4 langkah asas menarik kemahuan Anda menggunakan minda separa sedar
Dari beberapa buku kuasa minda separa sedar yang saya baca, untuk kita mencapai sesuatu, kita kena membayangkannya selalu di minda. Kita kena melihatnya sebagai perkara yang dah benar-benar berlaku sekarang ini.
Jika Anda selalu baca blog Irfan Khairi dan membaca bahagian belakang bukunya bertajuk Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar, Anda akan terjumpa saranan yang sama. Irfan Khairi menyarakan kita untuk membayangkan kemahuan kita selalu seolah-oleh ia dah berlaku sekarang.
Untuk benar-benar merasai kesannya, Anda perlu:
- Membayangkan kemahuan Anda sejelas mungkin.
- Â Membayangkannya dengan kerap, rasainya seolah-olah ia dah berlaku di saat ni.
- Mengekalkan bayangan imaginasi tu sejelas mungkin, selama mungkin.
- Bercakap-cakap mengenainya dengan diri sendiri.
Sebagai latihan, berlatih membayangkan perkara-perkara asas dulu.
Bayangkan perkara-perkara asas yang Anda mahu – mungkin Anda mahu mendapat tempat duduk ketika menaiki dalam bas yang sesak dipenuhi penumpang yang ramai.
Cara untuk membuat minda separa sedar menarik kemahuan Anda adalah membayangkan Anda mendapat tempat duduk dengan senang sekali selepas Anda menaiki bas selepas Anda nampak sebuah kerusi kosong. Mainkan bayangan minda ni sekerap mungkin, pancarkannya di minda selama mungkin.
Contoh lain, mungkin Anda mahu sampai awal di tempat kerja.
Cara untuk membayangkannya, bayangkan suasana situasi sepanjang perjalanan ke tempat kerja. Bayangkan yang mana suasana jalan raya jadi tiba-tiba jadi ’smooth’ tanpa sebarang kesesakan. Bayangkan Anda keluar dari rumah, memandu kereta kemudian setiap kali sampai di lampu isyarat, lampu merah cepat bertukar menjadi lampu hijau. Rasai emosi Anda ketika itu, hadirkannya seolah-olah ia dah berlaku.
Bayangkan perkara tu banyak kali.
Bayangkan dengan relaks, dengan selamba. Minda kita lebih efektif bekerja di kala kita berada dalam emosi ketenangan. Minda kita akan menjadi kurang efektif jika kita membayangkan sesuatu dalam emosi desakan.
Semakin relaks Anda, semakin efektif minda separa sedar bekerja mengatur situasi, orang perseorangan serta perkara-perkara untuk ditemukan dengan Anda. Anda akan berjumpa situasi-situasi kebetulan serupa dengan apa yang Anda selalu bayangkan.
Semua ni berlaku di luar pengetahuan kita.
Kerja kita cuma membayangkan selalu apa yang kita mahu. Selebihnya akan mengikut sendiri selepas tu. Berlatih dulu menari perkara-perkara asas sebelum menarik perkara-perkara yang lebih besar.
Pada peringkat pertama Anda melatih minda Anda membayangkan perkara-perkara di atas, ia akan jadi sedikit sukar. Anda akan merasa kekok. Itu petanda, minda Anda belum seberapa biasa. Teruskan mengimajikasikan kemahuan-kemahuan Anda. Lama-kelamaan bila Anda sudah biasa berlatih, Anda akan perasan Anda cepat menarik apa yang Anda fikirkan tanpa Anda sedari.
tahniah article yang tuan sampaikan sangat membantu hidup saya…amin
agk2nya mmg berkesan ker??
Awak ragu-ragu ek? Tak berkesan la tu. Syaratnya, kena buang keraguan, kesangsian dan sikap skeptik.
cm mane kalo kter selalu bayangkan tapi x menjadi?…
membayangkan seperti mengharap perkara tersebut terjadi
klu slalu berharap kan nanti akan kecewa..
sedey tau,klu asyik membayangkan tapi x menjadi…lebih2 lagi mengharapkan sesuatu yg blum pasti..mcm pasangan hidup
Jadi, cara cemana yang awak mahu?
