Masalah Sebagai Motivasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Good morning! Saya sungguh bersemangat hari ini.

Kali ini saya berkata mengenai masalah sebagai ‘booster’ motivasi. Kadangkala kita sentiasa merasa yang masalah yang melanda diri kita tak pernah surut, bahkan datang satu persatu.

Masalah sebenarnya boleh dijadikan faktor pencetus motivasi. Jadikan masalah tu sebagai pemangkin semangat Anda untuk berusaha menyelesaikannya lalu membina hidup yang lebih baik, yang senang dah tenang. Setiap orang ada masalah, namun apa yang membezakan adalah respon minda, emosi dan fikiran pada masalah-masalah yang muncul tiba-tiba.

Ada orang bila di timpa masalah, tiba-tiba rasa sungguh tertekan, stress dan buntu. Terasa bagaikan bangunan 13 tingkat tu sesuai untuk cuba melakukan ‘bunjee jump’ stail Ghost Rider terjun dari atas bangunan tinggi dengan kepala botaknya yang menyala.

Ada orang yang tenang, relaks dan yakin. Mereka menganggap masalah sebagai cabaran lalu berusaha sedaya upaya menyelesaikannya, bahkan yakin ada hikmah disebalik masalah tu. Mereka mencari nilai-nilai positif dalam segenap aspek.

Saya juga punya masalah tersendiri, namun saya menjadikan setiap masalah yang timbul sebagai cabaran, bukan masalah. Misalnya, paip air yang rosak, saya jadikan cabaran dalam minda saya lalu saya tuliskan di atas kertas sebagai “Cabaran Membaiki Paip Air”.

Kemudian di bawah tajuk tu saya tuliskan ” Apa yang boleh aku buat untuk selesaikannya?”. Then, saya relaks. Kemudian, beberapa idea timbul.

Cepat-cepat saya tulis idea-idea tu di atas kertas, saya buat macam stail ‘bullet list’. Selepas itu, saya bertindak mengikut idea-idea yang telah saya tulis tadi.

Masalah boleh menjadi motivasi bila Anda dah malas, dah tak nak jadi orang yang sentiasa bermasalah dan bila Anda sudah muak menjadi orang yang sentiasa dirundum masalah. Ada kawan saya berkata, dia tak nak lagi hidup dalam masalah, biarlah dia bermasalah sekarang ini, bukan di minggu depan, bulan depan atau di tahun depan, sebab dia dah naik ‘fed-up’ dengan masalah. That’s the spirit!

Dalam hidup, kita sentiasa ada dua pilihan, sama ada positif atau yang negatif. Jadi, pilih yang positif, yang bahagia, yang ceria dan yang gembira. Konpom tak rugi punya, semua kerja ’smooth’ saja jadinya.

Sebab, Anda lebih MUDAH buat apa saja dan selesaikan apa saja masalah bila Anda berada dalam emosi ceria, gembira mahupun bahagia!

- shueqry -
all for one, one for all.

Share This Post

One Response to “Masalah Sebagai Motivasi”

  1. Raymond Says:

    Kita hanya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui ketenangan.

    Kalau hati tak tenang, kita mungkin akan merunitkan sesuatu masalah.

Komen? Pendapat?