Mahu Jadi Yang Pertama Menjadi Booster Motivasi
Untuk tips motivasi kali ni, rasanya Anda masih ingat kisah Lance Armstrong dan kekuatan semangatnya sehingga dia mampu menjadi juara Le Tour De France tujuh kali berurut-turut. Bagi Lance Armstrong, kekuatan semangat saja tak cukup sebagai pencetus motivasi dirinya.
Jadi, apa dia? Lance tekad mahu jadi pemenang yang pertama.
Dia tak mahu jadi yang kedua, ketiga mahupun sekadar berpuas hati dengan tempat keempat. Dia mesti jadi yang pertama!
Didorong oleh keinginan itu, dia sanggup berlatih 6 jam sehari, setiap hari dan hanya memfokus pada pertandingan Le Tour De France serta menolak undangan untuk menyertai pertandingan-pertandingan lain. Sebab, dia mahu jadi yang pertama dalam Le Tour De France.
Andai perlumbaan F1 merupakan perluambaan terunggul bagi sukan kereta, Le Tor De Framnce merupakan perlumbaan terunggul bagi atlit lumba basikal dari seluruh dunia.
Konsep mahu jadi yang pertama ni ini boleh Anda aplikasikan pada diri sendiri sebagai pencetus motivasi.
Andai Anda seorang pelajar IPT, tanamkan tekad mahu jadi yang pertama. Tiada orang lain selain Anda, hanya Anda seorang. Bila ada persaingan, belajar serajin mungkin, se’smart’ yang mungkin supaya Anda kekal cemerlang di tempat pertama.
Anda Anda seorang pekerja, tanamkan tekad mahu jadi pekerja cemerlang, secemerlang yang mungkin, selama yang mungkin, selagi Anda masih bekerja di situ. Jangan biarkan Anda menjadi orang yang kedua!
Andai Anda seorang usahawan, set matlamat supaya Anda menjadi usahawan cemerlang, lebih cemerlang dari usahawan-usahawan lain dalam komuniti Anda. Biar Anda dikenali, dihormati dan disegani.
Andai Anda seorang blogger, jadilah blogger yang pertama mendahului blogger lain, yang lebih berjaya, menjadi lebih dikenali dalam niche blog Anda.
Mulakan langkah menjadi yang pertama dihadapan hari ini juga!
April 26th, 2008 at 11:49 pm
bro,adakah cita-cita nak menjadi seorang yang terkenal,famous,dihormati,disegani,dikira mencari glamour?
salah ker kalo ada cita-cita mcm tu?
“aku nak satu malaysia kenal aku”…
macam berlagak jer,sebab mula2x pun dah target mcm tuh,bila dah dpt mesti lagi riak…
just tanya..thanks ya:)