Lupakan Masa Lampau
Tips motivasi kali ni adalah tips ke 6 dalam 8 siri bagaimana membina sikap positif.
Usah buang masa fikirkan kesilapan masa lampau yang tak dapat diperbaiki lagi. Lupakan masa lampau, kerana kita sudah tidak dapat mengubahnya.
Fokus masa depan, kerana kita masih ada peluang besar untuk menjadikan ia lebih bahagia. Setiap kali fokus pada apa yang kita mahu, serta merta kita akan rasa teruja dan mahu berusaha, sebab kita rasa ada peluang mencapainya.
Ingat! Jangan sesekali pandang ke belakang, sebab ia akan menarik memori silam, juga emosi-emosi buruk dari kenangan silam ke ingatan kita. Kesannya, kita asyik ingat kesilapan di masa lampau lalu membuat kita terkurung dalam “perangkap mental” yang kita cipta sendiri.
Sikap kita bertukar menjadi yang negatif, sebab fikiran kita dipenuhi emosi negatif (emosi buruk) yang terbit dari ingatkan kita tentang masa lampau. Kita mudah meracau, hilang keyakinan diri, tertekan, gusar, tak nampak jalan untuk berjaya dan tak mahu berubah.
Kita tak akan terfikir kejayaan di masa akan datang, sebab fikiran kita fokus melayan memori silam yang kelam.
Mulai hari ini, beranikan diri untuk melupakan masa lampau, selupa yang mungkin supaya Anda boleh berubah menjadi orang yang punya sikap positif, sepositif yang mungkin, sebaik yang mungkin, secemerlang yang mungkin.
Beranikan diri berubah untuk kecemerlangan hidup Anda!
August 22nd, 2008 at 1:51 pm
Askm,
Jgn ingat kesilapan yg lalu tapi ambil iktibar dari kesilapan itu
supaya tak berulang lagi.
August 24th, 2008 at 12:38 am
Pendek kata, jangan sesekali pandang ke belakang!
August 24th, 2008 at 1:10 pm
Alamak shueqry..cam cite Jgn Pandang Belakang lak gayanye tu..
hehe…
wateva pn,betul tu…xde gunanye if kite asyik igt mende yg dah berlaku…
skg ni kite just perlu perbaiki diri kite atas kesilapan yang lalu n jadikan tu semangat utk diri kita lebih menjurus kepada kecemerlangan…
August 24th, 2008 at 7:48 pm
Assalamualaikum,
kawan saya yg srh baca blog awk…..ternyata sedikit sebanyak (walaupun tidak semua) tetapi dapat mengubat hati sy ini yg sedang dilanda luka dan duka yg amat pedih…..terima kasih kawan dan terima kasih awk!
Wassalam….
August 26th, 2008 at 10:05 am
errm..mcm mana nak lupa kan yerr?
Memang benar apa yg di tulis, terlalu memikirkan masa silam, mcm terkurung dlm perangkap dlm mental yg sy cipta sendiri..errm..
August 26th, 2008 at 10:36 am
mmg agak sukar untuk melupakan benda yang lalu,tambah lagi yang pernah menyentuh hati dan sanubari kita..ia agak memakan masa.. Tapi,Insyaallah..dgn adanya Kekuatan n kemahuan kita sendiri..kita akan dapat melupakan semuanya yang telah berlalu secara perlahan2.selain itu..DEKATKAN diri dan ALLAH Selalu..Byk BERDOA kpdNYA,pasti tercapai apa yg kita mahukan…..
August 26th, 2008 at 12:21 pm
Assalamualaikum…
sy x tau nk tulis mcm mn..cm sy sgt sedih..
August 26th, 2008 at 3:06 pm
salam sepi,
sedih kenapa tu..:)
August 26th, 2008 at 6:21 pm
saye pon sedey..sejak 2 -3 hari ni rase hidup mcm suram je..saye xde kawan nak share masalah..saye sorang2 je..saye rase xde semangat..=(
August 27th, 2008 at 4:12 pm
nak lupakan kisah lama..? memang boleh kalau hati dan jiwa kita menginginkan kita melupakannya tetapi jika sebaliknya.. berusahalah dan berdoalah untuk melupakannya.
August 27th, 2008 at 5:43 pm
Sebenarnya memang boleh lupa, cuma kita saja yang asyik teringat balik, pulak tu selalu, cemana tak boleh lupa..ye tak?
August 28th, 2008 at 4:09 pm
assalamua’laikum……..
NAK LUPA BENDA YANG DAH LEPAS…?????
bila diingat kembali kenangan lalu sememangnya memedihkan hati dan menguysutkan otak tapi nk Pk wt pe benda yang dah berlalu tak ada guna diingat kembali…..
BETUL X……….???
August 28th, 2008 at 10:04 pm
Zue,
betul!
Fokus ke masa depan, fokus sefokus yang mungkin, bayangkan kehidupan bahagia di masa depan, banyangkan selalu, sekerap yang mungkin!