Menunjuk Atau Mengejar Matlamat

Saya kongsikan perbandingan di antara sikap menunjuk dan mengejar matlamat. Sebab semasa berlatih tiap hari di kolam renang tahun lalu, saya selalu melihat kedua-dua sikap ini.

Orang yang baru pandai berenang, ramai yang saya lihat dah berlagak kononnya dia laju berenang, pantas dan nafasnya tahan. Lalu, terpamer sikap bangga di air mukanya. Sedangkan kami yang menjadi atlit renang, separuh mati berlatih mengejar matlamat yang diset oleh coach.

Sikap menunjuk ada pada orang yang suka memperlihatkan kemahiran dirinya, di mana dia merasa lebih dari orang lain. Dia mahu memberitahu bahawa dia seorang yang hebat dan tiada siapa boleh melawan.

Manakala sikap mengejar matlamat ada pada orang yang tekad mahu mencapai kejayaan. Dia menulis matlamat,membacanya, mengingatnya dan selalu memikirkannya siang malam, walaupun telinganya di masuki air ketika berenang.

Biasanya orang yang mengejar matlamat tak ada sikap nak menunjuk-nunjuk kerana dia cuma mahu mengejar matlamatnya, itu saja. Dia dah ada kemahiran lebih dari sekadar menunjuk. Dia tak akan terfikir nak menunjuk sebab dia terlalu sibuk berfikir bagaimana caranya dia boleh mencapai matlamat.

Orang yang suka menunjuk, kehebatannya takkan kekal lama kerana akan muncul orang lain yang lebih hebat darinya. Kemudian, dia sedar dirinya dah kalah lalu berhenti mencuba menyaingi kehebatan orang yang baru muncul tu.

Dia seboleh-bolehnya akan berlalu pergi, sebab malu.

Orang yang mengejar matlamat, semakin jadi bersemangat bila terlihat ada orang yang lebih hebat, lebih kuat, lebih laju darinya. Dia akan sedaya upaya menyaingi kehebatan orang tu, bila dia merasakan dirinya masih belum hebat hebat lagi, dia makin kuat berlatih supaya menjadi semakin hebat, setaraf orang yang dia saingi, kalau boleh lebih hebat lagi!

Buang sikap berlagak dalam diri Anda. Jika pandai berenang, buang sikap berlagak yang Anda pandai berenang, tapi set matlamat bagaimana Anda mahu jadi cergas dengan sukan renang.

Jika Anda pandai komputer, tahu banyak pasal komputer, tahu buat virus, bijak hack password orang, jangan berlagak yang Anda tahu segalanya tentang komputer ataupun mengumukan yang Anda adalah seorang Hacker tetapi fikirkanlah bagaimana Anda boleh membantu orang lain dengan kemahiran Anda tu.

Ataupun, cari cara bagaimana Anda boleh memajukan diri dalam bidang komputer, set target yang Anda mahu capai dan belajar sedalam mungkin tentang komputer.

Elak dari sikap menunjuk, kerana Anda akan jadi malu bila muncul orang yang lebih hebat daripada Anda. Anda akan lebih bermotivasi bila Anda lihat, baca dan fikir matlamat yang telah Anda tulis. Menunjuk-nunjuk hanya akan membuang masa, merugikan diri sendiri.

Share This Post

Komen? Pendapat?