My friend, sebab itulah cuma sedikit orang leh kuasai cara ni. Because they have FAITH. Mereka percaya pada benda-benda yang tak nampak, gelombang minda dan tenaga kosmik yang berlegar di sekeliling alam.
Grow up! You got a lot more to learn.
alhamdulillah, kuasa minda separa sedar ni amat berguna..
dulu, mula-mula belajar tak caya gak, pastu bila dah lama-lama latih, hidup kita jadi lebih best..macam teratur je semua..=)
thanks ShueQry..artikel2 yg dahulu mengenai minda separa sedar amat berguna..
terima kasih mas atas infonya
yela…klu ape yg d katakn oleh hafizulfaiz 2…klu ari2 bygkn bnda 2 n bckap tntg hal 2 skerap yg mungkin..insyaAllah msti blh jd..yela, klu d fikirkn kata2 kite kn 1 doa??klu ari2 ckp,ari2 doa la…klu 24 jam asyk ckp bnda 2,so 24 jm doa la..kn??insya Allah bnda ni pun melatih kite utk x putus asa berdoa…smoga kite smua dpt ape yg d hajati yer!!!gud luckssss utk saya n kite smua…amin…
hosnetly said, saya bukanlah seorang yang kuat beragama. Tapi sejak mula jadi pembaca setia blog ni hati saya tertarik dengan hal-hal agama. Sebab, saya nampak sendiri orang beragama ni hidupnya bahagia, gembira dan tenang saja.
Dari pengalaman sendiri, saya mengakui fikiran kita ni adalah satu bentuk doa. Lebih banyak kita berfikir pasal sesuatu, samalah macam kita mintak supaya ia di datangkan pada kita.
Thanks AkuCun, saya hepi baca komen awak.
Salamelekom, wbt duhai adikku akucun. Terdorong pula saya melakarkan secebis contengan hari ini di sini. Pastilah selepas meneliti ukiran daripada adikku akucun. Ditambah pula oleh adikku Lis yang Cantik Menawan. Apa lagi, bersemangatlah jadinya.
Izinkanlah saya berbicara seketika ini agar minda dapat menafsirnya bersama-sama. Pada saya, “perlakuan” dan “doa” adalah sangat berbeza. Pandangan ini saya luahkan menggunakan minda yang sedar sepenuhnya OK!
Perlakuan adalah merujuk pada apa yang dilakukan oleh setiap daripada kita. Ianya meliputi kesemua gerak langkah yang dilakukan oleh tubuh badan dan didorong oleh hati seterusnya jiwa yang dimiliki. Manakala Doa pula adalah salah satu daripada perlakuan yang boleh dilakukan oleh tubuh badan hasil dorongan hati dan jiwa yang dikuasai. Lebih spesifik lagi, Doa merujuk kepada perbuatan memohon sesuatu kepada Tuhan.
Oleh sebab itu, saya ingin menjelaskannya bahawa setiap yang dilakukan belum tentu merupakan doa, apatah lagi pelakunya hanya menggunakan minda yang separa sedar sahaja sifatnya
Barangkali dia tidak menyedari pun perlakuan yang sedang dilakukannya. Maklumlah, minda yang berfungsi, separa sedar sahaja sifatnya. Seolah-olah pelakunya tidak menyedari apa yang sedang dilakukannya.
Oppsss… Usahlah pula marahkan saya bila berkata begini. Andai tidak dipersetujui, anggap sahajalah saya sedang bergurau-gurau sebenarnya.
