Lutut Yang Makin Sembuh Menyuntik Motivasi

Salam pembaca iMotivasi.

Saya doakan moga Anda makin mantap dengan motivasi dari sehari ke sehari.

Dengan adanya blog motivasi yang baru ni, saya menulis dengan semangat yang baru, dipacu oleh inspirasi baru. Tak semestinya kita akan melupakan motivasi yang lama, tapi, kita upgrade menjadi yang baru.

Saya panggil blog motivasi ni dengan nama iMotivasi 2.0. Ada target baru untuknya dan matlamat yang baru, yang mesti dicapai olehnya.

Sedikit catatan realiti dari saya. Ingat lagi tak lutut saya yang cedera?

Saya jadi makin bersemangat sebab sakit dah mengurang dan kadar penyembuhan saya lebih cepat dari yang dijangkakan oleh doktor.

Andai saya letak gambar keputusan pemeriksaan doktor , Anda takkan dapat fahami semuanya, cukup sekadar saya kongsikan cerita.

Apa yang saya praktikkan berhasil. Saya pernah bercerta pada Anda bagaimana saya menggunakan imaginasi dan doa untuk membuat penyembuhan ini menjadi lebih cepat.

Well, its hard to say those words, tapi saya terangkan satu persatu.

Saya sering membayangkan retak ditulang kepala lutut bercantum semula dan sakit ngilu berpanjangan yang saya rasa ni menjadi kurang sedikit demi sedikit.

Pada peringkat permulaan, agak mencabar untuk saya kawal imaginasi tapi bila dah buat berkali-kali dalam sehari sebulan lalu, lama kelamaan jadi biasa.

Dalam imaginasi, yang penting adalah bayangan dan feel. Dua-duanya kena ada sekali.

Walaupun lutut saya amat sakit setiap kali digerakkan, saya memberitahu diri sendiri yang saya mahu kurang merasa sakit di bahagian itu.

Saya seringkali mengulang kemahuan itu berkali-kali, sehingga yakin saya dah kurang merasa ngilu.

Cara ini memerlukan kemahuan kuat dan kesanggupan. Saya imaginasikan lutut saya normal walaupun pada ketika itu cukup sakit.

Saya tak mahu mengalah pada rasa ngilu walaupun dah cukup ngilu, sampai ngalir air mata dibuatnya.

We must be STRONG! Remember?

Perkataan LiveStrong tu banyak memberi saya semangat. Melihat logonya membuat saya bertambah-tambah naik semangat!

Mungkin Anda berkata badan saya boleh bertahan lama. Agaknya benar, sebab saya dah terbiasa ’sakit’.

Maksud saya, semua orang yang rajin bersukan sering merasa penat dan ’sakit’. Otot mengeras dan rasa tak larat nak go on, sebab dah sampai limit.

Tapi bagi kebanyakan atlit, merasa sakit di otot dah menjadi sebahagian dari mereka.

Saya mengaku dalam latihan renang tahun lalu, beban latihan, penat dan sakit yang dirasa sungguh menyeksakan tapi kami tetap berlatih, tetap berenang juga walaupun diberi rehat sedikit. Bahu sakit, paha sakit dan pinggang sakit.

Mula-mula dulu, saya tak sanggup berenang lama sebab ia memenatkan dan menyakitkan. Lama kelamaan bila dan berenang 2 jam setiap pagi dan 2 jam tiap petang, ’sakit’ tu jadi biasa.

Apatah lagi bila berbasikal, penat dan sakit dah jadi kemestian, lebih-lebih lagi bila berkayuh mendaki jalan berbukit.

Tapi bila buat tiap hari, secara fizikalnya tubuh saya mampu menyesuaikan diri dengan beban dan membiasakan deria dengan rasa sakit di otot paha, pergelangan tangan dan otot belakang.

Walaupun penat dan rasa nak berhenti, saya tetap mengayuh laju sebab nak sampai dalam masa kurang 40 minit dari KK ke Lok Kawi setiap hari. Jaraknya cuma 16.5 km saja. Jika tak ada traffic light, maybe 30 minit dah sampai, mengayuh tanpa henti.

Saya benar-benar bersyukur bila tahu lutut saya makin sembuh. Dalam doa, saya meminta pada Allah disembuhkan cepat, agar saya boleh memberi khidmat dengan lebih baik.

Mungkin inilah maksud ayat yang diberikan pada saya oleh seorang pembaca iMotivasi .. “Hujan diturunkan, kerana selepas itu, kita akan ditunjukkan pelangi.” Saya lupa ayatnya yang sebenar.

Pada saya, cabaran muncul, untuk menunjukkan pada kita apa yang kita akan jadi selepas menempuh cabaran tu, bergantung pada pilihan yang kita ambil pada saat kita mula bertemu cabaran tersebut.

Saya diberi petunjuk supaya be strong, supaya saya dapat kuatkan semangat dan supaya saya kawal emosi.

Bercakap pasal pilihan, saya diberi dua pilihan.

Pertama .. balik kampung dan tunggu lutut ni sembuh.

Kedua, saya lawan sakit ni, bergelumang dengan rasa ngilu dan sanggup telan saja kata kengkawan yang kata tindakan saya kurang bijak.

Saya ambil pilihan kedua!. Sebab apa?

Saya kongsikan lebih banyak lagi cerita di bahagian kedua coretan realiti.

Share This Post

3 Komen Pembaca


  1. “Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat, puas kita menangis, mencari di mana matahari. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi” - (bukan saya pembaca yang d maksudkan di atas,hehe.. Cuma saya rasa ini yg Shueqry maksudkan,dan saya ingin kongsikan bersama pembaca kerana saya juga menyukai kata-kata ini)

    Get Well Soon Shueqry.. Insyaallah.

    Quote | Posted July 17, 2008, 9:18 am

  2. Nordiana, thanks for sharing kata-kata tu.

    Quote | Posted July 17, 2008, 2:11 pm

  3. Hmmm.. Saya pernah juga baca di mana ya, saya tak ingat.. Tapi isinya adalah menggunakan teknik imaginasi ni untuk kuruskan badan.. Orang tersebut buat dia bayangkan yang lemak-lemak tuh semua hancur.. Saya sebenarnya tak berapa percaya waktu baca tuh.. Tapi lepas baca cerita shueqry ni, mungkin saya perlu pertimbangkan semula.. Tapi rasa macam kelakarlah pulak.. Saya tak dapat nak bayangkan lemak-lemak di badan saya ni hancur.. :D

    Quote | Posted July 21, 2008, 1:19 am

Kongsikan Komen Anda Selepas Membaca Artikel Ini