Mengapa Mesti Ada Dugaan?
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda?
Kali ini saya berkata tentang mengapa dalam hidup kita mesti ada dugaan, mesti ada masalah dan mesti ada cabaran,walaupun kita tak pernah minta.
Walau apa jua masalah, musibah dan malapetaka yang melanda Anda, jangan mudah menyerah kalah dan hanya tahu menyalahkan nasib. Ini dugaan dari Tuhan, untuk menguji sejauh mana keimanan kita dan supaya kita menjadi lebih kuat menghadapai segala cabaran yang mendatang di masa hadapan.
Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Dalam kesusahan ada kesenangan dan kesusahan tu mengajar kita untuk menjadi seorang yang kental, kuat semangat dan tabah . Orang-orang yang kuat berusaha dijanjikan kejayaan dan kesenangan, mereka berhak menerimanya kerana telah mencuba sehabis daya.
Mengapa mesti ada dugaan dalam hidup? Ia untuk mematangkan, mendidik dan membuat kita berkembang dari segi mental, spiritual dan jati diri. Tanpa dugaan hidup, takkan ada adventure, kematangan dan ‘next level’ dalam perjalanan hidup kita.
Dugaan muncul dalam segenap aspek, tak kira kecil atau besar, ia memang akan tetap ada. Tak kira dalam kewangan, pekerjaan mahupun perhubungan.
Kita takkan terlepas dari buat silap, tapi dari kesilapan itu, kita belajar sesuatu yang mungkin takkan kita jumpa bila hidup kita asyik senang tanpa sedikitpun cabaran. Otot tubuh badan kita, jika dilatih akan menjadi semakin kuat.
Ini sama juga dengan ‘otot’ dalam diri kita, iaitu minda, spiritual, jiwa dan roh kita. Semakin dilatih, semakin kuat.
Dugaan dan cabaran dan masalah datang untuk ‘melatih’ jiwa kita menjadi semakin kuat, sepertimana otot fizikal yang ada pada tangan, kaki kita. Kesannya, Anda jadi matang, bijak dan mampu membuat keputusan dengan berhemah, bukan yang kelam kabut, panik atau bingung.
Jadi, jangan sesekali menyerah kalah pada masalah. Mesti ada cara untuk menyelesaikannya.
Anda hanya perlu berusaha dan yakin dengan petunjuk Yang Maha Esa. Lihat orang-orang yang berjaya, mereka tak pernah menyerah kalah bahkan tak nak menyerah kalah, tapi merubah strategi untuk menang bila berdepan masalah.
Sesusah susah Anda, ada lagi orang yang lebih susah dari Anda. Bersyukur dan berusaha memajukan diri adalah 2 perkara terbaik yang patut Anda lakukan sekarang ini. Akhir kata, jangan jadikan masalah sebagai penghalang kemajuan diri.
Di bawah ni saya selitkan klip video untuk inspirasi. Moga ia membangkitkan semangat dan memberi motivasi.
Be Strong!
- ShueQry -
all for one, one for all.
p.s. : Saya juga menghadapi masalah sekarang ini, saya jadikan video Lance Armstrong sebagai ‘booster’ motivasi. Saya menontonnya berkali-kali, terutama part “this is my body and i can do whatever i want to it” ia membuat saya bersemangat !
Motivasi Lain Yang Berkaitan
Lance Armstrong - Inspiration
Life - A Daring Adventure Or Nothing
Ada Apa Dengan GAGAL
Jika Gagal, Bangkit!
Keluar Dari Masalah
Cara Najmi Bangkit Dari Kegagalan
10 Rules To Live By
Gapai Kejayaan Dalam 5 Langkah
Jana Wang Dengan Minat
Recomended Blog !
SKOR Career.com
Sumber maklumat pekerjaan, peluan kerja dan bidang kerjaya
http://skorcareer.com.my/blog/
August 28th, 2007 at 6:55 pm
Menurut Anthony Robbins (entah kenape aku menggila-gilakan beliau sejak kebelakangan ini) masalah tetap muncul tak kira kita nak atau tidak sebab kita memerlukannya.
Ia merupakan surprise dalam hidup kita. Cuma surprise yang baik, kita panggil surprise manakala surprise yang buruk kita panggil masalah.
August 28th, 2007 at 7:30 pm
Saya juga amat minat denagn Anthony Robbins, semua bukunya saya dah baca!
Hehe .. tak sangka minat sama ngan Raymond!
Satu hari nanti saya mahu terapkan stailnya dalam indistri motivasi Malaysia, sebab tak ada lagi orang yang bawa stail serupa ..
August 29th, 2007 at 11:32 pm
Askm Shuq, Ktom setuju sgt dgn pendapat Shuq tu. Dugaan akan mematangkan kita. Dugaan akan mengasah minda kita utk berfikir .
Hehehe Raymond, awak ni memang ada2 je….kini baru ktom tahu bahawa ada suprise buruk dan suprise baik…hehehe
August 30th, 2007 at 10:58 am
Hi Ktom,
Benda-benda surprise ini, Anthony Robbins ada kongsikan dalam video di blog saya. Banyak lagi yang beliau kongsikan.
August 30th, 2007 at 11:00 am
Shueqry,
Ingat undang saya masa tu. Kalau boleh, saya nak bawa satu keluarga pergi dengar seminar Shueqry lah.
Itupun kalau saya dah berumahtangga.
Rumah dah ada walaupun sewa punya.
Tangga? Belum beli lagi.