Mentaliti Mahu Senang Dan Mahu Cepat

Mentaliti yang tak membuat kebanyakan orang berubah menjadi cemerlang adalah :

1. Cepat mahu senang
2. Hasil mahu cepat

Mengejar kejayaan, tidak ada jalan singkat, tidak ada jalan sotkat (shortcut). Jika ada, mesti sudah di temui sejak zaman Napolen Hill dan sudah tentu ramai orang akan berjaya dalam apa jua yang di ceburi olehnya.

Ada juga sesetangah orang, bila sudah memulakan sesuatu, dia nak hasilnya cepat. Usaha baru mula, dia cukup kecewa bila apa yang diinginkannya tak menjadi, sebab dia terdesak nak hasil dalam masa singkat!

Oleh kerana kecewa, dia meninggalkan apa yang diusahakannya lalu mencari sumber lain, alternatif lain, pilihan lain. Kesannya, wujud mentaliti lompat sana, lompat sini.

Akhirnya satu apa tak menjadi.

Kejayaan dalam pelajaran, kerjaya dan perniagaan memerlukan kesabaran dan usaha berterusan. Bukan hanya sekadar mindset, tapi lebihkan pada ‘action’, iaitu tindakan.

Jika belum bermula, tanya diri Anda apa yang boleh Anda lakukan untuk mencapai matlamat Anda.

Jika sedang bermula, tanya diri Anda cara apa lagi yang Anda boleh gunakan untuk menjadi semakin hampir dengan matlamat Anda.

Jika sudah bermula dan pernah gagal (atau dah berkali-kali gagal), gariskan langkah bagaimana Anda boleh bangkit semula, juga cara bagaimana untuk mengatur strategi lebih baik, supaya Anda boleh ambil langkah yang lebih memberi kesan dari yang sebelumnya.

Elak mentaliti terlalu nak senang dan nak sangat cepat dapat hasilnya. Dalam kehidupan sebenar, takkan ada software yang membuat semuanya automatik dan takkan ada perisian yang menjadikan hasil datang dengan cepat.

Biarlah kita usahakan sesuatu bermula dari sekecil-kecil usaha, kemudian dengan penuh kerajinan, istiqamah dan tawaduk, kita teruskan sampai benar-benar berhasil. Bersungguh-sungguhlah walaupun payah.

Muhasabah diri Anda hari ini. Jika Anda ada mentaliti asyik mahu senang dan mahu cepat, maknanya Anda perlu berubah.

Share This Post

3 Responses to “Mentaliti Mahu Senang Dan Mahu Cepat”

  1. nurashikin1969 Says:

    Assalamualaikum Shueqry, sokong 100% di atas segala kenyataan di atas.

    Mentaliti asyik mahu cepat senang dan mahu cepat itulah yang menjadikan segala jenis skim cepat kaya dan pelaburan yang menjanjikan pulangan segera amat laris di pasaran. Namun ibarat pepatah barat “Easy Come Easy Go”, demikian juga kesudahan kesemua skim tersebut.

    Dalam alam semulajadi kita, lihat saja contoh pokok taugeh. Ianya sejenis sayur yang paling cepat dan senang untuk diproses bermula daripada biji kacang hijau sehinggalah sedia untuk dijual berbanding sayur lain. Cubalah ambil satu pokok taugeh tadi dan patahkan, ianya amat rapuh dan terkadang hancur pula.

    Mungkin begitu juga lah hasil kerja yang mahu cepat senang itu, tidak dapat bertahan lama seperti sang pokok taugeh tadi. Wallahua’lam.

  2. ruza Says:

    Askm,
    kata-kata hukama:
    ’siapa yg beramal utk akhirat,Allah akan cukupkan urusan dunianya.’Tip kali ini:
    Insyallah disamping berusaha ,perbanyakan wirid wirid asmaulhusna yg sesuai utk kejayaan kita.Mudah-mudahan Allah bantu kita beramal dan istiqamah. Yakinlah Allah sentiasa bantu kita selagi niat kita betul.
    HADITH:
    jika Allah kasih pada sesaorang hamba maka di sibukannya dgn zikir dan ingat kepada Nya.
    Amin

  3. Shueqry Says:

    Wah!

    kak Shikin ada sini :D

Komen? Pendapat?