LiveSmart

Salam pembaca iMotivasi.

Apa khabar Anda? Doa saya moga Anda makin bermotivasi hendaknya.

Sebagai manusia biasa, saya juga tak dapat mengelak dari sindrom ‘motivasi menurun’.

Benar, saya berani mengakui hal ini, terutama beberapa hari lalu. Bila dalam keadaan tak ada sesiapa yang menyokong dan tiada siapa memberi Anda inspirasi, motivasi senang menurun.

Tapi, ada cara untuk menaikkannya semula. Orang-orang yang berjaya berhadapan dengan berjuta dugaan, cabaran dan kegagalan tapi yang ganjilnya, mereka bangkit, merubah diri jadi bersemangat dan sanggup melakukan apa saja cara halal untuk mencapai matlamat.

Dari apa yang saya analisa, mereka ada teknik tertentu untuk maintain tahap motivasi. Ada yang disokong oleh kasih sayang isteri mereka, anak-anak yang membahagiakan dan kawan-kawan yang sentiasa berkongsi kata-kata semangat.

Ada juga yang menatap gambar-gambar orang yang berjaya sebagai teknik untuk menaikkan motivasi. Contoh terbaik adalah Dr Sheikh Muszaphar.

Ketika latihan di Moscow, dia memenuhkan biliknya dengan gambar angkasawan-angkasawan yang berjaya dalam misi mereka, siap dengan tandatangan masing-masing. Dr Sheikh berkata, setiap kali dia bangun tidur, nampak saja gambar-gambar tu, dia jadi cukup bersemangat!

Tahun lepas, saya melekat gambar idola-idola saya di skrin komputer untuk membuat diri saya bersemangat, setiap kali mula bekerja dan sebelum tidur. Anda boleh lihat gambar tu di webpage Friendster saya..

Tahun ini, saya melekat logo LiveStrong di mana-mana saja mata saya melihatnya dan warna kuning sebagai penyuntik inspirasi setiap kali saya bangun pagi. Tuala saya, beg saya dan baju saya, dah tukar ke warna kuning!

Kala mengantuk menyerang, saya amik pen dan kertas conteng lalu menulis perkataan LiveStrong sebanyak mungkin. Naik semangat dibuatnya!

Tanya diri Anda apa yang membuat Anda bersemangat. Ia mungkin gambar keluarga Anda, gambar kekasih Anda, wajah mak dan ayah atau gambar teman-teman Anda.

Cinta, kasih sayang, semangat kekitaan dan rasa bersyukur adalah penyuntik motivasi yang paling kuat. Hidup perlu bijak, perlu kuat.

Sebab itu, perlu LiveSmart dan LiveStrong!.

Share This Post

3 Responses to “LiveSmart”

  1. noris Says:

    assalamualaikum shueqry!
    semoga ceria!

    setiap org hanya mencari bahagia di hati dan selesa dgn kehidupan yang dilalui.Duit,org2 tersayang dan kemewahan belum tentu membahagiakan diri sepenuhnya.Tetapi sewajibnya diingat!dengan duit juga kita mampu menjana kebahagiaan apabila diri kita berkemampuan utk menyediakan,menyumbang dan menggunakannya untuk mengumpul & membeli saham2 akhirat utk kita meniti titian siratul mustaqim dgn mudah utk ke syurga Allah s.w.t nanti.Oleh itu jgn sia2kan bakat dan biarkan aset idea shueqry terpendam dan tidak dikomersialkan.
    Compile idea & tips yg dah ada ini dan hantar kepada penerbit yg boleh bersedia menerbitkan,memasarkan & memberi shueqry duit.Terbitkan sebuah buku.Sudah cukup memberi pulangan tanpa keluarkan modalpun.Bantulah diri sendiri dulu kemudian bantulah org lain.Itu cara yg lebih baik dan ideal.
    Ini hanya cadangan dan pandangan.Kurangkan berkeluh kesah dan shueqry memang boleh berjaya dengan idea2 yg dah ada.Inilah masa yang terbaik utk shueqry keluarkan sebuah buku.Do it now!
    Saya percaya sekurang2nya 10000 naskah bakal terjual!

  2. Shueqry Says:

    Noris,

    Thank you for the BIG idea!

    Ya, saya sedang mengusahakannya. Buku motivasi tulisan saya akan berada di pasaran sebab tak semua orang mempunyai masa terluang untuk melayari Internet.

    Sebenarnya, andai mengikut perancangan, saya sepatutnya menjadi penulis bersama dengan saudar Zamri Mohammad untuk menulis sebuah buku terbitan PTS Millenia.

    Tapi oleh kerana dugaan yang melanda, saya terpaksa beralih arah dan melupakan projek buku tu sketika. Saya meminta maaf banyak-banyak pada saudara Zamri.

    Kedua, saya juga sedang berlatih menulis novel, terutama yang berkaitan dengan motivasi orang muda, diselitkan kisah cinta dan sedikit tips pembangun jiwa.

    Itu sedikit sebanyak tentag apa yang saya usahakan, selain tugasan kerja dan jadual menulis blog.

    Thanks Noris, idea tu akan saya gunakan sebaiknya.

    -Shueqry-

  3. shuk Says:

    Bro,

    Artikel yg amat berguna.

    Saya biasanya dengar lagu untuk naikkan semangat.

    Keep up the good posting…

Komen? Pendapat?