang. Sukan ini adalah persaingan individu, hanya ada satu event yang melibatkan team work, iaitu acara berganti-ganti, macam dalam olahraga.
Kalau main bola, mata saya rabun jauh, tak nampak bola dan kaki saya pula pendek.
Kalau main badminton , saya tak nampak bulu tangkis tu. Jadi, saya merasakan sukan renang lebih sesuai buat saya.
Saya lebih minat individual medley. Dalam acara ni, seorang perenang akan berenang dengan menggunakan keempat-empat gaya renang. Ada yang 100m dan 200m. Bermula dengan gaya kupu-kupu (butterfly) sebagai gaya yang pertama, diikuti kuak dada (breast stroke) kemudian kuak lentang (back stroke) dan paling akhir, gaya bebas (freestyle).
Main bola hanya sekali sekala, kalau saya balik kampung. Di belakang rumah kami ada satu padang kecil. Disitulah semua kami berkumpul tiap petang bersama-sama adik-adik sepupu saya yang lain. Riuh rendah dibuatnya. Bila hujung minggu, saya bawa diorang mandi laut di resort berhampiran sekolah lama saya, SMK Agama Tun Sakaran.
Itu saja untuk post kali ini, saya akan menulis lagi di dalam post yang akan datang. Nantikan kemunculannya. See you later.
Artikel Berkaitan
- Selamat Datang, Shueqry Di Sini
- Saya Berkata Pasal Kerja
- Sibuk, Kurang Tidur Dan Banyak Kerja
- Tension? Luahkan Perasaan, Saya Sedia Mendengarnya
March 27th, 2007 at 6:17 pm
dik mal tertarik tentang kepuasan bekerja
walaupun dik mal tk penah keje lama..i mean..tetap bertahun2…
tapi kontrak terakhir kat satu firma yang besar…dah bagi dik mal rasa tak mau keje di pejabat dan keje bwh org lagi..
kepuasan bekerja dik mal :
bila dik mal dpt bagi yang terbaik dlm bnd2 baru yg dik mal explore. dan bila dik mal tak perlu buat kerja yg terlalu routine.waktu tu dik mal kerja clerk je…tp tugasan melampau thp junior exec…
tak mahu ditindas lagi! sy ada kebolehan yg lebih untuk jadi lebih…jadi saya patut dpt lebih:)
bole ke cmtu bro?
April 6th, 2007 at 2:25 pm
Hello Bro..bley ajar aku berenang tak ?? Aku dari dulu lagi nda pandai berenang ba..Teringin nak tau mcm mana you run ur bisness.. Actually saya banayk gak idea nak jaual barang di internet ni.. Mungkin kita bleh b’kerjasama.. Hehehe..selamat berkenalan bro..