Maksud saya, minda separa sedar memberikan tafsiran seolah-olah perbuatan yang dilakukan disedari sebahagian sahaja daripadanya. Kalau tidak, tak kanlah pula separa sedar sahaja mindanya… Katakanlah konon-konon dia sudah mahir menggunakan minda separa sedarnya, itu bukan separa sedar lagi namanya, saya mengatakannya minda yang sedar sempurna. Seratus peratus mindanya sedar sempurna sebab sudah berjaya menggunakan mindanya dengan sebaiknya.
Andai dia menyedari perlakuannya, saya menganggap sebenarnya dia sedang menggunakan minda yang sedar sepenuhnya. Baguslah kalau begitu
Minda yang sedar sepenuhnya akan memaparkan pandangan dari pelbagai dimensi untuk ditafsir di dalam minda menggunakan pelbagai pandangan agar terciptalah mahligai minda yang sempurna.
Bila mana berdoa, nasihat saya, gunakanlah minda yang sedar sepenuhnya. Usah diguna minda separa sedar pula kerana kelak tiadalah ertinya doa yang diminta kepada Tuhan. Maklumlah, dalam keadaan separa sedar, seolah-olah yang berkata-kata bukan daripada jiwa sepenuhnya, barangkali diselimuti oleh selain minda termasuklah nafsu yang kadang kala bertahta di atas minda.
Kalau nafsu mengatasi minda, maka ada kemungkinan sia-sialah perlakuan yang dilakukan. Sungguh! sia-sialah perbuatan yang dilakukan hasil dorongan nafsu semata. Takut-takut nanti, nafsu pula yang lebih berkuasa mengatasi minda, Itulah kekhuatiran saya sebenarnya.
Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Yusuf, 12: 53)
Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri) dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab. (Ar-Rum, 30: 29)
Minda yang separa sedar kebiasaannya diluar kawalan jiwa. Sebab itu saya tidak mahu perbuatan sedemikian berlaku. Nanti lain pula jadinya. Silap-silap boleh jadi gila
Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). (Ya Sin, 36: 9)
Minda sedar sempurna adalah rahsia jiwa yang harus dimengerti agar perjalanan kehidupan ini diketahui ke mana arah haluannya. Sepertimana yang saya ungkapkan sebelumnya, sesiapapun boleh meluahkan doa, tetapi minda sedar harus mengatakan bahawa perlakuan Doa seharusnya dipohon kepada Tuhan Yang Maha ESA, Allah SWT, dan bukannya kepada alam semesta ciptaan NYA.
Usahakanlah bersungguh-sungguh setiap apa yang diinginkan dan usahlah sekadar membayang-bayangkan dalam erti kata lain berkhayal-khayal tak tentu pasal.
Selepas berusaha, berserah sahajalah kepada Allah semoga setiap yang diusahakan menemui kejayaan.
Saya tidak mahu memaksa Anda mempercayai apa yang saya perkatakan di sini kerana minda sedar saya memberitahu bahawa keupayaan minda yang saya ada sekadar dapat memberitahu apa yang saya tahu. Moga-moga minda yang dimiliki akan berfikir mengenainya dan memaparkan tafsiran yang sempurna. InsyaAllah.
Apapun istilahnya, gunakanlah sebaiknya minda yang ada agar setiap perlakuan akan beroleh keberkatan bukan sahaja di dunia, tetapi sehingga ke akhirat nanti.
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (Al-Imran, 3: 14)
Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya. (An-Nisa, 4: 27)
Dan (ingatlah) masa Kami himpunkan mereka semua (pada hari kiamat), kemudian Kami berfirman kepada orang-orang musyrik: Tunggulah di tempat kamu semua, kamu dan makhluk-makhluk yang kamu jadikan sekutu; sesudah itu kami putuskan perhubungan baik di antara mereka dan berkatalah makhluk-makhluk yang mereka sembah itu (sebagai berlepas diri): Bukanlah kami yang kamu puja dan taat (sebenarnya kamu hanya memuja dan mentaati hawa nafsu kamu sendiri)! (Yunus, 10: 28)
Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan agama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya; (Al-Mukminun, 23: 71)
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (Al-Kahf, 18: 28)