Mesti Jadi Pemurah
Dari kajian saya, ramai orang-orang berjaya percaya, mereka mesti jadi pemurah. Ada dua sebab utama mereka berbuat begini…
1. Membantu orang lain dari segi kewangan, moral dan kehidupan
2. Supaya jiwa mereka tak dikuasai wang
Mereka menjadi pemurah, sebagai tanda kesyukuran pada nikmat Tuhan yang menjadikan mereka berjaya. Justeru, lahir rasa tanggungjawab membantu orang lain, membentuk ahli masyarakat supaya jadi berjaya seperti mereka juga.
Namun, paling ketara, mereka sanggup jadi pemurah kerana percaya banyak lagi yang mereka ada untuk dibahagikan pada orang lain. Mereka percaya sumber mereka takkan pernah habis, selagi mereka terus menerus rajin memberi.
Sumber-sumber yang dimaksudkan adalah ilmu, tenaga, kuasa, pengaruh dan wang ringgit.
Jika kita mahu berjaya, mulakan dengan sikap suka memberi, rajin memberi, ikhlas tanpa mengharap balasan.
August 18th, 2008 at 10:46 am
Sikap pemurah itu sebenarnya adalah anak kunci kepada rezeki yang melimpah ruah. Salah satu nikmat utama bila rezeki melimpah ruah itu kita dapat adalah jiwa kita akan sentiasa cukup dengan apa saja yang ada. Wallahua’lam.
August 18th, 2008 at 4:14 pm
Askm,
bila kita berkira dgn makhluk Allah,
nanti rezeki kita pun Allah kira(catu) hehehe…
August 18th, 2008 at 10:05 pm
Menarik ulasan Ruza itu
Pedas tapi memang benar 
August 19th, 2008 at 8:51 pm
Assalammualaikum,
the more we give, the more we get. cuma 3 perkara yg takkan putus selepas kita mati; ilmu yg bermanfaat, amal jariah dan anak yg soleh. dan ingatlah kalau kita ingat Allah ketika susah, Insyaallah Allah akan ingat kita pada hari susah kelak.