Manusia Berjaya

Apa maksud manusia berjaya? Manusia berjaya adalah mereka yang mempunyai wawasan atau visi masa depan. Hidup mereka ada matlamat, ada cita-cita.

Cemana pula jika kita tak ada matlamat? Adakah kita bukan manusia berjaya? Bukan manusia berjaya, tapi masih belum berjaya atau berada jauh dari kejayaan.

Manusia berjaya mempunyai cita-cita tinggi. Mereka mampu melihat jauh ke hadapan dalam usaha membina kejayaan dan keunggulan. Manusia berjaya tahu apa yang dia mahu.

Jika kita tidak ada matlamat, kita tidak akan berjaya. Sesiapa jua tak akan berjaya jika dia tidak ada matlamat, atau keliru apa yang dia mahukan sebenarnya. Jika sebuah perniagaan tidak ada matlamat, sudah tentu tidak mampu bertahan lama, sebab tidak ada hala tuju dan cita-cita yang mesti di capai.

Nabi Muhammad s.a.w ada matlamat tersendiri. Beliau diutus sebagai pesuruh Allah. Dalam masa yang sama, Baginda menjadi contoh ikutan buat para sahabat dan seluruh umatnya.

Hidup Baginda ada matlamat, iaitu sebagai orang yang menjalankan perintah Allah, utusan dan sebagai contoh teladan. Nabi Muhammad s.a.w. ada ciri-ciri manusia berjaya.

Untuk menjadi manusia berjaya, Anda boleh bermula merubah diri dengan pertama sekali tahu apa yang Anda nak capai. Pendek kata, Anda mesti ada matlamat.

Kemudian, set masa bila nak mencapai matlamat tersebut. Tanya diri Anda apa yang Anda nak capai dalam hari ini, minggu ini, bulan ini dan tahun ini.. Jawapan yang baik, ada dalam soalan-soalan yang baik. Jadi, jangan berhenti menyoal diri Anda apa yang Anda nak capai.

Misalnya, Anda boleh tanya diri dengan soalan-soalan seperti "apa yang aku mau capai hari ni?"

"Apa matlamat kewangan aku dalam 6 bulan ini dan apa yang aku boleh buat untuk mencapainya?"

Untuk membentuk diri menjadi manusia berjaya , kita perlu bermula di minda. Untuk memulakannya dari minda, kita perliu terus menerus menyoal diri, supaya minda memberi kita jawapannya melalui idea!

Share This Post

10 Responses to “Manusia Berjaya”

  1. hani Says:

    Salam saudara Shueqry…
    Bercakap soal matlamat, saya ingin kongsikan bersama matlamat saya setiap hari, setiap kali kaki saya melangkah keluar dari pintu rumah…saya ingin mencari rezeki yang halal untuk masa depan saya.

    Kadangkala terdetik juga dalam hati saya untuk untuk relaks dan tidak berbuat apa-apa semasa waktu kerja tapi ternyata saya tak boleh kerana saya sudah set dalam hati yang saya mahu mencari keredhaan Allah dan bukannya makan gaji buta. Bekerja kerajaan bukan alasan untuk saya relaks daripada melakukan tugas.

    Setiap hari diri saya menjurus kearah bekerja dengan baik dan ikhlas walaupun kadangkala saya tidak berapa rajin untuk melakukan kerja. Tai saya berjaya melawan nafsu buruk dari menguasai diri saya.

    Jadi percayalah jika kita mempunyai matlamat yang jelas, kita akan terdorong untuk melakukan apa yang telah kita setkan. Jadi pastikan matlamat kita adalah bersih dan sentiasa membina. Carilah keredhaan daripadaNya.

  2. shueqry Says:

    Hani, saya kagum dengan awak! Semangat awak kuat, tak semua orang boleh melawan nafsu buruk yang cuba menguasai diri.

  3. Nordiana Sudin Says:

    salam hani..

    saya pun kagum dengan semangat dan nawaitu awak. Insyaallah yang baik akan d jadikan pengajaran dan ikutan.

  4. shueqry Says:

    Nordiana, apa khabar?

  5. Nordiana Sudin Says:

    Salam Shueqry..saya sihat.Tq. Walaupun lama x berkirim khabar,saya masih pembaca awak yg setia.. Teruskan usaha. Ramai yang masih menghargai usaha murni awak.. :)

  6. alin Says:

    kerja itu adalah satu ibadah…keikhlasan kita akan menghasilkan kejayaan cemerlang…

  7. nizamadib Says:

    Salam,

    Tiada matlamat hidup ? Kita telah tewas sebelum berperang sebenarnya…

    Alhamdullillah, semakin meningkat usia , matlamat hidup dan apa yang saya suka dan inginkan telah menjadi semakin jelas. Saya bersetuju dgn Hani, setiap hari perlu tambah dan kuatkan semangat , menjadi lebih matang dan berani untuk berubah.

    Melakukan sesuatu kerja mestilah disertai dengan Jujur dan Ikhlas. Selalu lakukan yang terbaik demi orang orang yang kita sayangi dan menyayangi kita.
    Selalu berdoa, semoga apa yang kita lakukan agar dapat memberi kebaikkan kepada orang lain pula.

    “DO YOUR BEST, LETS ALLAH DO THE REST”

    rgds.nizam

  8. bent Says:

    Assalamualaikum, wbt

    Saya terkagum dengan artikel-artikel saudara membuatkan saya amat menghargainya. terima kasih kerana berkongsi ilmu yang amat bermanafaat ini.

    Saya akan terus melayari website ini kerana ianya mendorong saya untuk melakukan sesuatu yang lebih bermanafaat berbanding membincangkan perkara-perkara negatif berkaitan politik negara yang telah mengwujudkan sikap negatif pada diri saya sendiri. Boleh kongsi sedikit berkaitan perkara itu?

    bent

  9. sue... Says:

    saya sangat suka ngan rungan ni…sbb bnyk motivasi yang diberi…

  10. sue... Says:

    ruangngan ni sangat best…

Komen? Pendapat?