Melepaskan Kenangan Pahit

Saya agak heran bila ramai orang bertanya cemana nak lupakan kenangan-kenangan pahit yang lalu. Jawapannya cuma satu, lupakan habis!

Memang nampak macam kebudak-budakan, tapi itulah cara yang paling mujarab. Sebaik-baik cara nak let go satu kenangan buruk, adalah dengan melupakannya selupa yang mungkin. Namun, tak semua orang dapat melakukannya dengan baik.

Lupakan saja. Selepas itu, fokus fikiran pada apa yang Anda usahakan di masa kini dan matlamat yang Anda mahu capai Anda di masa hadapan.

Jangan sesekali mengingat masa lalu, kerana berbuat begitu sentiasa menghalang Anda dari berusaha serajin mungkin mencorak kejayaan diri sendiri. Motivasi Anda akan menurun dan Anda jadi kurang bersemangat, lebih-lebih lagi bila berdepan dengan cabaran getir.

Kerap kali bila kita cuba mengingat masa lalu, akan muncul bayangan di minda seperti sebuah paparan video, imej atau wayang gambar. Cara nak melupakan kenangan ni, adalah dengan ‘memadam’ bayangan tersebut step by step, perlahan-lahan.

Bayangkan kenangan tersebut menjadi kabur, seperti siaran tv yang menjadi kelabu, menjadi semakin kurang jelas dan hanya dipenuhi garisan-garisan hitam. Bayangkan seolah-olah ia menjadi semakin malap, malap, jadi makin malap lalu akhirnya lenyap.

Latih diri Anda melakukan teknik ini, lama-kelamaan minda Anda akan terbiasa lalu dapat melupakan memori pahit masa lalu. Tapi, teknik ini memerlukan ketahanan emosi.

Anda perlu banyak bersabar. Latih diri untuk jadi orang yang benar-benar penyabar, kerana sabar itu adalah salah satu sikap orang-orang bijak dan orang-orang cemerlang.

Orang-orang cemerlang tahu mengawal emosi dan tahu mengawal apa yang bermain di fikiran mereka. Berubahlah menjadi seperti mereka.

Hijrahkan diri ke arah kejayaan masa depan!

Share This Post

9 Responses to “Melepaskan Kenangan Pahit”

  1. sue Says:

    Assalamu’alaikum..
    Q:- Kdg2 walau mcmana kita cuba utk lupakan segala rasa perit pengalaman pahit yg kita pernah lalui..tp dek kerana setiap masa kita berdepan dgn suasana atau org2 yg mengingatkan kita pada semua kisah2 yg tak best tu..patut atau tidak kita ‘melarikan’ diri seketika ke tempat dan suasana di kelilingi kelompok org2 yg baru,utk membantu melupakan pengalaman pahit tu?sbb ada yg menyamakan itu dgn ‘tak dapat terima hakikat’ atau ‘cuba lari dari kenyataan’..sedangkan ketenangan dalaman yg kita perlukan hanya kita saja yg tau..macamana ye..?

  2. Thinkerich Says:

    Sue,

    Manusia adalah makhluk yang beremosi…dan setiap apa yang kita lihat, dengar, bau , rasa dan sentuh boleh memberi kesan jika kita terus benarkannya bermain dalam minda dan emosi kta…

    Manusia ini unik dan memiliki cara penyelesaian yang berbeza-beza di antara satu sama lain.

    Jika anda merasakan tindakan untuk lari dari situasi yang kurang menyenangkan, itu TERSERAH kepada anda.

    Dalam HAL ini, yang ingin selesaikan kenangan/masalah adalah diri anda dan bukannya orang lain…

    “Jangan Terlalu Memikirkan Apa Yang Orang Akan Katakan Pada Anda!”

    sebaliknya,

    “Fikirkan Apa Yang Terbaik Untuk Diri Anda”

    Semoga berjaya!

    Salam Kekayaan,

    THINKERICH
    http://www.PemikirKaya.com
    Motivasi : Kekayaan ,Kewangan & Peribadi

  3. imart Says:

    yup..mmg berkesan.sy telah cuba pun..
    mula2 mmg payah…
    klu tringat tiba2..cepat2 fikirkn bnda lain..fikirkn impian kita…tolak sume kenangan pahit dr screen lam otak kita tu..

    Kena sllu ckp dlm hati ‘aku nk jd org yg happy’…happy go lucky…
    And ia akn bg kesan kt kita…

  4. taben69 Says:

    er…saya bukannya aper..masalah mahu melupakan masalah lampau ader sedikit problem…masalah bole lupa tapi masalah sayer nie bila nampak “orang tu” masalah tu datang balik…so cam susahlah…saya dah jumper orang tu dan terangkan apa sebenarnya berlaku dan minta maaf kalau benda berpunca dari sayer tapi aper yang belaku sebaliknyer…sayer pulak dipersalahkan…kener tengok pun tidak…so meluat sayer bertambah2…masalahnya dia tu hanya dengar sebelah pihak jer…yang saya marah sangat2 nie dia tabur fitnah kat kekawan yang lain…nasib baik kekkawan yang lain kenal ngan sayer…siapa sayer…dan dia nie pulak orang baru tpt saya…hingga skg sayer lihat dia masih ego lagi…saya tegur baik2 n bagi salam dia tengok atas…mcm susah lah nak kompromi org cam nie…

  5. Nur Aizudin Says:

    Buatlah sesuatu yang agak extreme seolah2 anda rasa, “ada gak hikmah aku sekian2,kalo x aku x kan terfikir nak sekian2″.
    Lagi satu kenangan pahit nie lebih kepada pencalaran rekod bersih seseorg.So buat lah falsafah,alang2 aku dah sekian2,baik aku sekian2.

  6. ARA Says:

    saya dh hmpr sthun ptus cinta yg terjalin hmoir 4thun,namun smpai sekrang tk dpt lupakan…sy dh cuba plbagai cra nmun ttp tk dpt lupakan…kdg2 ia mnjdi pnca untuk sy mnjd muram stiap hri dan menangis…tlgla bg sy pndapat dan nsihat…..

  7. Bartholomeus Badar Says:

    Pengalaman hidup memang sulit dilupakan, apalagi perlakuan seseorang yang membuat kita sakit hati. Tatkala kita membayangkan peristiwa tersebut maka otak besar dan emosi kita bekerja dan membuat amarah dan sakit hati menggoncang pribadi kita. Tapi manakala kita menggunakan mata hati dan berpasra serta bersyukur pada Sang Pencipta maka suasana hati menjadi teduh dan kehangatan kasih mengalir menyelimuti pribadi yang rapuh ini. Pastikan dalam diri bahwa semua peristiwa hidup ada dalam rencana dan karya agungNya. God bleas you and fammilly to success.

  8. ipk-medya Says:

    byk mslh yg sy hadapi n kdg2 mgngu fkrn juga.. klu trllu trtkn sgt smpi mpu gngu emsi..mg pyh nk hndle gejla gnguan emosi ne…jln trbaik gn pndm aje

  9. ipk-medya Says:

    perlu o ptt ker kte pndm..?? klu nk diiktkn mg x baik lnsg tp xda tmpat yg sesuai tk diluahkan la..

Komen? Pendapat?