Minyak Naik Di Sabah
Salam pembaca iMotivasi, moga Anda makin bersemangat hendaknya.
Balik dari kem Lok Kawi ke Kota Kinabalu saya tertanya sendiri kenapa jalan raya jem dan penuh dengan kereta berbaris panjang.
Mulanya saya menyangka ada berlaku kemalangan atau any road mishap. Agak mencabar berbasikal time kenderaan sesak camni, sebab kebanyakan pemandu berada dalam emosi tertekan dan mereka mudah melakukan kesilapan.
Rupanya kenderaan beratur panjang sebab nak mengisi minyak. Kawasan yang jem di teruk adalah di Putatan, Petagas, Tanjung Aru dan di Kepayan, asal ada stesen minyak memang jem punya, termasuk jalan raya berhampiran rumah sewa saya.
Bila sampai di Centre Point, ekon pula tak ada. Ketika menaip catatan ini saya berpeluh sakan sebab penghawa dingin shooping complex ni rosak .. fuh, laju macam sungai peluh ngalir.
Sampai kat rumah dengan berbasikal dari Lok Kawi, saya hanya ada 17 minit sebelum masuk kerja. Membersihkan badan dua minit, cuci baju dua minit, sembahyang asar lepas tu saya bergegas ke Centre Point sebab saya kena masuk bekerja jam 6 petang hingga 9.30 malam.
Selepas membaca petikan Berita Harian online, baru saya tahu rupanya ramai pemandu di KK panik sebab ada rumours yang kata stesen minyak akan ditutp 3 hari sebagai tanda mogok. Ada juga yang kata harga minyak naik sebanyak RM1 dari kadar yang sedia ada sekarang.
Sejak dari tengari tadi, kenderaan bersesak-sesak di stesen minyak, berharap untuk memenuhkan tangki minyak sebelum harga minyak naik. Beberapa orang kawan saya terpaksa berjalan kaki ke bandar sebab bas tak ada terutama di area Petagas dan Kepayan. Bila ada bas, penuh macam tin sardin!
Nak tak nak terpaksa diorang jalan kaki, lebih kurang 5 kilometer jauhnya. House mate saya terpaksa dari Wisma MUIS ke bandar Kota Kinabalu sebab ketiadaan bas.
Saya minta maaf pada rakan-rakan yang tak terlayan ketika chat di Yahoo Messenger. Buka saja YM saya tu, lebih kurang dalam 40 orang akan berchat live (maknanya lebih kurang 40 chat box akan terbuka!) terutama ketika saya mula masuk bekerja di waktu pagi.
Bila saya bekerja waktu malam, jumlah pembaca iMotivasi yang berchat tak tentu, biasanya dalam lingkungan 30-50 orang sekali chat (maknanya 30-50 chat box akan terbuka!)
Walaupun hampir tak cukup tangan melayan, seronok rasanya dapat kenal ngan ramai orang dari seluruh pelusuk Malaysia.
Dengan adanya Anda, hidup saya jadi lebih bermakna.
Thank you for being here with me..
June 26th, 2008 at 10:00 pm
Huhuhuhu..
Bahayalah kalau stesen minyak mogok..
Mesti jalan sesak gila..
Hari tu masa pengumuman naik harga minyak penuh jalan kat bandar Jasin, Melaka
June 29th, 2008 at 1:03 pm
Sama juga kat sini Zul.
Dari jam 10 malam, kereta bersesak di stesen minyak.