Matlamat Dan Kekuatan Diri

Salam buat pembaca iMotivasi, terima kasih sebab masuk ke blog ni.

Hanya sedikit perkongsian dari saya, selepas ini di susuli dengan review sebuah buku tulisan Azizi Ali, a handbook actually beserta dengan tips membina mindset kejayaan yang akan saya kongsikan secara bersiri, tujuh siri kesemuanya, dikumpulkan dari bahan-bahan bacaan saya.

Ganjilnya, handbook ni cepat tul abis di kedai buku. Nama Azizi Ali dan menjadi jenama tersendiri yang sememangnya ‘laku’.

Syukur baru kali ni saya ada peluang rembat buku ni, nasib baik masih ada stok walaupun tinggal satu. Rahsia di dalamnya menjadi igauan minda saya berbulan lamanya.

Ramai pembaca iMotivasi yang merasa ganjil dengan saya. Apa yang nak diherankan dengan saya?

Saya hanya seorang blogger motivasi yang bekerja di siber kafe, then aktif bersukan.
Dalam apa jua yang saya lakukan, saya akan letak matlamat lalu berusaha keras mencapainya, walau dengan apa cara halal sekalipun.

Saya dah set matlamat dalam kerjaya, matlamat untuk blog saya, matlamat dalam sukan lumba basikal yang baru saya ceburi dan matlamat kewangan peribadi dalam tempoh tujuh bulan dari Jun 2008.

Anda bagaimana? Apa target Anda?

Apa matlamat yang Anda set untuk diri Anda? Apa yang Anda sanggup lakukan?

Saya hanya mengikuti orang-orang berjaya yang saya telah kaji sikap mereka. Dari analisa saya, mereka keluar dari zon selesa dan berubah menjadi orang luar biasa, melakukan perkara unik yang jarang dilakukan oleh ramai orang di sekeliling.

Ia memerlukan kekuatan, sebab itu saya menukar motto peribadi saya ke LiveStrong. Saya jadi bersemangat tiap kali mengucapkannya di dalam hati.

Anda perlu tahan mental menahan segala dugaan, cacian, makian dan kata-kata negatif. Bukan sekadar sabar, bahkan lebih dari itu.

Untuk Anda pula, apa motto diri yang boleh menaikkan semangat Anda?

Mulai saat ini, set matlamat, kemudian upgrade hidup Anda menjadi lebih luar biasa!

Share This Post

8 Responses to “Matlamat Dan Kekuatan Diri”

  1. Anonymous Says:

    saya tak tahu ape matlamat hidup saya dan tak tahu macamana nak tetapkan matlamat.
    saya cuma hidup kerana saya hidup.
    macamana saya nak tetapkan matlamat tersebut.

  2. kardini Says:

    sy sndiri keliru dng mtlamat idup sy…..mash gusar n kabur…….

  3. Donny km Says:

    matlamat saya ingin menjadi seorang pengurus di tempat kerja saya di penang bermula 11 sept 08.
    sekarang ni saya sakung-sakung saja bah!

  4. Ani Says:

    Saya sedih pula fikir tentang Anonymous…kerana dia hidup sebab dia hidup.Tak kan teruk macam tu sekali kot….Memanglah kita hidup kerana dilahirkan olih ibu kita.Menyesal kah anda dilahirkan kedunia ini?Berterima kasihlah kepada ibubapa kita kerana beri kesempatan kita menikmati hidup didunia ini.
    Bukan senang nak senang tapi tak susah nak susah.Belum terlambat untuk Anonymous untuk berubah fikiran.Berapa umur anda? Saya yang hendak bersara ni masih ada matlamat …..tak kan
    anda masih muda kot? sekurang2nya jadi insan yang soleh.Anak yang berjasa pada ibubapa.Buat kerjaya
    mengikut kemahiran dan kemampuan anda.

    Seterusnya anda pasti ada matlamat hidup sendiri.
    Jadilah apa sahaja yang anda citakan asalkan anda
    tidak lupa diri dan Tuhan.Cintai diri anda sebelum mencintai diri orang lain.

  5. shy nuryn Says:

    assalamualaikum…
    sy seorg pelajar kat sbuah ipta tmptn..sy ada mslh yg sy rsa smpai skrg xde pnghujung..sy tnggung derita sorang2 n no one knows what it feels like..sy teringin nk luahkan suma yg terpendam tp sy tahu dan sy sedar..siapalah yg sudi nk mndgr luahan hati sy ni..n sy xtau kat mna saluran utk sy lpaskan smuanya n finally sy jmpa ruangan ni…

  6. shy nuryn Says:

    sy ada mslh ttg pgaulan dlm khidupan seharian..sy xde kwn..sy xpndai bgaul dgn org…sy rsa kesunyian sgt2..bila sy start nk mulakan pkenalan ngan seseorang..sy dapati yg mereka mcm bosan sgt dgn sy..tiap2 hari sy tgok org lain ada kwn baik..ada teman utk borak..n do something good together…tp..sy sorang2 je..bkn sy xnak bergaul dgn org..tp org sekeliling yg xdpt nk trima sy..xnk kwn ngn sy..kdang2 sy terfikir btapa hinanya sy ni..dr segi fizikal..sy ok..cuma sy ni jnis yg mmbosankn..blla sy bckp..xde org yg akan respon atau tnjuk minat terhdp apa yg sy ckp..hny ALLAH sja yg tau btapa sy rsa rndh diri..hina..n tersisih skali..tlg la sy..sy tau mslh sy ni ssh nk di betulkn but sy juz nk dgr kata2 nasihat..yg blh mmbina kekuatan diri sy utk teruskan hidup mcm org lain wlu apa pn terjadi..

  7. zai Says:

    shy nuryn,
    jangan cepat merasa rendah diri.Mungkin anda memerlukan sedikit masa untuk memperbetulkan diri anda.Sebagai permulaan,mungkin anda boleh bertanya pada keluarga anda sendiri apa yang kurang tentang peribadi anda.Komen dari keluarga sendiri biasanya ikhlas. Kita boleh terima dan cuba memperbaikinya jika perlu.Cuba cari majalah yang memberikan tips dalam pergaulan.Selamat mencuba.

  8. umar Says:

    Shy,
    Umar bersimpati dengan perkara yang berlaku pada shy dan pada pendapat umar, apa yang shy perlu buat sekarang ini adalah memanggil seorang rakan yang dah lama kenal shy dan selalu menjauhikan diri dari shy nthen tanya rakan tersebut perkara apakah yang membuatkan mereka selalu menjauhi diri dari shy. InsyaAllah rakan tersebut akan memberikan jawapan yang ikhlas kerana pada pendapat umar musuh kita adalah orang yang akan memberitahu perkara dengan ikhlas tentang diri kita kepada kita kerana mereka tidak akan menjaga hati kita sekiranya ianya tersinggung atau tidak. Sekiranya boleh, shy panggil 2 atau 3 orang rakan yang lain dan buat perkara yang sama. Bila dah kenal pasti kelemahan tersebut, cuba tanganinya sebaik mungkin. InsyaAllah akan berjaya… Banyak2kan lah berdoa…

Komen? Pendapat?