Modelling
Asmkm dan salam sejahtera.. good morning !
salam ceria dan salam hebat luar biasa..
Owh, saya sungguh girang hari ini !
Rahsianya, saya dah set dari malam tadi, saya visualkan diri saya sebagai seorang yang girang dan ceria, dalam masa yang sama berkata dalam hati “esok hari aku seorang yang girang” !
Saya juga katakan pada diri, stress, tekanan dan kemurungan takde kena mengena dengan saya. Well, Anda juga boleh guna cara yang sama, untuk menjadi ceria pada hari ini, setkan pada hari sebelumnya, lebih baik, pada malam sebelumnya, sebelum tidur.
Kali ini saya berkata mengenai Modelling.
.. bukan nak jadi model catwalk.
Tapi, mencari orang-orang yang telah berjaya sebagai “model’ untuk kita tiru, dalam usaha kita mengejar kejayaan. Misal kata Anda seorang usahawan Internet, untuk berjaya dalam keusahawanan, cari usahawan-usahawan yang telah berjaya dan modelkan mereka, maksud saya, “tiru” mereka.
Cuba cari mind set mereka, stail kerja mereka, disiplin diri mereka, cemana cara mereka memotivasikan diri mereka dan strategi bisnes mereka. Biasanya, usahawan-usahawan yang berjaya “mengongkah arus” ni murah dengan tips-tips dan panduan-panduan.
Ia boleh diperolehi di artikel-artikel majalah, blog, buku dan artikel suratkhabar. Dah jumpa, baca kesemuanya dengan penuh minat. Anda kini boleh mengikut jejak mereka.
Selepas itu, “tiru” kesemuanya. Analisa satu persatu dan kemudian ‘install” ke dalam diri Anda.
Dalam erti kata lebih mudah, serap ciri-ciri kejayaan mereka (success habit) dan cara mereka berbisnes. Anda akan dapat memendekkan masa pembelajaran dan mengurangkan risiko kegagalan. Hanya perlu ketahui strategi mereka lalu aplikasikannya pada diri Anda dan bisnes Anda.
Mereka ini berjaya kerana mereka mengaplikasikan teknik kawalan minda yang tertentu, disiplin diri tertentu, semangat yang tertentu dan stail motivasi yang tertentu untuk mencipta keputusan yang mereka mahukan iaitu kejayaan dalam bidang mereka.
Anda hanya perlu cari semua ini dan “install” step-by-step ke dalam diri Anda.
Jadikan “habit” atau kebiasaan mereka kebiasaan Anda juga.
Jadi, Anda akan mengeluarkan keputusan (end result) yang sama seperti mereka juga.
- s.h.u.e.q.r.y. -
Menjadi Orang Cemerlang
10 Rules To Live By
Gapai Kejayaan Dalam 5 Langkah
Bersedia Untuk Berdepan Yang Terburuk Dan Yang Gag…
Motivasi Usahawan Internet
Had Dalam Pemikiran
Jika Risau Sebab Duit
Perkataan “Akan”
Motivator Lain:
IrfanKhairi
DikMal
Impax!
Linn
Tuah Iskandar
Bent
Zamri Mohammad
Zubli Zainordin
Raymond
Taqiyuddin